Tuesday, September 28, 2010

Salam 19 Syawal 1431 Hijrah (selasa) 28/9/2010 Tazkirah Syawal

Hari ini selasa berterusan pelbagai Majlis Raya. Majlis Raya Kementerian Penerangan berlangsung di Kompleks Kraf Jalan Conlay.Kedatangan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim jam 505 petang selepas Azan Asar dan para tetamu yang sampai sejak jam 3 petang mula dijamu dengan pelbagai hidangan lazat lazat untuk ribuan tetamu. Surau di Kompleks Kraf yang selesa berbentuk ala rumah kampung amat selesa sekali membolehkan para tetamu mengerjakan Asar. Artis artis seperti  Seniman Andre Goh   menyanyikan lagu Datuk Ahmad Jais  Selamat Hari  Raya dan lagu Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee -Suara Takbir.
Nasir Wahab juga mendendangkan lagu lagu raya manakala Sheila bersama seorang kanak kanak mendendangkan  lagu terbaru dari album hangatnya raya-- Bunga Api Di            Hati.     Manakala YB Datuk Seri Utama Dr Rais  Yatim bersama isteri turut mendendangkan lagu S Affendi--Fatwa Pujangga dan selepas itu Yg Bhg Datin Seri secara solo mendendangkan lagu Ubekkan Denai. Seniman  Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin  naik ke pentas meyampaikan dua kuntum bunga ros buat YB Menteri dan isteri.                   
                         
Canggih signboard menu semua agensi di bawah Kementerian untuk dikunjungi tetamu

Seniman Andre Goh

Pengerusi Kumpulan Media Prima turut hadir di Majlis Raya Kementerian hari ini

Ketua Pengarah Finas

RTM membuat liputan khas

                                                                David Teo
                                                    
                                            Yg Bhg Datuk Seri Farid Ridzuan di majlis raya Kementerian
Gabungan RTM dan TV3 dan semua media dibawah Media Prima boleh menghasilkan produk berkualiti

YB Menteri tiba dan bersalam dgn Tan Sri Lee Lam Thye

Bantuan disampai pada anak anak staff di Kementerian yang berpendapatan rendah ataupun sakit

Main area majlis dari sebegitu banyak area di sekitar Kompleks Kraf untuk Majlis Raya Kementerian

                     Nasier Wahab sdgn mendendangkan lagu raya sambil tetamu mengambil makanan
Sheila turut mendendangkan lagu hit Bunga Api Di Hati bersama seorang kanak kanak , eloknya semua penyanyi asal dikumpulkan dan menyampaikan lagu tersebut dihadapan YB Menteri


Kira kira jam 640 petang pula tiba di Majlis Raya Media Prima di perkarangan Sri Pentas dan  terus dijamu dengan nasi Bukhari yang sudah mengandungi telur rebus dan ayam berempah didalamnya selain drp lauk lauk biasa untuk nasi beriani. Kelihatan juga ramai daripada mereka yang hadir di Majlis Raya Kementerian  sebelum itu turut berada di Sri Pentas seperti Datuk Seri Farid Ridzuan, Datuk Johan  Jaafar dll. Hampir jam 7 malam semua hiburan dihentikan bagi menghormati waktu Maghrib. Surau disediakan di level 3 Sri Pentas  dimana keadaan surau amat selesa sekali selain dipenuhi dengan pelbagai buku buku agama. Para tetamu bergilir gilir menggunakan Surau yang selesa lengkap dengan bilik Wudhu yang bersih.  Semasa Maghrib, audio Solawat Nabi berkumdang dipersekitaran  Majlis Raya berlangsung yang bertemakan Raya Sepanjang Zaman.Acara hiburan bersambung selepas jam 745 mlm yg antara pengacaranya termasuklah  FBI.  Tahniah kepada Kumpulan Media Prima yang peka juga dengan Waktu Maghrib sepertimana Majlis Raya Celcom Axiata semalam dan juga Majlis Raya Kerajaan Kelantan serta Parliamen minggu lepas.



Main area di depan stage dan terdapat juga ruang jamuan disebelah kiri , kanan dan belakang pentas di Majlis Raya Media Prima-Gambar diambil sewaktu Maghrib

Kertas makluman menuju ke Surau di tampal di luar studio lebih hangat drp biasa then bila sampai ke kiri dah takda kertas lagi,  kemudian baru dapat tahu kena naik lift ke tingkat 3 yang terletaknya Surau yang cukup selesa lengkap dengan rak rak buku agama yang dipenuhi dengan pelbagai rujukan rujukan penting.


Antara lagu lagu yang dinyanyikan selepas Maghrib agak memekakan telinga dan mungkin sesuai di nyanyikan selepas jam 10 malam yang menyebabkan tetamu tetamu didepan pentas utama tidak menumpukan perhatian kepada persembahan kecuali makan makan dan bersembang sesama mereka . Mungkin bagus juga kiranya dapat dipinjamkan Uztaz Uztaz yang biasa appear di TV9 untuk mengisi slot khas Kuliah Maghrib ke he he he dan selepas  Azan & Solat  Isya barulah disambung dengan lagu lagu bermula dengan lagu lagu tradisi Raya. Renung renungkan,selamat beramal, di sehangatnya raya tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi.

                                                                          


                          

Salam 18 Syawal 1431 Hijrah (Isnin) Tazkirah Syawal

Majlis raya berterusan  hari ini isnin 27/9/2010 sehangatnya bunga api di hati di majlis raya Celcom Axiata di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara yang baru  berakhir sebentar tadi. Ramai tetamu kehormat hadir seperti boss Maybank, Datuk Seri Abd Wahid Omar, boss Celcom Datuk Seri Shazally Ramli dan Datuk Jamaludin Ibrahim, Datuk Seri Affendi Nowawi dan Puan Seri Tiara  dan ramai lagi.
Para tetamu dihiburkan oleh Ramli Sarip, Sheila Abdul, Stacy, Mizs Nina, Aizat sambil diacarakan oleh Yasmin Hani. Kira kira jam 650 petang sehingga 750 malam semua acara hiburan dihentikan tanpa langsung ada sebarang muzik bagi menghormati waktu Maghrib dimana para tetamu bergilir gilir ke surau yang terletak di level yang sama. Yasmin Hani membuat pengumuman yang ramai sudah Solat Maghrib sebaik sahaja ingin menyambung acara hiburan selepas jam 8 malam. Ini juga adalah satu perkembangan yang sihat selepas kefarduan Solat ditekankan dalam Majlis Raya oleh Kerajaan Kelantan dan Parlimen baru baru ini.
 Menu istimewa ialah Nasi Beriyani Berempah yang diletakkan didalam periuk besar panas panas diserata sudut dewan serta daging kurma, dalca sayuran, ayam masak merah--semuanya dalam kuali besar panas panas selain daripada roti jala kuah kari ayam dan banyak lagi hidangan hidangan yang lazat lazat dihidangkan.
Selingan diluar dewan sebelum program bermula

Tetamu mulai tiba diluar dewan

                                                 Majlis Raya Celcom Axiata bermula
Yasmin Hani pengacara

Sheila Abdul menyampaikan lagu raya

CEO Bursa Malaysia Datuk Yusli

Sheila Abdul


Stacy

                                                                       Aizat
Mizs Nina


Mizs Nina

                                                              Ramli Sarip
Tetamu turut menyambung lagu lagu Ramli Sarip

Yasmin Hani

Jason, Ramli Sarip, Datuk  Seri Shazally.

Datuk Seri Jamaluddin Ibrahim

Datuk Seri Abd Wahid Omar & Datuk Seri Shazzaly Ramli.

 Yg  Bhg Tan Sri Radzi, bekas Pengerusi Telekom Malaysia

Keseluruhan majlis berlangsung dengan meriahnya dengan waktu Solat dihormati cuma persembahan artis artis baru patut disesuaikan dengan suasana raya bukan sekadar menyanyi satu lagu wajib lagu raya dan lagu kedua dan seterusnya lagu lagu bengang bercinta versi rock memekak. Pakaian artis artis baru patut juga dijaga serta tarian tarian terlampau rancak amat tidak sesuai dengan suasana raya. Mungkin berbaju kurung patut ditekankan di majlis raya dan kiranya ada tudung better still. Menyanyi dengan memekak sebelum dan selepas Maghrib bukanlah satu tindakan yang bijak bagi penyanyi itu sendiri dan Aizat pula dengan bangganya menyanyikan satu lagu buat pertama kalinya diperdengarkan yang diciptanya 3 hari sebelum hari raya tetapi langsung tak dapat di concentrate oleh para tetamu--better kalau aizat nyanyikan lagu evergreen raya daripada menggunakan  peluang malam tadi membuat persembahan mempromosikan lagu lagu barunya yang takda kena mengena dengan suasana raya. Apalah yang akan tinggal nanti bila para penyanyi baru sudah tidak mempunyai bentuk tubuh yang menarik untuk dipersembahkan pada masa akan datang. Walaumacamanapun papa rock Ramli Sarip tidak mengecewakan dengan pelbagai lagunya yang sudah sedia terhafal oleh semua sambil diturut serta beramai ramai oleh tetamu yang hadir untuk sama sama menyanyi daripada tempat duduk masing masing. Ada seorang penyanyi baru selepas menyanyi satu lagu wajib -lagu raya terus membuat pengumuman dengan bangganya yang selepas ini tiada lagi lagu raya darinya--yang dia lupa majlis Celcom adalah Majlis Raya bukannya majlis mempromosi pelbagai lagu lagu pelik . Renung renungkan,selamat beramal di sehangatnya raya bunga api di hati.

iskandar1967@gmail.com

Monday, September 27, 2010

Salam 17 Syawal 1431 Hijrah Ahad (26/9/2010) Tazkirah Syawal

Hari ahad majlis raya berterusan di serata tempat dan jalanraya sesak seperti hari bekerja baik apa juga parti politik yang menganjurkannya termasuklah parti tupperware tetap akan dikunjungi ramai kerana pelbagai hidangan enak enak disediakan tanpa perlu membayar apa apa. Namun dalam keadaan mendapatkan semua juadah secara percuma, pembaziran perlulah dielakkan sewaktu memilih untuk mengambil sebarang juadah.
Format mengelakkan pembaziran dapat dapat di elak di majlis anjuran ahli parliamen titiwangsa YB Dr Lo Lo di Kota Agro hari ini yang turut di hadiri oleh YB Datuk Kamaruddin Jaafar ahli parliamen Tumpat.
Nasi himpit di letakkan hanya beberapa ketul di dalam mangkuk kecil dan kuahnya di ambil sendiri oleh tetamu yang datang. Maknanya jika tak cukup tetamu boleh mengambil lagi apatah lagi kuah kacangnya yang sedap lagi pedas. Begitu juga dengan nasi jagung yang lauknya di letakkan oleh petugas. Ribuan tetamu yang hadir tetap mendapat cukup hidangan raya dan 3 sessi pemberian duit raya untuk semua kanak kanak yang hadir telah memastikan semua kanak kanak pulang dengan wajah gembira kerana mereka semuanya mendapat duit raya dengan beratur panjang serta juga belon untuk dibawa pulang.

Ribuan tetamu di Majlis Raya Ahli Parliamen Titiwangsa di Kota Agro , ahad




Ribuan kanak kanak beratur panjang untuk mendapatkan duit raya

                               YB  Datuk Kamaruddin Jaafar Ahli Parliamen Tumpat turut hadir
Tetamu berbual bual dengan YB Ahli Parliamen Titiwangsa

Cuaca mendung disebelah petang tidak menghalang ribuan tetamu untuk datang
                                                                      









Disebelah malamnya pula Ahli Parliamen Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali bersama Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida Kamaruddin mengadakan majlis raya. Puluhan ribu tetamu yang hadir kesemuanya mendapat hidangan yang lazat lazat serta semua kanak kanak mendapat dua kali duit raya iaitu daripada YB Azmin dan YB Zuraida. Kanak kanak juga sebagai tambahan diberi peluang menjawap kuiz dan mendapat hamper hamper yang disediakan untuk puluhan kanak kanak yang dapat menjawap kuiz. Manakala kesemua warga emas yang hadir baik cina, india dan melayu semuanya mendapat hamper khas yang berisi sekampit beras,kopi, teh, susu dan pelbagai barangan dapur yang lain, tiada seorang pun warga emas yang tidak mendapat hamper khas ini. Majlis dihiburkan oleh kugiran Otai yang mempersembahkan lagu lagu evergreen raya. Pendekata, kesemua hadirin bukan sahaja menikmati jamuan raya yang enak enak tetapi kesemuanya tidak pulang dengan tangan kosong. Kakitangan penguatkuasa daripada MPAJ dan Rela dapat mengawal keadaan dengan selesa apabila majlis memyampaikan duit raya dua kali kepada semua kanak kanak yang hadir bagi memastikan kegembiraan kepada kesemua kanak kanak.








YB Azmin dengan sportingnya masih duduk walaupun  bekalan elektrik terputus sementara beberapa kali dalam kegelapan.

Dua sessi pertama pemberian duit raya dari YB Zuraida Kamaruddin untuk semua kanak kanak yang hadir


Anggota Rela mengawal keadaan semasa sessi duit raya pada  semua kanak kanak oleh YB Zuraida
YB Azmin dengan 3 sessi lagi untuk round kedua pada semua kanak kanak yang hadir




Sessi semua warga emas yang hadir menerima hamper besar yang mengandungi pelbagai keperluan dapur  setiap warga emas yang hadir
                                                               



Di depan sekali warga emas cina, dibelakangnya india dan dibelakangnya melayu--semua bangsa yang hadir asalkan warga emas menerima hamper besar yang mengandungi sekampit beras,kopi,teh, biskut dan pelbagai barangan keperluan harian dapur.

Warga emas di dizinkan berucap dan ada seorang berbangsa cina mengucapkan terimakasih dalam pelat bahasa cina terimakasih berulang kali walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia.
Pendekata hati semua golongan rakyat telah ditawan dengan masing masing memperolehi sesuatu pada majlis raya tersebut.

renung renungkan,se;amat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi di sehangatnya raya.


iskandar1967@gmail.com

Saturday, September 25, 2010

Salam 16 Syawal 1431 Hijrah Sabtu (25/9/2010) Tazkirah Syawal

Hari ini masuk 16 Syawal dan pelbagai Majlis Raya masih diadakan di negara kita serta juga di serata negara seluruh dunia termasuklah terutamanya di mana sahaja pelajar pelajar dan rakyat Malaysia berada baik di Birmingham, London, Oxford. Zurich, St Moritz dsbnya.  Menaiki keretapi yang sehari sekali dengan perjalanan selama 5 jam daripada Zurich ke St Moritz, Switzerland terutamanya dalam musim winter yang sudah hampir bermula adalah pengalaman yang amat berharga terutamanya bila hujung tahun ini salji akan turun dengan lebatnya pada waktu malam, begitu juga dengan lapangan terbang Zurich yang diambil dari London, salji mula menurun ke atas landasan adalah satu pengalaman yang amat unik sekali. Namun tiada azan biasanya berkumandang dan sekali sekala bila nak berSolat Qasar dan Jamak boleh juga singgah di banyak gereja gereja lama untuk berWudhu dan berSolat dimana mana ruang yang sesuai dalam gereja asalkan mengadap Qiblat dan berniat untuk berSolat contohnya Zohor dua rakaat dan Asar  dua rakaat dikerjakan dalam waktu Zohor. Tiada cuti umum raya, malah berpuasa pun tiada yang menyedari langsung. Pendekata, kalau yang memang tak berpuasa tu memanglah happy berada di situ kerana tak ada yang sedar langsung samada Ramadhan atau tidak. Cuma dalam bandar Zurich terdapat sebilangan pelajar serta rakyat Malaysia yang belajar ataupun bekerja disana serta juga terdapat sebuah restoran Indonesia yang agak besar dan berkonsepkan fine dining. Channel TV berbayar terdapat dalam bilik hotel yang menyiarkan cerita cerita adults dan canggihnya hotel hotel disana ialah sebaik sahaja di pasang TV akan keluar satu greeting selamat datang dengan nama ayah kita dan memaklumkan yang jumlah invoice tertunggak bilik setakat ini ialah Swiss France 0. Walaubagaimanapun sekiranya ada pelajar Malaysia yang datang ke Zurich ataupun bandar pergunungan salji St Moritz dimana babak babak kejar mengejar ski James Bond  biasanya difilemkan
mereka mungkin tidak berpuasa atas sebab Musafir tetapi perlulah diganti. Tetapi berpuasa dalam musim winter tidak terasa lapar cuma perlu kurang berjalan dalam kesejukan salji nanti cepat haus untuk minum teh o panas dan sup tomato panas yang kedua duanya berharga Swiss France 14. Namun, para pelajar dan rakyat Malaysia kini perlu sedar yang sup tomato yang kita semua sangkakan Halal itu sebenarnya telah dicampur dengan sedikit arak serta jauh di dalam periuk sup tomato terletak seketul tulang babi yang akan mengeluarkan rasa manis kepada sup tomato tersebut. Hal ini hanya diketahui setelah pulang ke Malaysia beberapa tahun lepas yang di maklumkan oleh seorang GM di sebuah resort terkenal di Langkawi dimana sebelum mencapai taraf GM , beliau belajar dan bekerja di bidang perhotelan di Zurich. jadi semua yang berada samada di London, Birmingham, Oxford, Zurich, St Moritz  dsbnya di seluruh dunia patut mula berhati hati dengan sup tomato yang dimasak  oleh mana mana outlet.



             Keadaan sunyi bandar percutian St Moritz di pagi musim winter  yang terletak 5 jam perjalanan dengan keretapi daripada bandar Zurich.                                                                                         

Hari ini sabtu pada sebelah paginya Ampang Puteri Specialist Hospital mengadakan jamuan Eid ul Fitri dan selepas itu YB Azmin Ali mengadakan Majlis Raya di kediamannya yang dihadiri oleh ribuan tetamu termasuk YB Nurul Izzah, YB Elizabeth Wong dll serta seorang Menteri Kabinet hadir kira kira hampir jam 3 petang sebentar tadi. Majlis masih lagi berlangsung dan tetamu tidak putus putus datangf disambut oleh YB Azmin sekeluarga dengan meriahnya.

Sekitar  Majlis Raya Ampang Putri Specialist Hospital pagi ini, sabtu  25/9/2010
Kugiran dengan lagu lagu raya menghidupkan suasana majlis di ampang puteri



Kakitangan Ampang Puteri menyambut tetamu yang tiba


Majlis Raya Ampang Putri Specialist Hospital  16 Syawal 1431 Hijrah Sabtu



Manakala keriangan dan meriahnya suasana raya di kediaman  YB Azmin Ali  bersama isteri Shamsidar Taharin dan keluarga semenjak tengahari sehingga lewat petang masih dikunjungi ribuan tetamu yang tidak putus putus datang walaupun hujan turun dengan lebatnya disebelah petang--hujan rahmat- dan lalulintas yang penuh sesak dengan kenderaan dapat dikawal dengan professionalnya oleh anggota anggota rela yang bertugas serta diarahkan ke tempat parking yang sesuai menjadikan keadaan pergerakan jalanraya masih selesa walaupun kenderaan berpusu pusu keluar masuk sepanjang majlis raya berlangsung.            


Majlis Raya YB Azmin Ali & Keluarga pada 16 Syawal 1431 Hijrah Sabtu (25/9/2010)

Isteri YB Azmin,  Yg Bhg Puan Shamsidar Taharin



Menyambut tetamu yang tiba

Isteri YB Azmin Ali

Tetamu mengambil juadah pilihan masing masing

YB Azmin Ali

Anggota anggota rela dengan cekap mengawal pergerakan lalulintas


Dengan kehadiran ribuan tetamu hari ini, silaturrahim sesama rakyat terjalin erat yang memungkinkan segala pengainayaan terhadap barisan Pakatan Rakyat berakhir tidak lama lagi lebih lebih lagi dengan pengumuman KM Sarawak hari ini yang mendengar nasihat para pencacainya untuk terus memimpin Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan berlangsung dalam masa terdekat, InsyaAllah  pengambilalihan kerajaan persekutuan akan bermula dengan pertukaran kerajaan negeri Sarawak, InsyaAllah.  Selamat ber jom heboh buat kali terakhir bersama kerajaan BN di Sarawak  di  hari hujung minggu ini sebab jom heboh akan datang akan berlangsung dibawah kerajaan PR InsyaAllah dan segala tekanan yang berlaku termasuk semalam sahaja kartunis Zunar berada di 3 lokap berbeza iaitu Briekfield, Puchong & Sepang dan hari ini  kartunis terkenal tanahair Zunar yang ditahan di bawah Akta Hasutan dibenarkan reman sehari oleh Majistret membuktikan kepekaan Mahkamah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan-Artikel mengenai Freedom of Speech. InsyaAllah segala tindakan yang dilakukan dengan mempertahankan kebenaran akan diberkati Allah swt dan inilah yang amat susah sekali dilakukan oleh umno kerana mungkin sebab mereka tak nampak Allah swt didepan mata mereka kot. Renung renungkan,selamat beralamal,tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, di sehangatnya raya hari ini hari sabtu. Buka minda, hiasi peribadi.