Tuesday, August 31, 2010

Makkah Taraweeh 2010 -( Night 20)- Witr+Dua-e-Qunoot Sheikh Maahir

Malam ke 20 Makkah 2 malam yang lepas. Salam Ramadhan hari ke 21 1431 Hijrah, selasa dan malam ini malam ke 22 Teraweeh.

Freddie nafi ditampar

Visual versi harian metro mesyuarat karyawan--lelaki berkemeja putih dan seluar hitam itu ialah en zainal pengasas karyawan yang bercakap sebelum kekecohan berlaku bila freddie asyik meminta peguamnya meminta en zainal berhenti bercakap yang banyak mendedahkan salah laku freddie. jadi pertemuan antara gangster freddie dan juga gangster yang datang adalah pertemuan buku dgn ruas dimana sebelum ini freddie sahaja yang membawa gengster yang menyebabkan freddie berjaya menutup apa juga salah laku jenayahnya sebelum ini di mesyuarat mesyuarat karyawan namun kali ini mungkin pihak satu lagi telah bersedia menghadapi taktik kotor freddie menyebabkan freddie sedar yang beliau terpaksa mencari helah lain untuk meraih simpati iaitu dengan memanipulasikan media dengan pelbagai sidang medianya. Cubalah ketengahkan visual dari Bernama News yang dipercayai mempunyai rakaman keseluruhan perjalanan mesyuarat sebelum, semasa dan selepas kekecohan berlaku. Mengenai isu bukan ahli --hanya siasatan terhadap kes kehilangan komputer di pejabat karyawan berkali kali berpontensi membuktikan freddie sengaja menghilangkan data asal keahlian supaya beliau boleh memilih ahli ahli tertentu sahaja untuk di kenali sebagai ahli karyawan. Peristiwa kehilangan hanya komputer di pejabat karyawan perlu disiasat polis dengan terperinci memandangkan dengan terkeluarnya ramai ahli dari senarai freddie maka banyak penyelewengan dapat cuba ditutup freddie.Saksikan lakonan hebat penjelasan separuh benar putar belit freddie. Isu penyelewengan bukan satu , banyak. Cubalah scroll  puluhan pelbagai komen komen di you tube sepanjang 2 tahun lepas dibawah title Datuk Aziz Sattar Karyawan klip melodi di youtube.
Mengenai duit yang freddie kata dia masukkan ke fixed deposit. Inilah penjelasan cerita sebenar yang sengaja diputar belit tadi:-
Datuk Aziz sebagai AJK Karyawan bertanya dalam mesyuarat Karyawan dulu--kepada freddie wang apakah itu sebanyak rm230 ribu ( kombinasi 2 payments). freddie menjawap di depan semua AJK (ramai saksi) yang itu wang peribadinya yang dia tumpang dalam akaun karyawan sekejap. Itu bukan wang karyawan. beberapa hari selepas itu freddie withdraw wang tersebut completely dari akaun karyawan.
Namun setelah lapuran polis dibuat di balai polis PJ serta lapuran kepada pendaftar pertubuhan serta makluman kepada SPRM, freddie dengan segera menggantikan semula wang tersebut dan memasukan dalam fixed deposit. tarikh fixed deposit yang diedarkan oleh freddie adalah selepas tarikh kesemua lapuran dibuat.PENIPUAN freddie hidup hidup  dalam sidang media diatas menunjukkan betapa media boleh di manipulasi secara sukarelanya oleh freddie. Siasatlah--lead already given--want spoon feeding pulak ka?

P. Ramlee - Suara Takbir (FULL SONG + LYRICS)

Suara Takbir Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee

Monday, August 30, 2010

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Insiden ini tidak sepatutnya melupakan isu asal segala salah laku jenayah freddie-- inilah kecekapan freddie--manipulasi media.

Rekod keahlian yang asal telah musnah (atau sengaja di musnahkan oleh freddie) dengan dua insiden pecah pejabat karyawan hanya untuk mencuri komputer yang takda nilai untuk dijual semula tetapi mengandungi data keahlian. Pelik bin ajaib perompak hanya berminat mencuri komputer buruk walaupun terdapat peralatan muzik yang mahal mahal. Dan insiden terbaru yang ketiga--notebook pula hilang dicuri.

Jadi bila freddie mendakwa 50 samseng tersebut bukan ahli---hanya pihak pihak yang bebas boleh menentukan status mereka bukannya freddie.

50 samseng yang didakwa freddie mungkin samseng mungkin tidak namun freddie sendiri mebawa samsengnya masuk ke dewan mesyuarat kerana freddie cuba mengulangi strategi yang sama sewaktu mesyuarat di pwtc dulu.

Click untuk baca lapuran utusan .

Selamat Hari Raya -Indra Shahrir

Selamat Hari Raya Indra Shahril 70an Singapura

Ahmad Jais : Satu Syawal (HQ Audio)

Satu Syawal dendangan asal Datuk Ahmad Jais

P. Ramlee : Dendang Perantau (HQ Audio)

Dendang Perantau Tan Sri Dr P Ramlee gubahan Komposer Seniman Kassim Masdor

Dendang Perantau 50an - P. Ramlee

Dendang Perantau (Asal) Tan Sri Dr P Ramlee

Pengumuman Raya Dari Jalil Hamid

Menjunjung titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli Duli Yang Maha Mulia bagi Negeri Negeri Tanah Melayu seluruh Malaysia, saya Penyimpan Mohor Besar Raja Raja dengan ini mengistiharkan bahawa 1 Syawal 1431 Hijrah tahun ini jatuh pada hari jumaat 10/9/2010. Sekian, harap maklum.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 026/1431

Salam Solat Subuh di pagi Ramadhan ke 20  1431 Hijrah, malam ini Teraweeh malam ke 21.

Tazkirah ringkas pagi ini menyentuh pengunaan terma  yang seharus tepat.

Solat untuk orang orang Islam manakala sembahyang untuk segala jenis agama lain.

Allah swt untuk orang Islam manakala Tuhan untuk segala jenis agama lain.


Begitu juga gunakan Lailatul Qadr atau malam Al Qadr bukannya malam Lailatul Qadr kerana Lailatul tu dah bermakna malam dalam bahasa Arab.

Seorang Uztazah glamour di TV yang muncul dengan lipstick yang bersinar bercahaya tanpa disedari ramai mempunyai masaalah besar bila merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Beliau--sepatutnya Baginda di gunakan.

Uztazah berkenaan juga menggunakan ayat Allah swt berkata serta Nabi berkata ----sepatutnya Allaj swt berfirman --sepatutnya Nabi bersabda.

Uztazah berkenaan hanya glamour berlagu dalam Al Quran namun samada dia benar benar faham agama boleh dipertikaikan daripada caranya yang agak kurang asam bila merujuk kepada Allah swt serta Nabi Muhammad s.a.w.

Uztazah berkenaan juga tak perlu masuk bakul angkat sendiri dengan memperkenalkan dirinya sebagai Uztazah so and so,  takda perlunya memaklumkan yang dia seorang Uztazah kerana namanya dah diberi kredit sebaik sahaja dia muncul.

Bila Uztazah berkenaan menjadi juri yang komen peserta final Akademi Al Quran seolah olah Uztazah berkenaan adalah seorang artis pula.

Adalah lebih baik Uztazah berkenaan memperbaiki dirinya segera daripada berterusan memanggil Nabi sebagai beliau --sepatutnya Baginda.

Wafat sepatutnya digunakan tetapi Uztazah berkenaan menggunakan meninggal bila merujuk kepada Nabi.

Amat perlu juga Uztazah berkenaan bertanyakan pada alim ulama yang bebas mengenai caranya yang berlagu bacaan Al Quran seperti seorang penyanyi diawal programnya .

Visual promonya berada di Madinah untuk program lain pula juga menggunakan terma terma yang tidak sepatutnya walaupun program berkenaan adalah baik sebenarnya.

Renung renungkan,selamat beramal,Selamat Solat Subuh.

iskandar1967@gmail.com

Sunday, August 29, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 025/1431

Alhamdullillah baru selesai 8 rakaat Teraweeh berjemaah selepas dikejutkan dengan pelbagai aksi gangsterism di Finas sebelum berbuka tadi.

Kali ini kita fokuskan kepada beberapa isu berkaitan dengan peraturan yang di reka cipta manusia di Masjid Masjid kita.

Terdapat pelbagai signboard serta notis yang melarang kanak kanak memasuki ruang Solat orang dewasa malah ada yang lebih ekstreme akan memarahi kanak kanak kecil yang seronok bermain dengan kawan kawan baru mereka bila  ibubapa mereka ramai ramai berkumpul setahun sekali untuk berTeraweeh di Masjid.

Isu bising adalah isu yang subjektif--pada banyak ketika banyak lagi sumber kebisingan lain yang tidak dapat dikawal oleh AJK Masjid seperti contohnya:- bunyi kenderaan lalu lalang, bunyi construction bangunan dsbnya tetapi yang hanya di fokus ialah kanak kanak oleh para AJK yang singkat Aqal.

Tidakkah dengan gembiranya kanak kanak bermain di Masjid sewaktu mereka kecil akan membuatkan mereka akan serasi dengan Masjid walaupun pada mulanya hanya meniru niru jemaah rukuk dan sujud dsbnya.

Nabi Muhammad S.A.W.sendiri  membiarkan cucu-cucunya (anak dari puteri Baginda Siti Fatimah & menantunya Saidina Ali)--sewaktu Nabi sujud sewaktu Baginda berSolat tiba tiba kedua dua cucunya duduk di atas Nabi, lalu Nabi sujud dengan tempoh yang agak lama--TANPA ada sebarang nas nas lain yang menunjukkan Baginda marah atau kurang senang. Kesimpulannya, hikmahnya Nabi mahu membiasakan cucu cucunya dengan pelbagai perbuatan dalam Solat termasuk Sujud.   Jadi, sekiranya Nabi sendiri tidak kisah cucu cucunya bermain di atas kepala Baginda sewaktu Baginda sujud siapakah pula para AJK Masjid hendak melawan apa yang di telah tunjukkan oleh Nabi.  Apa depa ni perasan yang depa ni lebih terer dari Nabi kot?

Peraturan pelik yang lain ialah melarang orang bukan Islam yang bukan musuh pada agama Islam daripada memasuki  Masjid. Di zaman Nabi, semua manusia  tanpa mengira agama yang ingin berjumpa Nabi boleh berjumpa Nabi di Masjidnya di Madinah (asalnya Masjid Nabi adalah rumah tempat tinggal Nabi yang telah mengalami proses pembesaran dan pembangunan yang pesat kemudiannya).

Jadi perbuatan kita  memandai mandai meletakkan pelbagai larangan kepada golongan bukan Islam menampakkan kebongokkan AJK AJK Masjid itu sendiri--yang membuatkan golongan bukan Islam makin jauh dengan Islam--sudahla ramai orang Islam sendiri pun Solat sesuka hati saja malah ada umat Islam yang hanya datang setahun sekali ke Masjid bagi memeriahkan Ramadhan dan Solat Sunat Eidul Fitri. Jadi dengan ada peraturan bodo sebegini akan makin jauhlah manusia daripada Masjid.

Sudah tiba masanya AJK AJK Masjid dipilih daripada mereka yang mempunyai asas agama bukannya semata mata berdasarkan asas parti politik yang berjuang atas nama bangsa semata mata. Mengambil mereka yang jahil agama menjadi AJK Masjid akan memusnahkan keberkatan Masjid berkenaan itu sendiri dimana AJK asyik bermesyuarat macam mana nak makan komisyen dari tabung akaun Masjid yang berjumlah jutaan ringgit seperti mencadangkan pengubah suaian  bangunan Masjid yang tidak perlu, menambahkan air cond yang telah sedia banyak, menambahkan jumlah tandas melampau keperluan penduduk setempat, melengkapkan Masjid dengan  berunit unit TV Plasma saiz besar, memberikan kontrak membekalkan makanan untuk jamuan di Masjid pada kroni kroni masing masing, menambah pelbagai kemudahan mewah di Masjid yang tidak perlu etc etc etc

Masjid sebenarnya boleh menjadi sekolah ataupun kolej ataupun universiti terbuka 24 jam 7 hari seminggu tetapi malangnya wang jutaan ringgit sentiasa dibazirkan untuk tujuan yang tidak perlu termasuklah menggantikan karpet tebal yang di import bagi seluruh ruang Solat di Masjid yang saiznya agak besar.

Namun bukan semuanya Masjid begitu, ada yang bagus bagus dan hidup Masjid berkenaan dengan sendirinya kerana di berkati Allah swt bukannya kerana berlumba lumba mencuri wang Masjid atas nama membangunkan Masjid secara fizikal.

Isu Isu yang seharusnya diselesaikan oleh ahli ahli agama/para ulama tidak patut di politikkan dan semua kita dikurniakan Aqal oleh Allah swt--gunakanlah sebaiknya sebelum Allah swt menarik balik nikmat Aqal.

Selamat berQiyammullai bermula malam ini jam 330 pagi-445 pagi dan selepas itu sahur disediakan dan selepas sahur Solat Subuh berjemaah. InsyaAllah semua yang berkesempatan untuk menghidupkan lagi 10 malam terakhir Ramadhan 1431 Hijrah ini cuba cubalah berbuat demikian--mana tau segala doa kita yang baik baik akan di Maqbulkan oleh Allah swt kan kan kan???

Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi dan InsyaAllah berbukalah awal bila masuk waktunya dan bersahur sebelum Azan Subuh. (Waktu Imsak hanya waktu peringatan sahaja bukannya waktu berhenti makan--waktu berhenti makan ialah waktu Azan Subuh dan sekiranya masih makan time Azan habiskan segera tak payah terus berhenti. Isu ini telah dibincangkan oleh para ahli agama dan telah disepakati jawapannya)

iskandar1967@gmail.com

Update setakat waktu berbuka status mesyuarat di Finas

Mesyuarat ditangguhkan kerana kekecohan berlaku tetapi buka puasa tetap di teruskan.

Kekecohan berlaku akan menyebabkan freddie dapat memanipulasikan media cetak dengan mengadakan sidang media mengikut kehendaknya sendiri.
 Namun segala insiden hampir kesemuanya di rakamkan oleh  wakil Bernama News. Dengan penayangan sepenuhnya audio visual tersebut akan dapat mendedahkan segala kepincangan dalam mesyuarat hari ini.

Media cetak yang menemui Seniman Datuk Aziz Sattar di lokasi buka puasa terpinga pinga seperti tidak mengentahui apa yang berlaku manakala kira kira setengah jam sebelum itu freddie mengadakan sidang media untuk mwnunjukkan satu lapuran polis mengenai kekasaran yang berlaku .

Freddie menjadi punca apabila membawa para kaki pukul nya ke lokasi mesyuarat atas alasan menjaga keselamatannya tetapi tidak mengizinkan pengawal keselamatan daripada pihak seperti  En Zainal masuk.

Percakapan En Zainal asyik dipintas oleh peguam freddie atas arahan freddie.

Freddie tidak wajar menuduh berlakunya isu perkauman kerana yang memulakan cara perkauman adalah freddie dimana mesyuarat di PWTC dulu di penuhi oleh kaum yang sama dengan freddie dengan freddie mengawal sepenuhnya segala perjalanan mesyuarat mengikut kehendaknya dulu.

Rancangan freddie untuk mengulangi strategi perkauman yang sama petang ini gagal apabila En Zainal telah bersedia pula dengan sekumpulan ahli yang agak ramai bagi mengimbangi kesamsengan freddie sebelum ini.
 Namun bila api perkauman telah mula dinyalakan, masing masing tidak dapat mengawal situasi maka berlaku lah kekasaran.

Wakil bebas yang dilantik Mahkamah Datuk Syed Abdul Rahman Al Habshi yang juga Konsul Malaysia ke Mongolia akan mendapatkan satu tarikh baru dari pihak Mahkamah selepas Eidul Fitri selepas berlakunya segala kekecohan serta strategi manipulasi media oleh freddie.

Sebentar lagi Solat Isya dan Teraweeh akan bermula, kira kira setengah jam yang lepas majlis berbuka telah pun tamat namun drama  freddie akan berterusan. Nantikan babak seterusnya, Selamat Solat Isya & Teraweeh.

Update during melodi hours 1235pm sunday 29/8/2010

Azmi adalah CEO freddie. Azmi adalah proxy freddie.
Azmi dibawa masuk ke karyawan oleh freddie.
Freddie berlakon cerita hindustan bila berpura pura bertindak terhadap azmi dgn mengadakan PC.

Azmi terpaksa meninggalkan karyawan tidak lama selepas kes karyawan meletup/
Namun setelah meninggalkan karyawan freddie  menjadikan azmi budak suruhannya untuk uruskan pelbagai show . 

J Mizan Renungkanlah

Renungkanlah J Mizan terhangat drp biasa.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 024/1431

Hari ini 19 Ramadhan 1431 Hijrah jam 1220 pagi ahad dan malam nanti Teraweeh malam ke 20, maka bermulalah program Qiyammulai setiap malam diseluruh negara di Masjid Masjid dan Surau Surau bermula jam 330 pagi, sahur disediakan dan seterusnya Solat Subuh berjemaah. Ramai yang masih bercuti mengambil sambungan cuti extra esok isnin sempena hari merdeka selasa ini.

Alhamdullillah dan tahniah semakin ramai yang memuliakan anak anak yatim sempena Ramadhan yang sudah hampir memasuki 10 malam terakhir ini. Hadith Sahih Bukhari dan Muslim menyentuh sabda Nabi Muhammad s.a.w. supaya melipatkan gandakan amal ibadat dalam 10 malam terakhir serta cuba mencari Lailatul Qadr di 10 malam terakhir mana tahu Lailatul Qadr masih belum berlaku setakat ini--tiada siapa pun tahu--hanya Allah swt jua yang Maha Mengentahui.

Diawal Ramadhan baru baru ini tv9 ada menyiarkan satu drama menerusi slot Insaf yang menunjukkan pengurus rumah anak anak yatim menyalahgunakan wang bantuan untuk berjudi malah membiarkan anak anak yatim kelaparan serta melarang pekerjanya membawa salah seorang anak yatim yang sakit tenat ke hospital. Akhirnya , Pengurus tersebut mati dengan membunuh diri kerana teramat malu dan jenazahnya sewaktu dalam perjalanan ke kubur amat berat sekali dan berbau amat busuk sekali sehinggakan ramai yang terpaksa menutup hidung dan ada yang memakai topeng gas seperti topeng gas yang US - Bush gunakan untuk menipu dunia dalam episode Allahyarham Sadam Hossein di Iraq dulu.

Malah jenazah Pengurus anak yatim tersebut tidak diterima bumi bila 5 liang lahad digali kesemuanya dinaiki air sehingga anaknya terpaksa bersetuju mengizinkan Arwah ibunya ditanam dalam ruang yang penuh berair.Lebih teruk lagi selepas itu ular ular berbisa muncul dan membelit jenazah yang dibaluti kain kafan itu. Inilah kesannya bila memakan harta yang diperuntukkan kepada anak anak yatim mahupun wang wang zakat yang diperuntukkan kepada golongan fakir, miskin, susah sepertimana yang pernah berlaku sedikit masa dulu yang boss Majlis Agama Islam di Johor didakwa kerana pecah amanah wang zakat rm1 juta. Namun masih ramai lagi yang terlepas di serata tempat di beberapa negeri di seluruh Malaysia. Apakah perlu wang hak golongan susah dibelanjakan untuk membuat bangunan yang canggih, untuk renovate office, untuk beli kenderaan yang agak mewah, untuk menghadiri kursus kursus yang mahal mahal, untuk menganjurkan majlis majlis bantuan di hotel lima bintang yang kosnya hampir sama ataupun lebih mahal daripada jumlah total keseluruhan bantuan yang hendak disampaikan di majlis berkenaan. Apakah hukumnya para jemputan memakan harta zakat di majlis majlis di hotel 5 bintang?

Juga sudah sampai masanya juga kementerian kebajikan masyarakat bertindak tegas terhadap kebodohan pegawai pegawainya yang mencatat golongan susah, fakir,miskin dsbnya sebagai golongan yang tidak layak menerima bantuan hanya kerana rumah yang dikunjungi memiliki sebuah peti TV buruk dan peralatan elektrik asas yang lain. Jika pegawai sebegini tidak boleh diubah, elok pecat sahaja dari bekerja dengan kerajaan. Mungkin dengan kurang bantuan diserahkan wang akan menjadi lebih banyak untuk kementerian berkenaan belanjakan untuk pelbagai aktiviti kejam kepada golongan berkenaan seperti hari sukan, hari keluarga, pertandingan karoeke, hadiah cabutan bertuah. Sekiranya mentaliti ini diteruskan maka tidak hairanlah kenapa golongan susah masih wujud di tahun 2010 ini dan akan berterusan wujud untuk tempoh yang lama.

Sempena 10 malam terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. seperti dilapurkan dalam Sahih Bukhari & Muslim juga menghabiskan banyak masa untuk beriktikaf di Masjid (melakukan pelbagai amalan seperti Solat Solat Sunat, Membaca Al Quran, BerMuhasabah diri dsbnya)

Rasullullah s.a.w. bersabda,

"Allah swt turun setiap malam ke langit bumi, ketika malam berbaki sepertiga terakhir. Allah berfirman, Adakah yang memohon padaku agar Aku Qabulkan, adakah yang meminta kepada Ku, agar Aku berikan, adakah yang memohon ampun agar Aku ampuni"

(Hadith Sahih Bukhari & Muslim)

Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w. turut bersabda,

"Puasa dan Al Quran akan memberi Syafaat kepada hari Qiamat. Puasa akan berkata, "Ya Rabbi aku telah menghalangnya dari makan dan syahwat, maka perkenanlah aku untuk memberikan Syafaat untuknya" Sedang Al Quran akan berkata, "Ya Rabbi aku telah menghalanginya daripada tidur di malam hari, maka perkenanlah aku memberikan Syafaat untuknya. Maka Allah swt memperkenankan keduanya untuk memberikan Syafaat"

(Hadith Ahmad & Tabrani)

Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, peace no war.

iskandar1967@gmail.com

Saturday, August 28, 2010

Update as of 630pm 28/8/10

Lapuran polis telah dibuat terhadap pelbagai salah laku kewangan, pecah amanah dan penipuan oleh freddie selepas jam 3 petang tadi.

Semalam freddie cuba menghina perintah mahkamah dengan menyatakan betty, yang jamil dan zieman tidak dibenarkan hadir dan bercakap.

Kes polis yang terbaru dilapurkan membolehkan siasatan dilakukan serta perintah menahan reman dilakukan terhadap freddie kerana pelbagai bukti ada bersama.

Selamat berbuka/

Hijjaz - Rindu

Rindu-Hijjaz terhangat drp biasa just for u he he he

Hijjaz Nasyid - Kala Subuh

Salam Solat Subuh di pagi hari ke 18 Ramadhan 1431 Hijrah, sabtu malam ini malam ke 19 Teraweeh. Lagu Kala Subuh asalnya dari Nadamurni dipersembahkan semula oleh Hijjaz tetap hangat drp biasa, kita dah menghampiri 10 malam terakhir dimana sahur akan turut disediakan pada setiap malam selepas Qiyamullai di Masjid Masjid dan Surau Surau sebagai tambahan kepada jamuan berbuka puasa serta jamuan moreh selepas Teraweeh. Salam Solat Subuh di pagi hujan renyai renyai sabtu 18 Ramadhan 1431 Hijrah.

Raihan - Lailatul Qadar

Salam Ramadhan 1431 Hijrah baru lepas Teraweeh malam ke 18 dan di Makkah & Madinah akan bermula kira kira 2 jam lagi waktu Malaysia jam 145 pagi sebentar lagi.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 023/1431

Alhamdullillah baru selesai menghadiri Majlis berbuka sehingga Teraweeh, salah satu kumpulan syarikat milik usahawan top ten dalam ranking di Malaysia. Nasi Bukhari beserta segala jenis lauk pauk di datangkan daripada Aloq Staq berserta para kakitangan pelayan juga datang terus daripada Kedah untuk majlis tadi. Alhamdullillah sedap sedap kesemuanya dan istimewanya majlis kali ini ialah kurma basah yang bersaiz besar yang menurut salah seorang tetamu yang sekiranya diambil 3 biji akan menjadi lebih kenyang daripada makan nasi. Kurma dan air dihidangkan di meja dibahagian belakang ruang Solat dan sebaik sahaja selesai menjamah ringkas semuanya berSolat Maghrib. Kemudiannya barulah kami dapat tahu yang surau berkenaan sebenarnya adalah training hall yang dikosongkan untuk tujuan majlis tadi dan ianya amat selesa dan praktikal sekali. Selepas Solat baru semua ke tingkat bawah pejabat yang disediakan untuk menjamu selera. Alhamdullillah dan selepas itu beramah mesra sebentar dan terus Solat Isya & Teraweeh 8 rakaat dan menjamah pula sedikit hidangan ringkas tetapi tetap sedap sedap selepas Teraweeh. InsyaAllah dimurahkan rezeki Tan Sri sekeluarga yang mewakilkan Pengerusinya untuk majlis tadi. Duduk semeja dengan tetamu menjadi bukan saja sessi beramah mesra tetapi juga sessi Intellectual Discourse yang tidak formal yang InsyaAllah akan membawa kepada e mail exchanges very soon.

Siang tadi Khutbah Jumaat menyentuh Lailatul Qadr serta 10 malam terakhir--yang mana Khatib menegaskan yang Nabi menghabiskan masa maksimum untuk beribadah di 10 malam terakhir dan siangnya segala masa terluang di habiskan dengan pelbagai amalan termasuk beritikaf di Masjid.

Namun, mampukah kebanyakkan kita melawan dugaan countdown to Raya?.

Juga perlu disebutkan yang selain dari hari diawal Ramadhan yang baru lalu, hari ini juga cuaca aman sekali selepas Subuh sehingga membawa kepada Solat Jumaat langit masih mendung sejuk di serata tempat di KL.

Juga perlu disebutkan yang Ramadhan kali ini ada beberapa kebetulan.

Pertamanya-- perkataan Ramadhan bermakna panas terik iaitu cuaca panas terik dan sekiranya sesiapa berada di Makkah pada siang harinya cuaca panas terik di Makkah mencapai 55 darjah celcius.

Keduanya--17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah jatuh pada hari Jumaat sewaktu Perang Badar berlangsung dan pada tahun ini 17 Ramadhan 1431 Hijrah juga jatuh pada hari Jumaat.

Juga perlu di highlightkan disini yang 1 Syawal 1431 Hijrah tahun ini jatuh pada hari jumaat (10/9/2010)

Ringkasnya Al Quran di turun berperingkat peringkat selama kira kira 23 tahun di Makkah dan kemudiannya di Madinah. Setiap ayat turun ada sebab musababnya

InsyaAllah akan menulis lagi nanti coz now masih belum pulang ke rumah.

Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi and jangan lupa cuba belajar bahasa Arab iaitu bahasa Al Quran jangan jadi macam dalam the award winning film Pendekar Bujang Lapok yang hanya dah belajar 4 huruf sahaja, selepas itu cikgu dia orang meninggal dan terpaksa masuk sekolah buta huruf yang mana diajar oleh seorang cikgu yang agak cantik--Cikgu Ros ( lakonan Allahyarhamah Seniwati Rosyatimah) dan tahniah untuk AM Crew pagi ini atas keprihatinan menyentuh isu mengaji, congrats to u all ok.

iskandar1967@gmail.com

Berita Harian Online | 'Undang semua ahli ke AGM'

Berita Harian Online 'Undang semua ahli ke AGM'

Berita Harian Online | KARYAWAN sudah sedia

Berita Harian Online KARYAWAN sudah sedia

Freddie cuba menipu dengan mengatakan hanya pemegang kad keahlian boleh hadir.

freddie dah musnahkan semua rekod keahlian dengan 2 lapuran polis dalam masa setahun mengatakan pejabat karyawan dipecah masuk hanya untuk mencuri komputer yang mengandungi data keahlian dan yang terbaru notebook pula kononnya dicuri.

Bila freddie dah musnahkan data keahlian dengan kejadian pecah pejabat yang mungkin dirancang olehnya sendiri, dia dengan bangga tapi bodohnya membuat kenyataan hanya pemegang kad keahlian yang dia sesuka hati buat dibenarkan hadir.

Freddie telah menghina perintah mahkamah yang mahukan mesyuarat secara bebas dan jawatankuasa bebas peguam menentukan segala prosiding--Esok sabtu--satu lapuran polis dijangka di buat terhadap freddie kerana menghina mahkamah.

Adalah dimaklumkan yang melodi ahad telah mula menyiarkan iklan segmen freddie--tetapi sekiranya melodi ahad ingin seimbangkan lapurannya hadirlah di balai polis sewaktu Datuk Aziz Sattar membuat lapuran polis esok (Sabtu) memandangkan mesyuarat tetap berlangsung ahad ini TETAPI TANPA terikat kepada apa apa arahan freddie--segala arahan freddie yang kelam kabut tu adalah mengingkari perintah Mahkamah.

Friday, August 27, 2010

pendekar bujang lapok go to school

Salam 17 Ramadhan 1431 Hijrah (Nuzul Quran) sekarang peperangan Badar berlangsung pada tahun ke 2 Hijrah ketika tentera Islam sedang berpuasa. Jangan lupa malam ini Teraweeh malam ke 18.

myMetro | Bufet Ramadan haram

myMetro Bufet Ramadan haram

Thursday, August 26, 2010

Madinah Taraweeh 2010 - Night 13 - Part 7/7 Sheikh Salaah Al Budair

Malam 13 Masjid Nabi Madinahtul Al Munnawarrah. Salam 16 Ramadhan 1431 Hijrah hari ini khamis , malam ini malam 17 Ramadhan-malam Nuzul Quran
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 022/1431
Salam pagi khamis subuh 16 Ramadhan 1431 Hijrah. Malam ini adalah malam ke 17 malam Ramadhan yang akan disambut di semua Masjid dan Surau dengan pelbagai program selain daripada Solat Teraweeh malam nanti. Namun, apa yang penting untuk diingati ialah malam nanti Nabi Muhammad s.a.w. tidak berhenti berdoa sepanjang malam tanpa tidur langsung bagi menghadapi tentera kafir Quraisy pada pagi pagi 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah walaupun kebanyakkan anggota tentera Islam yang berjumlah hanya 319 orang ada juga berehat sebelum berperang untuk menghadapi tentera kafir yang berjumlah antara 900 hingga 1000 orang dalam Perang TerAgung dalam bulan Ramadhan yang dinamakan Perang Badar sempena lokasi peperangan iaitu satu tempat yang bernama Badar.
Bagaimanakah Nabi mengetahui jumlah tentera kafir? Spy oleh Nabi dihantar untuk memaklumkan pada Nabi menerusi jumlah unta yang disembelih untuk dimakan musuh setiap hari ialah antara 9 hingga 10 ekor setiap hari yang bermakna 1 ekor unta untuk 100 orang tentera musuh.
1,000 Malaikat berserban putih turut serta membantu tentera Islam yang bertindak memenggal kepala tentera musuh serta memancung setiap hujung jari tentera musuh walaupun musuh Islam tidak nampak apa apa, tau tau kepala sahabat sahabat mereka serta hujung hujung jari mereka melayang yang memang amat mengejutkan tentera musuh yang sedang memerangi Islam. Ini dijelaskan Allah swt menerusi firmannya dalam Surah An Anfal :12
Manakala sebelum itu, dalam Surah An Anfal:10 Allah swt berfirman,
"Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan Tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu. Sesungguhnya aku akan mendatangkan tentera bantuan kepada kamu dengan 1,000 malaikat yang datang berturut turut"
Perang Badar berkesudahan dengan kemenangan besar kepada tentera tentera Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w serta 1,000 Malaikat tersebut yang diketuai oleh Malaikat Jibrael.
Sebelum bermulanya peperangan, Nabi bermesyuawarah (berbincang ) dengan para tentera Islam mengenai strategi peperangan dan Baginda telah sanggup mendengar pendapat tentera pangkat rendah setelah mendapati pendapat tersebut adalah amat bernas dimana bila merancang posisi perang Nabi pada asalnya mencadangkan tentera Islam mengambil posisi sebelum kolam takungan air. Al Khabbab bin Al Munzir bertanya kepada Nabi samada posisi berkenaan adalah atas wahyu Allah swt ataupun hanya sekadar taktik peperangan Rasullullah dan Nabi menjawap ianya bukan wahyu cuma sekadar strategi Baginda. Maka Al Khabbab mencadangkan agar kolam takungan air berada di belakang tentera Islam supaya air dapat digunakan untuk berbuka puasa, bersahur, membersihkan diri serta berWudhu dan ianya akan membuatkan musuh kehausan tak dapat bekalan air. Rasullullah terus bersetuju yang menunjukkan Nabi terus mematuhi firman Allah swt untuk sentiasa bermesyuwarah seperti yang difirmankan Allah swt dalam Surah Ali Imran: 159.

Akhir Qalam, 17 Ramadhan 1431 Hijrah tahun ini adalah lebih nostaglia daripada biasa memandangkan ianya jatuh pada hari jumaat yang  menurut Taqween Islam hari jumaat akan bermula selepas Maghrib malam ini  dan  sewaktu Perang Badar /  Badar Al Kubra berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah ianya juga hari jumaat.


Renung renungkan,selamat beramal, Selamat berSolat Subuh, beramai ramailah ke Masjid/Surau malam nanti bagi membangkitkan nostaglia perang Badar di malam Nuzul Quran malam ini. Kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi, Salam Ramadhan 1431 Hijrah.


iskandar1967@gmail.com

Tuesday, August 24, 2010

Saloma Selamat Hari Raya Old Version

Dam Dam Dum Bunyi Mercun ..zaman P Ramlee dulu dulu meriahnya raya tapi sekarang dam dam dum bunyi mercun kanak kanak terkorban ,satu rumah roboh , mata dan jari hampir hilang dan macam macam lagi sebab power mercun zaman sekarang sesuai untuk pergi berperang dan orang dewasa pula cuai menganggapnya sebagai barang mainan biasa kanak kanak kecil. (Original version: Selamat Hari Raya dendangan Puan Sri Saloma tetap lebih hangat daripada biasa he he he)

Makkah taraweeh 2010 (Night 13) Witr & Dua-e-Qunoot) Sheikh Sudais

Teraweeh -Doa Qunut malam ke 13, dua malam lepas. Salam 14 Ramadhan 1431 Hijrah hari ini selasa, Teraweeh malam ke 15 malam ini.

apa erti merdeka

Apa Erti Merdeka Dikir Barat sempena hari merdeka yang di mainkan semula sewaktu Kem BTN di Langkawi oleh Pengetua Kem sewaktu Kursus Tatanegara di Langkawi beberapa tahun lepas.


TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 021/1431

Salam Ramadhan hari ke 14  1431 Hijrah, malam ini Teraweeh malam ke 15.

Hari merdeka (dulunya hari kebangsaan) tinggal seminggu lagi.Dan  semalam ramai yang bersesak sesak di Jalan Masjid India KL disamping untuk mencari persiapan raya, juga mencari bahan bahan untuk digunakan untuk menyambut hari kemerdekaan. Benar, Kebab  Syawarma panas panas serta beraroma yang terbaik dalam KL semasa bulan bukan Ramadhan sekalipun ialah stall yang telah lebih 15 tahun terletak di depan Coliseum berhampiran dengan gerai menjual suratkhabar dan lampu isyarat penjalan kaki untuk melintas cuma masalah besar ialah kena beratur lama terutamanya time lunch hour (bulan bulan  bukan Ramadhan). Tak jauh dari lokasi tersebut sebaris menerusi deretan kedai, terdapat restoran Bilal yang pernah menjadi lokasi  rasmi tetap selama beberapa tahun  untuk mengadakan majlis berbuka puasa dengan menu beriani kari ayam peha  , dalca serta acar dan sirap , kopi dan teh,  dan belanja berbuka untuk seramai  lebih 60 orang kakitangan pejabat serta keluarga mereka tidak sampai rm200 disitu disamping tingkat atas ditutup terus untuk function. Namun terdapat satu lagi restoran Bilal yang penuh sejarah terletak berhadapan Standard Chartered Bank Jalan Ampang/Jalan Melaka yang menjadi lokasi tetap Allahyarham Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee bersama rakan rakannya termasuk Seniman Datuk Aziz Sattar berjumpa untuk makan makan dan sembang sembang dulu dulu dan restoran berkenaan masih lagi wujud hingga ke hari ini. Bekas Perdana Menteri Britain John Major yang pernah bertugas sebagai pengurus Chartered Bank berhampiran adalah bekas customers tetap restoran Bilal berkenaan.

Namun hari ini, generasi hip hop ala barat kita hari ini mungkin menganggap restoran sebegini tiada kelas tetapi bagi yang menghargai sejarah tentunya akan sedar yang restoran sebegini adalah beribu kali lebih baik daripada kebanyakkan restoran atau kopitiam moden hari ini. Menu istimewa pagi pagi bukan bulan Ramadhan di Bilal Jalan Ampang ialah roti canai lembut cicah kuah kari ayam beserta teh tarik cawan ala dulu dulu. Apa yang lebih penting sewaktu berbuka ialah makanannya halal yang tempat solat juga tidak jauh. Bagi yang berbuka di Bilal Jalan Ampang, terdapat surau di tingkat 1 bangunan  Menara Etiqa Takaful (dulunya bangunan dato zainal) di sebelah chartered bank ataupun masjid jamek dan masjid india.

Bagi yang berbuka di Restoran Bilal Jalan TAR pula, selain daripada Masjid jamek dan Masjid india terdapat surau di tingkat 3 menara tun razak yang sekarang dikenali juga sebagai menara tradewinds berhampiran dengan Coliseum.
Berbalik kepada erti kemerdekaan--pada budak sekolah rendah di St Xaviers Institutions Penang tahun 1975-79 dulu sewaktu di darjah 2 hingga 6, yang kami faham ialah semua sekolah di seluruh Pulau Pinang mendapat tiket wayang percuma untuk di tonton pada jam 10 pagi samada di panggung Cathay, panggung Odeon, panggung Paramount,panggung Kapitol, panggung Rex. Cikgu cikgu kelas akan turut sama hadir bersama semua murid murid kelas masing masing. Ceritanya pula biasanya samada cerita cowboy lawan red indian lakonan John Wayne ataupun cerita perang Amerika lawan German. Jadi kami dengan penuh seronok memakai uniform sekolah akan ke panggung yang ditetapkan. Sekarang hanya tinggal panggung Odeon penang yang masih aktif yang tak jauh dari  restoran line clear yang  kini menayangkan hanya filem filem tamil dan hindustan.
Panggung Paramount yang dulunya menayangkan semua siri filem esok Tan Sri Jins Shamsuddin termasuk Menanti Hari Esok  lebih daripada sebulan  serta filem Si Badul  juga ditayangkan lebih sebulan disitu tetapi panggung berkenaan telah dirobohkan sewaktu pembinaan dan pembesaran Komtar.
Panggung Cathay sekarang menjadi Mydin hypermarket penang road dan panggung Rex yang dulunya giat menayangkan filem filem Tan Sri Dr P Ramlee juga sudah tidak menayangkan apa apa cerita lagi. Manakala panggung Kapitol yang menjadi panggung rasmi siri siri filem James Bond sehingga menayangkan filem The Spy Who Love Me lebih 2 bulan setiap hari telah juga dirobohkan.
Begitulah erti merdeka pada kanak kanak sekolah rendah lewat tahun 70 an di Pulau Pinang dan bagi yang mempunyai masa selepas menonton wayang percuma akan segera ke Dewan Sri Pinang Pulau Pinang kerana biasanya ketika itu akan diadakan jamuan makan tengahari percuma untuk semua termasuk dif dif kehormat seperti Gavenor Allahyarham Tun Sardon Jubir dan Ketua Menteri ketika itu Tun Dr Lim Chong Eu selepas sambutan turut berlangsung dalam Auditorium.
Erti merdeka kanak kanak tahun 70 an ialah dapat tengok wayang free dan dapat lunch free yang biasanya disediakan oleh Restoran Eden dari Hutton Lane Penang yang kini mempunyai outlet yang besar di Jalan Raja Chulan tak jauh dari LTAT KL dan Pavillion KL.

Apakah erti merdeka pada generasi tahun 2010? Sekalipun sambutan tahun ini tidak diadakan di Dataran Merdeka (dulunya Padang Kelab Selangor) tetapi di jamin seratus peratus yang pada malam bulan Ramadhan malam merdeka isnin malam selasa minggu depan ramai mat mat dan minah minah rempit akan berkumpul beramai ramai di Dataran Merdeka walaupun ketika itu sudah 10 malam terakhir Ramadhan.
Jangan terkejut sekiranya 9 bulan selepas sambutan malam merdeka yang mereka beramai ramai beria ia menyambut bersama pasangan masing masing akan lahirlah lagi bayi bayi yang kemudiannya di buang di serata tempat.  Ribuan motor motor bising serta kereta kereta yang diubah suai bagi menambat hati minah minah berotak kosong akan di letakkan di serata tempat sekitar bangunan pejabat berhampiran Dataran Merdeka.

Namun disebabkan cuti merdeka kali ini adalah satu cuti yang panjang, janganlah kita terkejut yang perbuatan tak senonoh mereka akan bermula dengan cuti malam Nuzul Quran khamis malam jumaat minggu ini dan akan berterusan hampir setiap malam sehingga ke malam  menyambut merdeka. Mungkin tidak salah sekiranya dijangkakan kelahiran bayi bayi terbuang selepas 9 bulan akan menjadi lebih ramai daripada biasa disebabkan cuti yang panjang.

Barangkali para ibu bapa juga patut dihukum kerana tidak menjalankan kewajipan sebagai ibubapa sepenuhnya dalam mendidik anak anak mereka selain hukuman berat seperti gantung sampai mati boleh dikenakan pada pasangan pasangan yang membuang bayi hingga terkorban dan bagi bayi yang sempat diselamatkan--pasangan berkenaan boleh di dakwa atas cubaan membunuh.

Mengambil kesempatan sempena hari merdeka, semua stesen TV patut menyiarkan berulang kali sekurang kurangnya 4 filem wajib iaitu Hang Tuah filem warna (lakonan Tan Sri Dr P Ramlee), Hang Jebat (Lakonan Seniman Nordin Ahmad),  Sarjan Hassan (Lakonan Tan Sri Dr P Ramlee) dan Bukit Kepong (Tan Sri Jins Shamsuddin)

Sedikit masa dulu sewaktu mengadakan satu program di Langkawi dua filem telah ditayangkan di Lanai Beach Resort Langkawi. Filem Sarjan Hassan di tayangkan jam 330 petang jumaat di Dewan Lanai beach Resort manakala pada malamnya jam 1130 malam filem Bukit Kepong di tayangkan menerusi konsep wayang pacak di Pantai Chenang, Lanai Beach Resort Langkawi. 
Angin laut bertiup nyaman kadang kadang agak kencang sedikit namun tidak memberi kesan kepada layar yang dipasang secara professional oleh pihak Lanai Beach Resort. Seniman Datuk Aziz Sattar yang turut dijemput  hadir di kedua dua tayangan filem berkenaan memberikan ulasan selepas tamat tayangan  tepi pantai lewat jam 130 pagi mengenai betapa payahnya kehidupan semasa zaman sebelum merdeka--zaman komunis. Seniman Datuk Aziz Sattar menceritakan yang ada masanya selepas stage show mereka tidak dapat pulang kerana mendapat maklumat komunis mungkin ada di kawasan yang mereka akan lalu bila pulang, jadi mereka semua terpaksa menumpang  tidur ala kadar dimana mana saja yang sesuai. Juga pernah dalam satu kejadian lain di zaman komunis bergerak aktif, tayar kereta mereka pancit dan Seniwati Neng Yatimah (ibu kepada Allahyarhamah Seniwati Roseyatimah) mempunyai kekuatan yang luar biasa dimana sewaktu tayar hendak ditukar Seniwati Neng Yatimah mampu mengangkat naik kereta hanya dengan kudratnya seorang bagi membolehkan tayar di tukar oleh Seniman Datuk Aziz Sattar lewat tengahmalam selepas tamat stage show.

Begitulah pengorbanan para Seniman dan Seniwati Legenda kita, tetapi ramai pelakon berotak kosong hari ini menjadi terlampau manja dengan membuat pelbagai aduan remeh temeh seperti budak budak terencat Aqal di pelbagai program hiburan TV--mungkin dengan harapan mereka akan lebih popular dengan cara begitu kot.

Namun apa yang lebih penting ialah hari selasa depan 31/8/10 jatuh pada 10 malam terakhir Ramadhan yang seharusnya menjadikan semua umat Islam sepatutnya berterusan meningkatkan prestasi amalan masing masing bukannya menambahkan kontroversi dengan pelbagai perbuatan tidak berfaedah seperti merempit, mabuk mabuk, mengambil dadah dsbnya dan merancang untuk membuang bayi 9 bulan lagi selepas itu.

Filem filem yang disebut tadi sepatutnya disiarkan berulang kali serta ditayangkan secara kehadiran wajib di semua sekolah, kolej serta universiti serta di jadikan bahan perbincangan dalam pelbagai forum--bukannya berbincang pembikinan filem berkenaan tetapi berbincang mengenai zaman zaman yang dijadikan tema filem-filem berkenaan.

Kesimpulannya, apakah erti kemerdekaan bagi kita? Cuti umum? Bersuka ria di Genting? Bershopping sakan untuk raya? Ingatlah malam malam sepuluh terakhir Ramadhan amat berharga sepertimana malam malam lain dalam bulan Ramadhan yang tidak seharusnya dibazirkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh menambahkan dosa.

Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontorversi, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berTeraweeh etc etc etc dan selamat bersahur.



iskandar1967@gmail.com

Monday, August 23, 2010

Bunga Api Di Hati - SHILA AMZAH, STACY, FARA FAUZANA, ALEYA

Bunga Api Cap Kuching Hitam Wrapped in Blue and Black Paper he he he terhangat drp biasa

Rindu - Hijjaz

Alangkah Susah Mencari Kawan-Hijjaz terhangat daripada biasa selepas Rindu

Sudirman : Ayah Dan Ibu (HQ Audio)

Ayah dan Ibu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad ciptaan dan nyanyian asal A Rahman songkok mereng dari Singapura. Selanat berpuasa di hari ke 13 Ramadhan 1431 Hijrah, Isnin dan malam ke 14 Teraweeh.

Rasulullah

Rasullullah , Hijjaz.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 020/1431

Salam Ramadhan 1431 Hijrah hari isnin hari ke 13 Ramadhan. Sekarang di Malaysia sudah masuk hari isnin kerana jam baru melewati jam 1235 pagi tetapi di Makkah dan Madinah ketika ini masih hari ahad belum Isya dan Teraweeh lagi .

Malam malam Ramadhan berterusan dan sekiranya kita sanggup sekarang menunggu dan menyaksikan perlawananan bolasepak siaran secara langsung English Premier League perlawanan Manchester United, tiada sebab kita tak boleh turut sama menyaksikan siaran secara langsung dari Makkah dan Madinah kira kira jam 145 pagi sebentar lagi hingga kira kira 345 pagi untuk turut sama menghayati bacaan Al Quran yang dibaca oleh Imam Imam yang faham makna apa yang dibaca serta dapat pula mengingatkan saat saat kita turut sama tawaf di keliling Kaabah bila berulang kali melakukan Umrah pada malam yang sama ketika berada di sana.

Tiada faedahnya berkumpul beramai ramai ketika ini di pelbagai outlet makan di KL semata mata untuk menjerit gol gol seolah olah kita semua berada di UK dan apakah kita akan mendapat pahala menonton perlawanan berkenaan disamping mengambil kesempatan untuk bersama pasangan masing masing bercumbuan di tempat awam tanpa menghiraukan ratusan mata lain yang akan terpandang perbuatan tersebut.

Sewaktu berada di Birmingham, beberapa tahun lepas untuk postgrads tiada langsung terlintas untuk menonton walau satu pun perlawanan bolasepak disana. Apa yang jelas ialah ketika pasukan Aston Villa tewas tiada siapa berani keluar daripada kawasan kampus mahupun perkampungan kediaman para pelajar disebabkan pelbagai kejadian ganas akan berlaku di sekitar Birmingham High Street seperti memecahkan kereta yang diparking di tepi jalan, membakar kereta yang juga di parking ditepi jalan, memecahkan cermin cermin segala jenis kenderaan yang di parking secara sah di merata tempat disekitar High Street ( bandar). Manakala semangat bolasepak mereka juga tinggi dimana awal awal pagi lagi para pekerja West Midland Electricity Board (serupa macam TNB la) akan pergi ke tempat kerja dengan memakai t shirt pasukan kegemaran mereka dan menconteng muka mereka , ini dapat dilihat bila mereka bertugas menggunakan skylift di tiang tiang elektrik di awal pagi lagi. Maknanya selepas habis berkerja mereka terus minum di pub pub dan terus ke stadium.

Fanatiknya para penyokong bola termasuk yang perempuan pernah disiarkan di BBC News pernah berkumpul beramai ramai di Tralfagar Square London dan mengibas gibaskan t shirt yang di pakai mereka naik turun naik turun sehingga menampakkan breast mereka berulang kali yang disiarkan tanpa censorship di BBC News stesen TV milik Kerajaan British itu.

Kini senario yang berlaku di Britain secara perlahan sejak bertahun yang lepas telah mula menular ke Malaysia. Dahulu, tiada siapa yang akan membelanjakan ratusan malah ribuan ringgit untuk membeli t shirt dan pelbagai kelengkapan bergaya pasukan bolasepak masing masing tapi kini ianya semakin menjadi perkara biasa di Malaysia. Lebih mengejutkan setelah berhabisan banyak wang rupa rupanya logo logo pasukan yang diminati didapati mewakili lambang syaitan serta lambang salib agama kristien. Namun atas prinsip terlampau minat serta juga ingin bergaya dengan pasangan bahagia masing masing, soal Aqidah sendiri diketepikan menjadi kurang penting pulak.

Tahun 1995, Ramadhan dan Syawal di Birmingham jatuh pada musim winter. Alangkah seronoknya bila berbuka puasa pada jam antara 330 petang hingga 340 petang, bila sudah masuk Mahgrib dan keadaan langit telah mula gelap menjadi malam walaupun masing masing masih berada di kampus. Tak terasa lapar mahupun dahaga. Ketika itu, Malaysian Hall Birmingham masih wujud dan menjadi tempat tumpuan untuk majlis berbuka puasa dan Teraweeh para pelajar dengan penuh meriahnya. Pada ketika kesemua pelajar berkumpul beginilah masing masing dapat bertanyakan khabar selain ada yang menjadi agen kereta mewah mula menanyakan kepada pelajar yang akan tamat pengajian yang ingin menerima upah bagi membiarkan nama mereka digunakan untuk membawa masuk kereta mewah ke Malaysia dan ada juga pelajar yang menjadi agen syarikat penghantaran barang pulang ke Malaysia mula mencari customers sewaktu selepas berbuka dan sementara menantikan waktu Isya & Teraweeh.

Namun yang meriahnya dalam kedinginan cuaca sejuk ialah bila semua berkumpul beramai beramai menghidupkan malam malam Ramadhan jauh dari tanahair sendiri. Pada tahun 1995 jugalah, ketika bersolat raya (Eidul Fitri) sewaktu khutbah mula dibacakan, salji turun diluar tingkap kaca sehingga ada yang membisikkan white raya. Yang peliknya tahun itu, para mat saleh amat mengharapkan salji turun sewaktu hari christmas tetapi tidak tetapi sebaliknya jauh lebih awal sebelum christmas, salji turun, itu lah kebesaran Allah swt dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dalam salji yang turun yang jatuh ke meja meja yang di letakkan makanan di kawasan terbuka di belakang Malaysian Hall Birmingham yang semuanya tidak pedulikan salji yang turun asyik beramah mesra sambil makan lemang, ketupat, nasi himpit kuah kacang dan pelbagai lagi masakan asli dari Malaysia.

Bertahun dinegeri orang dapat membuatkan kita amat terasa kebesaran Allah swt yang ingin membuktikan tahun berkenaan tiada white christmas tetapi yang ada ialah white raya.

Solat Jumaat dalam bulan Ramadhan seperti biasa semua berSolat samada di gereja Martin Lurther di Aston University Birmingham ataupun di gereja Birmingham University. Inilah keunikan berSolat Jumaat di Birmingham dimana kerusi kerusi gereja di susun di tepi bagi membolehkan tikar dibentangkan untuk ribuan pelajar berSolat di Birmingham University dan ratusan pelajar di Aston University kerana gerejanya yang lebih kecil. Selepas Solat, AJK akan menyusun balik kerusi kerusi ke tempat asal. Rostrum gereja di gunakan oleh Khatib untuk menyampaikan Khutbah Jumaat tanpa rasa pelik apa apa pun--sebab yang penting Solat mengadap Qiblat dan berSolat untuk Allah swt semata mata.

Kelas pula hanya 3 hari seminggu--Isnin, Selasa & Khamis dan hari selebihnya di gunakan untuk berada diperpustakaan ataupun bertapa di Postgraduate Suite dan kebanyakkan masanya semua sibuk dengan tugas masing masing maka berbuka pun sorang sorang dengan bekal yang dibawa, ada masanya sedih teringatkan keluarga di kampung , ibu dan Arwah ayah yang masih ada ketika itu. Membuat collect call (reverse charge) ke Malaysia mudah sekali tetapi untuk jimatkan bill di kampung terpaksalah berdisiplin ke sebulan sekali saja.

Kadang kadang terasa juga nak berbuka di kedai, jadi just jalan kaki ke Din Kebab di Birmingham High Street--yang halal dan sedap. Banyak juga tempat tempat halal di Birmingham tetapi semua kena naik bas kecuali Din Kebab yang hanya tak sampai 10 minit berjalan kaki daripada kampus.

Hari Ahad, ada masanya terasa nak berbuka di London. Menaiki coach national express daripada Birmingham ke London mengambil masa 3 jam manakala kadang kadang menaiki keretapi intercity hanya 2 jam sahaja. Ke mana arah tuju nak berbuka? ada masanya di kafetaria di Malaysian Hall London yang lama tak jauh dari Marble Arch tube station . Di kafetaria berkenaan ada teh tarik dan segala jenis makanan Malaysia namun ada masanya just berbuka di restoran Pakistan tak jauh dari Malaysian Hall London yang lama. (Malaysian Hall London telah pun berpindah ke lokasi baru beberapa tahun yang lepas)

Untuk dapat pulang ke Birmingham awal dan tidak lewat tengah malam, terpaksa terlepas Solat Teraweeh di London, just buat kat studio flat kat Handsworth Wood Village je dan ada masanya kena bertugas menjadi Post Grads Rota (lebihkurang mcm rukun tetangga la malam malam) sebulan 2 kali termasuk pada malam malam bulan Ramadhan maka berSolat Teraweeh la sendirian di tempat bertugas. Tujuan postgrads rota ialah untuk mendapat potongan 50% daripada accomodation fees dan tugasnya ialah menjaga keselamatan sepanjang malam serta melayan karenah student student biasanya mat mat dan minah minah saleh yang pulang lewat mabuk mabuk ,kehilangan kunci dan seribu satu masalah lain lagi.

Merasai Ramadhan & Syawal jauh dari keluarga akan membuatkan kita mula menghargai betapa bernilainya ibu dan bapa kita, sepatutnya kita semua mula menghargai ibu dan bapa kita semasa mereka masih ada tanpa berlengah lengah lagi. Al Fatihah untuk Arwah ayah.

Habiskan lebih banyak masa dengan ibu dan bapa adalah lebih baik daripada membuang masa dengan ramai para kacang hantu, kacang goreng,kacang soya,kacang hijau, kacang peas,ice kacang etc etc

Renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, selamat berpuasa, selamat berbuka , selamat berTeraweeh etc etc dan selamat bersahur.

iskandar1967@gmail.com

Sunday, August 22, 2010

Makkah Taraweeh 2010 (Night 12) Witr & Dua-e-Qunoot - Sheikh Maahir

Teraweeh Malam ke 12  malam semalam di Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkarammah Doa Qunut, Hari ini 12 Ramadhan 1431 Hijrah dan Malam ini Malam ke 13 Teraweeh yang telah pun selesai di Malaysia sekejap tadi dan kira kira tak sampai 3 jam dari sekarang, Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkarammah dan Masjidil Haram Madinahtul Al Munnawarrah akan mula berbuka , berSolat Mahgrib ,bersolat Isya dan Teraweeh pula. Siaran secara langsung Azan Isya, Solat Isya  dan Teraweeh dari Makkah dan  Madinah dapat di tonton di Malaysia selepas jam 145 pagi dan berakhir sebelum jam 4 pagi waktu Malaysia. Salam Ramadhan 1431 Hijrah.

Saturday, August 21, 2010

Nuzul Quran

Nuzul Quran (Versi Animasi) 17 Ramadhan 1431 Hijrah (27/8/10) Jumaat adalah Hari Nuzul Quran di Malaysia dan pada malam sebelumnya khamis malam jumaat 16 Ramadhan 1431 Hijrah (26/8/10) menandakan telah bermulanya Malam 17 Ramadhan (Malam Nuzul Quran).

NADAMURNI - Hidupkan Ramadhan

Nadamurni-Hidupkan Ramadhan tetap hangat daripada biasa, Salam Ramadhan hari ke 11 1431 Hijrah , Teraweeh malam ke 12.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 019/1431

Hari ini hari ke 11 Ramadhan 1431 Hijrah, sabtu dan malam ini malam ke 12 Teraweeh.

Pada kebiasaannya dihujung minggu jamuan berbuka di Masjid Masjid pun agak special daripada biasa dan kebiasaannya juga Teraweeh dihujung minggu 8 rakaat untuk memberi laluan kepada Tazkirah.

Dan selepas selesai Teraweeh & Tazkirah, di hujung minggu biasanya Moreh juga lebih special daripada biasa.

Khamis minggu depan bersamaan dengan 16 Ramadhan 1431 Hijrah (26/8/10) yang juga bermakna pada malam berkenaan adalah malam 17 Ramadhan (Nuzul Quran)

Erti Nuzul Quran di KL ialah traffic jam sebab Selangor cuti umum dan persediaan Eidul Fitri makin diperhebatkan oleh orang ramai untuk mula bershopping seawal jam 730 pagi disekitar jalan masjid India dan mungkin akan berbuka di persekitaran yang sama juga--begitulah hebatnya masing masing nak beraya. Jadi, ringkasnya erti Nuzul Quran ialah traffic jam sepanjang hari di KL dan shopping terus bershopping sampai waktu berbuka.

Namun erti sebenar Nuzul Quran ialah Nuzul (turunnya) Quran (Al Quran).

Hebatnya di Malaysia sambutan Nuzul Quran disambut dengan objektif untuk memeriahkan Syawal hingga terlepas erti sebenar hari cuti umum berkenaan yang jatuh pada 17 Ramadhan 1431 Hijrah,jumaat minggu depan.

Cubalah ditanya kepada para shoppers makna Nuzul Quran--berapa kerat yang mengetahui atau sekadar menjawap , hari selangor cuti umum, hari KL sesak teruk menandakan raya dah makin hampir.

Sebenarnya ramai yang terlepas pandang kepada firman Allah swt dalam Surah Al Qadar yang mana Allah swt berfirman yang Al Quran itu di turunkan pada Malam Al Qadr.

Firman Allah swt,

" Sessungguhnya kami telah menurunkan(Al Quran) pada Malam Al Qadr. Dan tahukah kamu apakah Malam Al Qadr itu? MalamAl Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para Malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Penuh kesejahteraan pada malam itu hingga terbit fajar"

(Surah Al Qadr: 1-5)

Justru ayat tersebut dengan jelas memberikan salah satu clue untuk mencari Lailatul Qadar atau Malam Al Qadr telah diberikan oleh Allah swt dalam ayat berkenaan dengan salah satu caranya ialah untuk mencari di malam Nuzul Quran---namun apa yang ramai sibuk buat ialah perkara lain selain daripada beribadah.

Terdapat juga Hadith Sahih yang memberi panduan kepada kita untuk mencari Lailatul Qadr di 10 malam terakhir dan juga pelbagai Hadith lagi namun yang jelas Lailatul Qadr hanya di ketahui oleh Allah swt dan semua seharusnya tidak ketinggalan menghidupkan malam malam Ramadhan sejak malam pertama lagi hingga ke akhir Ramadhan. Kemungkinannya ialah Lailatul Qadr berlaku pada bila bila masa sahaja.

Jadi, hari khamis minggu depan sama samalah semua kita awal awal lagi memenuhi Masjid Masjid/ Surau Surau untuk berbuka, berTeraweeh etc etc moga moga kita mendapat faedah untuk diri dan keseluruhan kaum keluarga kita semuanya. Elakkan lah berbuka bersama sama dengan para 'kacang hantu' sepertimana yang di sebut oleh Allahyarham AR Tompel dalam the award winning film Keluarga 69 yang mana kemungkinan besar sambutan Nuzul Quran di malam jumaat minggu depan akan tenggelam dengan pelbagai aktiviti bersuka ria yang tidak berfaedah kecuali keseronokan melampau lampau tanpa arah tujuan.

Selain daripada semua Masjid dan Surau seluruh Malaysia, satu pengumuman juga telah dibuat oleh pihak Masjid Negara kepada media massa yang menjemput orang ramai memeriahkan sambutan Nuzul Quran pada hari khamis malam jumaat minggu depan . Jamuan berbuka dan Moreh disediakan seperti biasa malah lebih special daripada biasa la . Ajaklah semua kacang kacang hantu, kacang goreng, kacang kuda, kacang hijau, kacang soya dan semua jenis kacang untuk memakmurkan malam jumaat minggu depan dengan menghadirkan diri ke mana mana Masjid dan Surau berdekatan

Sekiranya di radio beberapa hari yang lepas terdapat kisah regular customer donut bertemu jodoh dengan penjual donut di Bazaar Ramadhan, jadi tak mustahil la ada yang akan bertemu jodoh di Masjid Masjid dan Surau Surau juga kot kot la mana tau kan kan kan asalkan jangan jadikan Masjid/Surau tempat bersembang melalut lalut tanpa batasan dah la.

Akhir Qalam, selamat berbuka, selamat berTeraweeh etc etc etc dan selamat bersahur. Renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, peace no war, weeee .... .......

iskandar1967@gmail.com

Subuh Makkah

Tahun 2007 Suasana Ketenangan Subuh di Masjidil Haram Makkah Al Mukkarammah. Salam Ramadhan hari ke 11 1431 Hijrah dan malam ke 12 Teraweeh.

Senarai Penuh 24 Hotel tanpa sijil halal disiarkan di hardcopy kosmo hari ini sabtu 21/8/10

Online version kosmo hari ini



24 hotel guna bahan diragui halal




Oleh MAHATHIR JAMIL

mahathir.jamil@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 buah hotel daripada 34 buah hotel yang dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana menawarkan sajian Bufet Ramadan bermula 1 hingga 10 Ramadan lalu didapati menggunakan bahan yang diragui halal.



Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, hasil pemantauan tersebut mendapati 70 peratus daripada premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia.



Menurutnya, promosi yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.



“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.



“Bagaimanapun, kesemua premis memberikan kerjasama dan maklum balas yang baik di sepanjang proses pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.



Jelasnya, pihak hotel juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).



Menurut Wan Mohamad, Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di hotel-hotel berkenaan pada setiap hari sepanjang Ramadan.



“Oleh itu, semua hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma Bufet Ramadan yang boleh mengelirukan pengguna yang hendak berbuka puasa di hotel.



“Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan ia boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan,” tegasnya.



Sementara itu, katanya, sepanjang 10 Ramadan pertama, Jakim menerima 16 permohonan sijil halal daripada hotel di seluruh negara.



Katanya, daripada jumlah itu, sembilan hotel telah lengkap dokumen dan sedang diproses manakala tujuh lagi belum melengkapkan dokumen mereka.



“Sebanyak dua hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadan iaitu JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor,” jelasnya.

Friday, August 20, 2010

Makkah Taraweeh 2010 (Night 10 Witr & Dua-e-Qunoot) Sheikh Maahir

Malam ke 10 semalam, Doa Qunut, Masjidil Haram Makkah Al Mukkaramah. Selamat berpuasa di Malaysia hari ini hari ke 10 Ramadhan dan malam ke 11 Teraweeh.

Rabbani - Bacalah

Bacalah Rabbani terhangat daripada biasa di hari Jumaat hari ke 10 Ramadhan 1431 Hijrah , malam ke 11 Teraweeh .

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 018/1431

Salam Jumaat dan Khutbah Jumaat hari ini menyentuh tentang membaca dan memahami Al Quran.
Khatib menegaskan tak ada gunanya pada malam malam Ramadhan membaca/Tadarus Al Quran tanpa memahaminya. Khatib mencadangkan supaya setiap ayat yang dibaca di sertai dengan terjemahannya supaya senang untuk memahami apa yang di baca. Khatib mencadangkan supaya Al Quran yang mengandungi terjemahan dibaca dengan mula mula membaca Al Quran dalam Bahasa Arab dan seterusnya serta merta membaca terjemahan berdasarkan kaedah Fiqah yang menyatakan, 'sekiranya ada sesuatu penambahan cara perlu dibuat untuk menyempurnakan sesuatu yang kita buat maka ianya perlu di buat'. (Islamic Legal Maxims)
Kebetulan dengan Khutbah Jumaat hari ini mari kita fokus kepada berapa ramai orang biasa yang faham apa yang dibaca serta berapa ramai Imam yang betul betul faham apa yang dibaca.
Kalau Imam setakat faham makna Al Fatihah dan Juzu' Amma dan selebihnya hanya fasih membaca tapi tak faham akan mengakibatkan makmum terainaya.
Perbezaan cara bacaan Imam Masjidil Haram dengan kebanyakkan Imam kita jelas ketara.
Kebanyakkan Imam kita mementingkan lagu--jadi itulah yang menyebabkan ramai salah sangka sedapnya lagu bacaan seseorang Imam itu mendayu mendayu sungguh merdu, macam kata kata Seniwati Datuk Sarimah Ahmad dalam the award winning film , Ibu Mertuaku.
Sebenarnya apa yang dibaca oleh kebanyakkan Imam kita dengan lagu yang merdu mungkin akan dibaca samada dengan penuh ketakutan terketar ketar, dengan nada gembira, dengan nada sedih ataupun dengan nada berkobar kobar oleh para Imam Masjidil Haram.
Takut terketar ketar kerana siksaan dasyat api neraka, gembira kerana janji syurga, sedih kerana balasan atas segala perbuatan mungkar, berkobar kobar kerana semangat berjihad fi Sabillillah.
Perbezaan ini juga jelas dilihat bila membaca doa dimana Imam Imam kita kebanyakkannya mengutamakan betapa laju expressnya doa daripada memohon dengan penuh ikhlas dan Tawaddhu pada Allah swt.
Jadi kerajaan perlu lebih serius membaiki kualiti para Imam Imam kita dengan menghantar mereka ke kursus kursus asas memahami bahasa Arab yang juga bahasa Al Quran, tidak cukup sekadar mengenal grammar tetapi mendalami vocabularies supaya secara spontan nanti bacaan akan terasa berkesan serta ikhlas malah pahala membaca tergagap gagap dengan niat tulus ikhlas adalah lebih besar daripada pahala membaca dengan lancar.
Sempena bulan Ramadhan ini, ingin juga di sentuh apa yang disebut dalam Malaysia Hari Ini selepas Subuh pagi tadi mengenai pasangan bahagia yang berbuka puasa bersama sama sambil ringan ringan diwaktu sebelum, semasa dan selepas berbuka di tempat mereka berbuka. Persoalannya, apakah mereka berpuasa? Sekiranya ya, maka kedudukan pahala mereka mungkin terjejas dan puasa mereka mungkin menjadi sia sia. Ini adalah perkara asas larangan sepanjang masa terlebih lebih lagi lah di bulan Ramadhan. Sebenarnya apa yang mereka tidak sedar juga ialah perbuatan mesra mereka akan sentiasa diperhatikan oleh kebanyakkan kakitangan outlet makan yang mereka kunjungi-silap silap haribulan nasib tak baik tau tau sahaja tersiar di you tube.
Setakat ini dulu, selamat Solat Asar di petang jumaat ini sebentar lagi dan bagi yang menghadiri majlis di serata tempat malam ini-- kesemua tempat berkenaan biasanya mempunyai kemudahan selesa untuk berSolat termasuklah di PWTC . Alasan nak jaga pakaian untuk mengelakkan Solat mungkin sukar diterima oleh Allah swt mahupun Malaikat yang mencatit segala amalan di kiri dan kanan kita 24/7.
Renung renungkan, selamat beramal,tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi,peace no war.
Selamat berbuka, selamat berTeraweeh malam ke 11 dan selamat bersahur serta berSolat Subuh awal pagi esok dimana sahaja semua kita berada. Wassalam wbt.

iskandar1967@gmail.com

Nasyid - Doa Perpisahan (Brothers)

Doa Perpisahan Brothers tetap hangat drp biasa untuk rakan baik kepada YB Menteri Radio .

SENARAI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

10 Ramadhan 1431 Hijrah (20/8/10) Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Batu 14 Hulu Langat

13 Ramadhan 1431 Hijrah (23/8/10) Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Bahru

14 Ramadhan 1431 Hijrah (24/8/10) Masjid Al Azhar (KUIZ), Bangi

15 Ramadhan 1431 Hijrah (25/8/10) Pusat Islam UPM

16 Ramadhan 1431 Hijrah (26/8/10) Masjid Nurul Amin, Kg Delek, Klang

17 Ramadhan 1431 Hijrah (27/8/10) Masjid Al Mujahidin, Bagan Terap, Sungai Besar

20 Ramadhan 1431 Hijrah (30/8/10) Masjid An Naim Bt 7, Jalan Kebun, Klang

22 Ramadhan 1431 Hijrah (1/9/10) Masjid Ar Redha, Kg Jenderam,Hulu Dengkil, Sepang

24 Ramadhan 1431 Hijrah (3/9/10) Masjid Nurul Iman, Batu 8 Ijok, Kuala Selangor

1 Syawal 1431 Hijrah (10/9/10) Solat Eidul Fitri ,Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

SEMUA DIJEMPUT HADIR. JAMUAN BERBUKA PUASA/IFTAR ADALAH PERCUMA UNTUK SEMUA LELAKI/PEREMPUAN.

myMetro | Jangan percaya bulat-bulat

myMetro Jangan percaya bulat-bulat

Hard copy artikel ini menyiarkan isu Hadith Palsu.

Hadith palsu yang dimaksudkan tersebut yang disebut dalam artikel ini ialah faedah teraweeh dari malam pertama hingga ke lapan (dan bakinya hingga ke malam 30 tidak disebut)

Selain daripada itu keseluruhan artikel ini menyiarkan Al Quran & Hadith Sahih.

Hadith Hadith palsu yang dimaksudkan terdapat 2 pendapat:-

Pertama---memang sengaja di palsukan

Kedua-- Ianya sebenarnya bukan Hadith tetapi hanya kata kata para sahabat Nabi semata mata

Justru itu, ulama ulama yang benar benar ulama yang ada perlu memperjelaskan kepada masyarakat--namun seperti biasa ulama yang ikhlas biasanya datang dari parti pembangkang justru untuk mengelakkan pra sangka satu semakan perlu di kemukakan mahupun research dilakukan ke atas tulisan tulisan ulama yang dihormati di dunia yang masih hidup seperti Sheikh Dr Yusoff Al Qaradhawi dan Sheikh Wahba Az Zuhaily

(SILA CLICK UNTUK MEMBACA ARTIKEL TERSEBUT)

Thursday, August 19, 2010

Makkah Taraweeh 2010 (Night 8 Witr & Dua-e-Qunoot) Sheikh Maahir

Malam ke 8 Doa Qunut di Masjidil Haram Makkah . Selamat berpuasa hari ke 9 Ramadhan 1431 Hijrah dan Teraweeh malam ke 10 malam ini.

lagu boria--sila berkunjung ke pulau pinang

Sila Berkunjung Ke Pulau Pinang irama boria tetap hangat dari biasa di hari ke 9 Ramadhan 1431 Hijrah malam ni Teraweeh malam ke 10.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 017/1431

Kali ini kita fokuskan kemeriahan Ramadhan di Pulau Mutiara yang juga di kenali sebagai Tanjung tetapi secara formalnya ialah Pulau Pinang dengan tagline rasmi Pearl of the Orient mcm tagline radio lebih hangat daripada biasa tu la he he he.

Masjid yang menjadi tumpuan utama sepanjang hari dan malam semasa Ramadhan ialah Masjid Kapitain Keling yang terletak di persimpangan traffic light Chulia Street dan Pitt Street. Masjid ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan dan golongan golongan miskin dari semua kaum dan agama biasanya berkumpul di luar perkarangan Masjid yang akan menjadi beribu ribu menjelang 10 malam terakhir Ramadhan.

Masjid Kapitain Keling seperti juga Masjid Masjid lain kat Penang--menyediakan nasi dan lauk pauk untuk berbuka kepada semua secara percuma. Namun yang amat special sekali ialah jamuan nasi selepas Solat Teraweeh pada malam ke 27 Ramadhan ( maknanya pada 26 hb Ramadhan bila berbuka dah kira malam ke 27 la tu). Nasi beriani yang amat special di isi dalam talam (dulang) beserta lauk pauk ayam/daging/dalca akan di kongsi bersama sama 4 orang. Jamuan special ini hanya terdapat selepas Teraweeh malam 27. (siangnya 26 Ramadhan)

Apa yang perlu di buat untuk menikmati jamuan special ini? Selepas Solat Teraweeh sepenuhnya dan bagi yang buat 8 rakaat kenalah bersabar dan buat aktiviti lain seperti membaca Al Quran, berehat dsbnya--selepas Teraweeh perlu beralih tempat ke ruang jamuan di sebelah belakang kiri ruang Solat bagi Lelaki dan di bangunan berhampiran bagi Perempuan. Talam talam nasi beriani wangi air mawar akan sampai kepada setiap 4 orang yang masing masing boleh pilih selesa nak makan dengan sesiapa sahaja yang hadir ke Masjid malam tu.

Suasana ketika malam 27 sudah macam malam raya dan ramai pemberi zakat fitrah datang malam itu untuk menyampaikan sendiri bantuan Zakat Fitrah serta Sadaqah kepada ribuan golongan susah yang berkumpul di luar Masjid tetapi tetap dapat menikmati jamuan special dalam talam tersebut di perkarangan taman Masjid.

Diluar pagar Masjid inilah terdapatnya nasi kandar beratur yang terkenal tu.

Diseberang jalan main entrance Masjid terdapat Restoran Ramzan yang dibuka seawal 630 pagi pada bulan bulan biasa yang terkenal dengan roti canainya yang lembut dan dalca nya yang complete beserta teh tarik susu lembu.

Juga dengan berjalan kaki 3 minit dari Masjid Kapitain Keling arah ke Jeti, kita akan ternampak Queens Street yang terkenal sekali di bulan Ramadhan dengan Bazaar Ramadhan yang unik dimana gerai gerai dibuka sepanjang jalan dan juga kerusi dan meja diletakkan diatas jalan untuk berbuka.

Di Queens Street terletak Restoran Tajudeen yang terkenal tu tetapi pada bulan Ramadhan Restoran tersebut ditutup namun perniagaanya tetap berjalan dengan turut sama membuka pelbagai gerai berbuka di sepanjang jalan Queens Street. Menu istimewa restoran tajudeen ialah nasi putih panas panas dan kari ayam peha panas panas.

Diseberang gerai gerai Restoran Tajudeen terdapat pula banyak gerai menjual roti kirai (roti jala) yang dibuat panas panas on the spot untuk di cicah samada dengan kari ikan atau karidaging atau kari ayam disamping memerah limau nipis kedalam kuahnya. Juga disediakan meja dan bangku untuk berbuka di samping minuman samada teh tarik susu lembu ataupun teh halia. Minuman lain semuanya ada mcm biasa cuma minuman yang disebutkan adalah item yang special termasuk juga minuman orange sunquick sejuk.

1 minit dari Queens Street ialah Market Street yang dikenali sebagai Little India serupa macam Jalan Masjid India kat KL la. Namun terdapat juga kedai kedai runcit yang menjual pelbagai rempah ratus yang banyaknya di bekalkan untuk restoran restoran di KL. Terdapat antara pemilik pemilik kedai runcit di situ telah juga membuka perniagaan perniagaan lain seperti kedai suratkhabar/majalah/convenience store di KL.

Solat Subuh yang tenang di kesejukan awal pagi di Penang boleh dirasai juga di Masjid Kapitain Keling ini dan juga di Masjid Pakistan sebelah Oriental Hotel seberang jalan Line Clear nasi kandar tu la he he he.

Namun selain dari Line Clear, yang amat terkenal di pulau pinang sejak zaman sebelum perang jepun ialah Restoran Hameediyah di Campbell Street Penang yang berjalan kaki tak sampai 10 minit dari Line Clear. Restoran ini terkenal dengan dalca yang perfect dan nasi beriani ayam (ayam dalam nasi).Juga terkenal di restoran ini ialah murtabak daging/ayam yang tebal serta bawang merah bercuka sebagai pencicahnya yang terhebat serta terhangat drp murtabak ceruk tok kun tu he he he jangan marah nanti kena jual. Imuda Pi Mai Pi Mai Tang Tu kerap kelihatan membeli murtabak di Hameediyah pada hari ahad bulan bulan biasa . Cuma harga di restoran ini agak mahal sedikit berbanding dengan tempat lain memandangkan ianya juga dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat yang tanpa segan segan akan makan diruang atas bangunan lama asal restoran berkenaan. Namun 1 meja panjang di tingkat bawah berhadapan lauk pauk akan membangkitkan nostaglia makan zaman dulu dulu la.

Hari hari Ramadhan di Pulau Pinang akan menjadi lebih mengasyikkan sekiranya bagi mengisi masa antara berulang alik ke Masjid , berjalan jalan sambil makan atau minum pada sebelah malamnya yang boleh di lakukan berulang kali asalkan kita tidak membawa bersama sebarang hantu jerangkong yang akan menghasut kita pergi clubbing/berhibur di saat saat keemasan untuk mendapat pahala berganda ganda serta mengejar Lailatul Qadr sepanjang Ramadhan.

Perbuatan rehat rehat makan makan dan minum minum antara masa beribadah pada sebelah malamnya hingga ke Subuh akan membangkitkan ingatan ketika berUmrah di bulan Ramadhan di Makkah dan Ziarah di Madinah. Pada kebiasaannya semua yang pernah ke Makkah/Madinah semasa Ramadhan akan berbuat perkara yang sama bila ingin break sekejap dari beribadah akan berjalan jalan sekitar bandar Makkah/Madinah untuk makan makan dan minum minum. Keenakkan ayam Taza di bangunan tingkat bawah Makkah Hilton masih terasa hingga ke hari ini .

Apa yang disebutkan pada Tazkirah kali ini ialah cara cara untuk menjadikan Ibadah kita tak boring malah kita tak akan terasa masa berlalu bila berIbadah pada malam malam Ramadhan dan sekiranya kita bertolak balik selepas jam 12 malam dari Pulau Pinang ke KL, InsyaAllah sebelum jam 4 pagi kita akan berada di KL untuk Sahur & Subuh di KL.

Akhir Qalam, diriwayatkan Ibn Masood, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

"Seandainya umatku mengentahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan nescaya mereka akan berharap agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan"

Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi,peace no war, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berTeraweeh etc etc dan selamat bersahur.

iskandar1967@gmail.com