Alhamdullillah baru selesai 8 rakaat Teraweeh berjemaah selepas dikejutkan dengan pelbagai aksi gangsterism di Finas sebelum berbuka tadi.
Kali ini kita fokuskan kepada beberapa isu berkaitan dengan peraturan yang di reka cipta manusia di Masjid Masjid kita.
Terdapat pelbagai signboard serta notis yang melarang kanak kanak memasuki ruang Solat orang dewasa malah ada yang lebih ekstreme akan memarahi kanak kanak kecil yang seronok bermain dengan kawan kawan baru mereka bila ibubapa mereka ramai ramai berkumpul setahun sekali untuk berTeraweeh di Masjid.
Isu bising adalah isu yang subjektif--pada banyak ketika banyak lagi sumber kebisingan lain yang tidak dapat dikawal oleh AJK Masjid seperti contohnya:- bunyi kenderaan lalu lalang, bunyi construction bangunan dsbnya tetapi yang hanya di fokus ialah kanak kanak oleh para AJK yang singkat Aqal.
Tidakkah dengan gembiranya kanak kanak bermain di Masjid sewaktu mereka kecil akan membuatkan mereka akan serasi dengan Masjid walaupun pada mulanya hanya meniru niru jemaah rukuk dan sujud dsbnya.
Nabi Muhammad S.A.W.sendiri membiarkan cucu-cucunya (anak dari puteri Baginda Siti Fatimah & menantunya Saidina Ali)--sewaktu Nabi sujud sewaktu Baginda berSolat tiba tiba kedua dua cucunya duduk di atas Nabi, lalu Nabi sujud dengan tempoh yang agak lama--TANPA ada sebarang nas nas lain yang menunjukkan Baginda marah atau kurang senang. Kesimpulannya, hikmahnya Nabi mahu membiasakan cucu cucunya dengan pelbagai perbuatan dalam Solat termasuk Sujud. Jadi, sekiranya Nabi sendiri tidak kisah cucu cucunya bermain di atas kepala Baginda sewaktu Baginda sujud siapakah pula para AJK Masjid hendak melawan apa yang di telah tunjukkan oleh Nabi. Apa depa ni perasan yang depa ni lebih terer dari Nabi kot?
Peraturan pelik yang lain ialah melarang orang bukan Islam yang bukan musuh pada agama Islam daripada memasuki Masjid. Di zaman Nabi, semua manusia tanpa mengira agama yang ingin berjumpa Nabi boleh berjumpa Nabi di Masjidnya di Madinah (asalnya Masjid Nabi adalah rumah tempat tinggal Nabi yang telah mengalami proses pembesaran dan pembangunan yang pesat kemudiannya).
Jadi perbuatan kita memandai mandai meletakkan pelbagai larangan kepada golongan bukan Islam menampakkan kebongokkan AJK AJK Masjid itu sendiri--yang membuatkan golongan bukan Islam makin jauh dengan Islam--sudahla ramai orang Islam sendiri pun Solat sesuka hati saja malah ada umat Islam yang hanya datang setahun sekali ke Masjid bagi memeriahkan Ramadhan dan Solat Sunat Eidul Fitri. Jadi dengan ada peraturan bodo sebegini akan makin jauhlah manusia daripada Masjid.
Sudah tiba masanya AJK AJK Masjid dipilih daripada mereka yang mempunyai asas agama bukannya semata mata berdasarkan asas parti politik yang berjuang atas nama bangsa semata mata. Mengambil mereka yang jahil agama menjadi AJK Masjid akan memusnahkan keberkatan Masjid berkenaan itu sendiri dimana AJK asyik bermesyuarat macam mana nak makan komisyen dari tabung akaun Masjid yang berjumlah jutaan ringgit seperti mencadangkan pengubah suaian bangunan Masjid yang tidak perlu, menambahkan air cond yang telah sedia banyak, menambahkan jumlah tandas melampau keperluan penduduk setempat, melengkapkan Masjid dengan berunit unit TV Plasma saiz besar, memberikan kontrak membekalkan makanan untuk jamuan di Masjid pada kroni kroni masing masing, menambah pelbagai kemudahan mewah di Masjid yang tidak perlu etc etc etc
Masjid sebenarnya boleh menjadi sekolah ataupun kolej ataupun universiti terbuka 24 jam 7 hari seminggu tetapi malangnya wang jutaan ringgit sentiasa dibazirkan untuk tujuan yang tidak perlu termasuklah menggantikan karpet tebal yang di import bagi seluruh ruang Solat di Masjid yang saiznya agak besar.
Namun bukan semuanya Masjid begitu, ada yang bagus bagus dan hidup Masjid berkenaan dengan sendirinya kerana di berkati Allah swt bukannya kerana berlumba lumba mencuri wang Masjid atas nama membangunkan Masjid secara fizikal.
Isu Isu yang seharusnya diselesaikan oleh ahli ahli agama/para ulama tidak patut di politikkan dan semua kita dikurniakan Aqal oleh Allah swt--gunakanlah sebaiknya sebelum Allah swt menarik balik nikmat Aqal.
Selamat berQiyammullai bermula malam ini jam 330 pagi-445 pagi dan selepas itu sahur disediakan dan selepas sahur Solat Subuh berjemaah. InsyaAllah semua yang berkesempatan untuk menghidupkan lagi 10 malam terakhir Ramadhan 1431 Hijrah ini cuba cubalah berbuat demikian--mana tau segala doa kita yang baik baik akan di Maqbulkan oleh Allah swt kan kan kan???
Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi dan InsyaAllah berbukalah awal bila masuk waktunya dan bersahur sebelum Azan Subuh. (Waktu Imsak hanya waktu peringatan sahaja bukannya waktu berhenti makan--waktu berhenti makan ialah waktu Azan Subuh dan sekiranya masih makan time Azan habiskan segera tak payah terus berhenti. Isu ini telah dibincangkan oleh para ahli agama dan telah disepakati jawapannya)
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment