Thursday, August 12, 2010

Makkah Taraweeh 2010 -(Night 2 Witr+Dua-e-Qunoot) Sheikh Maahir

Malam Kedua--2 Ramadhan 1431 Hijrah malam semalam--Solat Teraweeh dari Masjidil Haram Makkah Al Mukkaramah Doa Qunut. Hayati pembacaan Doa Qunut dengan nada bacaan doa Imam yang sesuai dengan apa yang sedang dipohon kepada Allah swt--cuba bersabar dan menghayati permulaan doa sehingga habis ok.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 010/1431 HIJRAH.

Malam ini hari ketiga Teraweeh dan hari kedua Ramadhan. Masih diawal Ramadhan eloklah diteruskan mencari Lailatul Qadr dan menyegerakan pembayaran Zakat Fitrah kepada fakir miskin terus tanpa menunggu sehingga pagi sebelum Solat Eidul Fitr.

Malam ini malam jumaat - malam yang amat ditakuti oleh Allahyarham Seniman Ibrahim Din bila tersesat dalam hutan dalam the award winning film--Nasib Do Re Me. Namun, selepas Teraweeh malam ini cuba cubalah memandu sekitar ibukota, seperti tahun tahun lepas kita akan nampak berapa ramainya pengunjung pengunjung pusat pusat hiburan, juga karoeke -karoeke, juga panggung panggung wayang, juga pusat pusat urut kononnya refleksologi walaupun hakikatnya malam ini ialah malam jumaat dalam bulan Ramadhan. Apakah kejadian pusat hiburan terbakar ataupun nahas jalanraya yang maut maksimum ataupun di panah petir ketika sedang bersuka ria di dalam hutan mahupun mati mengejut terkena arus elektrik sewaktu bersuka ria di pusat pusat hiburan--apakah kejadian itu semua secara kebetulan ataupun memang dah ditentukan Qada & Qadar untuk mati sedemikian sebagai contoh kepada yang lain agar menghormati malam malam Ramadhan. Kemalangan jalanraya yang amat dasyat dalam bulan Ramadhan akan memalukan ibubapa masing masing bila anak daranya terkorban bersama pasangannya dijalanraya dengan memakai mini skirt sendat dan hanya tiub--malam bulan Ramadhan?

Menelefon Red Box untuk menempah bilik karoeke mungkin boleh ditangguhkan kepada selepas bulan Ramadhan. Menonton wayang pun begitu juga mungkin boleh ditangguhkan namun untuk mabuk mabuk bersuka ria di serata pusat hiburan bukan sahaja perlu dihentikan sepanjang Ramadhan malah perlu dihentikan terus sama sekali. Mungkin juga idea yang bagus untuk mengadakan siaran secara langsung di TV bila operasi diadakan sepanjang malam bulan Ramadhan secara serentak di segenap lokasi di ibukota sebagai permulaan. Jangan di censor pakaian pengunjung-siarkan terus 'live' bila operasi berjalan. Kalau terkena anak anak VIP, nasibla.......... InsyaAllah rancangan khas operasi sempena malam malam Ramadhan akan mendapat sambutan hangat dengan rating tertinggi dan siaran langsung boleh diadakan dari masa ke semasa bermula jam 1130 malam sehingga jam 5 pagi bulan Ramadhan dengan para pengiklan akan berlumba lumba untuk mengiklan.

Akhir Kalam, renungkan kata kata hikmah daripada Ibn Qayyim ini,:-

" Sebelum usia kita berakhir, sebelum segalanya menjadi terlambat, agar kita tidak menuai umur dengan buah yang pahit pada hari pembalasan, maka tanamlah di ladang ladang waktu kita dengan pohon pohon yang baik. Belajarlah cara cara menggunakan waktu yang telah dipraktikkan oleh para salaf, generasi awal Islam. Kerana mereka telah membuktikan, bahawa tiada waktu yang mereka lalui dengan sia sia.Waktu mereka selalu terisi dengan ketaatan, kebaikan dan produktiviti."

Renung renungkan,selamat beramal. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi biarkan Ramadhan tahun ini menjadi lebih hangat daripada biasa. Jangan lupa pertemuan penting dengan Allah swt pada malam ketiga Teraweeh bagi mengejar malam seribu bulan, bagi mengejar saat berdoa yang mustajab InsyaAllah.

iskandar1967@gmail.com

Note: rectification to the blog postings are underways as some postings have suddenly dissapeared despite counter checking repeatedly all the settings relating to the display number,tq

No comments:

Post a Comment