Monday, August 23, 2010

Rasulullah

Rasullullah , Hijjaz.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 020/1431

Salam Ramadhan 1431 Hijrah hari isnin hari ke 13 Ramadhan. Sekarang di Malaysia sudah masuk hari isnin kerana jam baru melewati jam 1235 pagi tetapi di Makkah dan Madinah ketika ini masih hari ahad belum Isya dan Teraweeh lagi .

Malam malam Ramadhan berterusan dan sekiranya kita sanggup sekarang menunggu dan menyaksikan perlawananan bolasepak siaran secara langsung English Premier League perlawanan Manchester United, tiada sebab kita tak boleh turut sama menyaksikan siaran secara langsung dari Makkah dan Madinah kira kira jam 145 pagi sebentar lagi hingga kira kira 345 pagi untuk turut sama menghayati bacaan Al Quran yang dibaca oleh Imam Imam yang faham makna apa yang dibaca serta dapat pula mengingatkan saat saat kita turut sama tawaf di keliling Kaabah bila berulang kali melakukan Umrah pada malam yang sama ketika berada di sana.

Tiada faedahnya berkumpul beramai ramai ketika ini di pelbagai outlet makan di KL semata mata untuk menjerit gol gol seolah olah kita semua berada di UK dan apakah kita akan mendapat pahala menonton perlawanan berkenaan disamping mengambil kesempatan untuk bersama pasangan masing masing bercumbuan di tempat awam tanpa menghiraukan ratusan mata lain yang akan terpandang perbuatan tersebut.

Sewaktu berada di Birmingham, beberapa tahun lepas untuk postgrads tiada langsung terlintas untuk menonton walau satu pun perlawanan bolasepak disana. Apa yang jelas ialah ketika pasukan Aston Villa tewas tiada siapa berani keluar daripada kawasan kampus mahupun perkampungan kediaman para pelajar disebabkan pelbagai kejadian ganas akan berlaku di sekitar Birmingham High Street seperti memecahkan kereta yang diparking di tepi jalan, membakar kereta yang juga di parking ditepi jalan, memecahkan cermin cermin segala jenis kenderaan yang di parking secara sah di merata tempat disekitar High Street ( bandar). Manakala semangat bolasepak mereka juga tinggi dimana awal awal pagi lagi para pekerja West Midland Electricity Board (serupa macam TNB la) akan pergi ke tempat kerja dengan memakai t shirt pasukan kegemaran mereka dan menconteng muka mereka , ini dapat dilihat bila mereka bertugas menggunakan skylift di tiang tiang elektrik di awal pagi lagi. Maknanya selepas habis berkerja mereka terus minum di pub pub dan terus ke stadium.

Fanatiknya para penyokong bola termasuk yang perempuan pernah disiarkan di BBC News pernah berkumpul beramai ramai di Tralfagar Square London dan mengibas gibaskan t shirt yang di pakai mereka naik turun naik turun sehingga menampakkan breast mereka berulang kali yang disiarkan tanpa censorship di BBC News stesen TV milik Kerajaan British itu.

Kini senario yang berlaku di Britain secara perlahan sejak bertahun yang lepas telah mula menular ke Malaysia. Dahulu, tiada siapa yang akan membelanjakan ratusan malah ribuan ringgit untuk membeli t shirt dan pelbagai kelengkapan bergaya pasukan bolasepak masing masing tapi kini ianya semakin menjadi perkara biasa di Malaysia. Lebih mengejutkan setelah berhabisan banyak wang rupa rupanya logo logo pasukan yang diminati didapati mewakili lambang syaitan serta lambang salib agama kristien. Namun atas prinsip terlampau minat serta juga ingin bergaya dengan pasangan bahagia masing masing, soal Aqidah sendiri diketepikan menjadi kurang penting pulak.

Tahun 1995, Ramadhan dan Syawal di Birmingham jatuh pada musim winter. Alangkah seronoknya bila berbuka puasa pada jam antara 330 petang hingga 340 petang, bila sudah masuk Mahgrib dan keadaan langit telah mula gelap menjadi malam walaupun masing masing masih berada di kampus. Tak terasa lapar mahupun dahaga. Ketika itu, Malaysian Hall Birmingham masih wujud dan menjadi tempat tumpuan untuk majlis berbuka puasa dan Teraweeh para pelajar dengan penuh meriahnya. Pada ketika kesemua pelajar berkumpul beginilah masing masing dapat bertanyakan khabar selain ada yang menjadi agen kereta mewah mula menanyakan kepada pelajar yang akan tamat pengajian yang ingin menerima upah bagi membiarkan nama mereka digunakan untuk membawa masuk kereta mewah ke Malaysia dan ada juga pelajar yang menjadi agen syarikat penghantaran barang pulang ke Malaysia mula mencari customers sewaktu selepas berbuka dan sementara menantikan waktu Isya & Teraweeh.

Namun yang meriahnya dalam kedinginan cuaca sejuk ialah bila semua berkumpul beramai beramai menghidupkan malam malam Ramadhan jauh dari tanahair sendiri. Pada tahun 1995 jugalah, ketika bersolat raya (Eidul Fitri) sewaktu khutbah mula dibacakan, salji turun diluar tingkap kaca sehingga ada yang membisikkan white raya. Yang peliknya tahun itu, para mat saleh amat mengharapkan salji turun sewaktu hari christmas tetapi tidak tetapi sebaliknya jauh lebih awal sebelum christmas, salji turun, itu lah kebesaran Allah swt dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dalam salji yang turun yang jatuh ke meja meja yang di letakkan makanan di kawasan terbuka di belakang Malaysian Hall Birmingham yang semuanya tidak pedulikan salji yang turun asyik beramah mesra sambil makan lemang, ketupat, nasi himpit kuah kacang dan pelbagai lagi masakan asli dari Malaysia.

Bertahun dinegeri orang dapat membuatkan kita amat terasa kebesaran Allah swt yang ingin membuktikan tahun berkenaan tiada white christmas tetapi yang ada ialah white raya.

Solat Jumaat dalam bulan Ramadhan seperti biasa semua berSolat samada di gereja Martin Lurther di Aston University Birmingham ataupun di gereja Birmingham University. Inilah keunikan berSolat Jumaat di Birmingham dimana kerusi kerusi gereja di susun di tepi bagi membolehkan tikar dibentangkan untuk ribuan pelajar berSolat di Birmingham University dan ratusan pelajar di Aston University kerana gerejanya yang lebih kecil. Selepas Solat, AJK akan menyusun balik kerusi kerusi ke tempat asal. Rostrum gereja di gunakan oleh Khatib untuk menyampaikan Khutbah Jumaat tanpa rasa pelik apa apa pun--sebab yang penting Solat mengadap Qiblat dan berSolat untuk Allah swt semata mata.

Kelas pula hanya 3 hari seminggu--Isnin, Selasa & Khamis dan hari selebihnya di gunakan untuk berada diperpustakaan ataupun bertapa di Postgraduate Suite dan kebanyakkan masanya semua sibuk dengan tugas masing masing maka berbuka pun sorang sorang dengan bekal yang dibawa, ada masanya sedih teringatkan keluarga di kampung , ibu dan Arwah ayah yang masih ada ketika itu. Membuat collect call (reverse charge) ke Malaysia mudah sekali tetapi untuk jimatkan bill di kampung terpaksalah berdisiplin ke sebulan sekali saja.

Kadang kadang terasa juga nak berbuka di kedai, jadi just jalan kaki ke Din Kebab di Birmingham High Street--yang halal dan sedap. Banyak juga tempat tempat halal di Birmingham tetapi semua kena naik bas kecuali Din Kebab yang hanya tak sampai 10 minit berjalan kaki daripada kampus.

Hari Ahad, ada masanya terasa nak berbuka di London. Menaiki coach national express daripada Birmingham ke London mengambil masa 3 jam manakala kadang kadang menaiki keretapi intercity hanya 2 jam sahaja. Ke mana arah tuju nak berbuka? ada masanya di kafetaria di Malaysian Hall London yang lama tak jauh dari Marble Arch tube station . Di kafetaria berkenaan ada teh tarik dan segala jenis makanan Malaysia namun ada masanya just berbuka di restoran Pakistan tak jauh dari Malaysian Hall London yang lama. (Malaysian Hall London telah pun berpindah ke lokasi baru beberapa tahun yang lepas)

Untuk dapat pulang ke Birmingham awal dan tidak lewat tengah malam, terpaksa terlepas Solat Teraweeh di London, just buat kat studio flat kat Handsworth Wood Village je dan ada masanya kena bertugas menjadi Post Grads Rota (lebihkurang mcm rukun tetangga la malam malam) sebulan 2 kali termasuk pada malam malam bulan Ramadhan maka berSolat Teraweeh la sendirian di tempat bertugas. Tujuan postgrads rota ialah untuk mendapat potongan 50% daripada accomodation fees dan tugasnya ialah menjaga keselamatan sepanjang malam serta melayan karenah student student biasanya mat mat dan minah minah saleh yang pulang lewat mabuk mabuk ,kehilangan kunci dan seribu satu masalah lain lagi.

Merasai Ramadhan & Syawal jauh dari keluarga akan membuatkan kita mula menghargai betapa bernilainya ibu dan bapa kita, sepatutnya kita semua mula menghargai ibu dan bapa kita semasa mereka masih ada tanpa berlengah lengah lagi. Al Fatihah untuk Arwah ayah.

Habiskan lebih banyak masa dengan ibu dan bapa adalah lebih baik daripada membuang masa dengan ramai para kacang hantu, kacang goreng,kacang soya,kacang hijau, kacang peas,ice kacang etc etc

Renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, selamat berpuasa, selamat berbuka , selamat berTeraweeh etc etc dan selamat bersahur.

iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment