Wednesday, August 4, 2010

Tazkirah Awal Ramadhan 1431 Hijrah Bil 001 /1431 Hijrah Renung renungkan, selamat beramal

TAZKIRAH AWAL RAMADHAN 1431 HIJRAH






Bila tibanya Ramadhan InsyaAllah sekitar hari Rabu minggu depan 11/8/2010, bermakna hari selasa malam dengan berkumandangnya Azan Maghrib telah masuklah 1 Ramadhan 1431 Hijrah serta bermula lah Solat Terawikh pada hari selasa malam selepas Solat Isya.


Banyak ganjaran untuk bermula beramal dengan pelbagai amalan Sunat di bulan Ramadhan termasuklah untuk berSolat Terawikh setiap malam. Bermulanya 1 Ramadhan juga bermakna amalan sahur yang disunatkan makan di saat saat akhir oleh Nabi Muhammad saw. Amalan mengambil sekurang kurangnya 2 biji kurma basah selain dari makan sahur yang biasa , InsyaAllah akan membelkalkan tenaga yang diperlukan sepanjang hari sehingga waktu berbuka yang mana juga disunatkan memakan 2 biji kurma basah selain kuih kuih yang manis manis selepas itu berSolat Maghrib dan barulah berbuka dengan makanan yang berat berat.


1 Ramadhan 1431 Hijrah juga bermakna bermula kefarduan menunai Zakat Fitrah yang boleh terus dilunaskan bermula 1 Ramadhan lagi makanya tidaklah perlu menunggu hingga sebelum Solat Eid Fitri untuk menunaikannya.


Zakat boleh dibayar kepada amil amil yang dilantik oleh pihak berkuasa namun mengikut asnaf, keutaamaan patut diberi mengikut susunan asnaf serta memastikan faedah zakat sampai segera kepada penerimanya.


Golongan fakir miskin samada dalam bentuk peminta sedekah ataupun golongan susah yang tidak meminta sedekah boleh menerima pemberian Zakat kita secara terus daripada kita asalkan kita berniat dalam hati kita amoun yang disumbangkan itu ialah bagi meyempurnakan kefarduan Zakat.


Kita tidak pula lah perlu meminta golongan fakir miskin ini mengelurakan sebarang resit juga kita tidak perlu berdoa panjang lebar didepan golongan susah ini ataupun mengambil tangan mereka untuk melakukan akad pemberian zakat. Ini semua adalah reka cipta manusia di jabatan kerajaan supaya menampakkan betapa specialnya untuk membayar zakat kepada mereka namun tiada naskh naskh yang Sahih yang menyokong formality tambahan ini melainkan kesan yang nyata ialah golongan fakir miskin akan lambat menerima bantuan berkenaan.


Begitu juga dengan prosedur keperluan mendaftar golongan susah ini menambahkan lagi birokrasi.


Apa yang ditonjolkan didalam media dimana majlis majlis menyampaikan zakat kepada golongan susah ini yang biasanya dianjurkan dalam bentuk yang agak formal—mereka ini telah pun sekian lama mendaftar dan dipilih untuk menghadiri majlis berkenaan untuk sekadar menerima antara rm200 sahaja sehingga rm650 sahaja seorang ataupun kadang kadang bantuan hanya dalam bentuk beras sekampit serta beberapa kilo gandum dan gula sahaja. Dan sekiranya dijumlahkan jumlah bantuan zakat untuk 50 penerima dalam majlis berkenaan mungkin jauh lebih rendah kosnya daripada kos sebenar menganjurkan majlis berkenaan di lokasi lokasi mewah dengan jemputan jemputan. Persoalannya adakah penganjuran majlis berbuka puasa sebegini mahal diambil wangnya daripada sumbangan zakat orang ramai serta syarikat syarikat korporat?


Eloklah kita menyumbangkan zakat yang diwajibkan keatas kita secara langsung kepada golongan fakir, miskin, susah dsbnya. Selanjutnya kita tidak patut berburuk sangka dengan penerima zakat dengan menyangkakan mereka ini didalangi sindiket dsbnya—yang penting niat kita ikhlas apatah lagi melihatkan bayi bayi kecil dalam ribaan ibunya di serata kaki lima di bulan Ramadhan ini.


Sekiranya benar mereka didalangi sindiket, itu adalah isu mereka dengan Allah swt dan bukannya dengan kita.


Apakah kita penuh yakin dengan amil amil yang dilantik yang tidak didalangi sindiket ini? Apakah kita yakin yang pihak berkuasa akan segera menyampaikan bantuan zakat yang kita serahkan ataupun menyimpan dalam akaun untuk sekian lama dahulu. Pernahkah kita terfikir daripada manakah dana untuk membina bangunan zakat yang cantik cantik serta menghantar pegawai pegawai zakat untuk ke pelbagai kursus yang mahal mahal.


Apakah munasabah dengan bantuan sekali setahun sebanyak antara rm250 hingga rm650 sahaja tersebut? Ataupun adakah munasabah bantuan bulanan antara rm250 hingga rm450? Sekiranya kita melihatkan baki akaun badan badan zakat ada yang bukan sahaja berbaki ratusan ribu malah puluhan dan ratusan juta ringgit. Padahal zaman Saidina Umar dahulu selagi ada golongan susah sentiasa dikeluarkan bantuan sehingga tiada golongan susah sehingga golongan susah tersebut menjadi golongan senang dan membayar zakat pula. Namun kita lebih bermegah dengan baki dalam akaun badan badan zakat. Inilah akibatnnya bila manusia menggunakan rasional aqal semata mata dan berburuk sangka pada golongan susah.


Kisah benar:- Zaman Saidina Umar.


Satu hari seorang miskin datang memohon zakat di baitul mal lalu pegawai bertugas menyerahkan 2 ekor unta serta merta kepadanya dan ini diperhatikan oleh Saidinia Umar lalu Saidinia Umar bertanya kepada pegawainya dalam bahasa utara tanahair (saja la dialih bahasa ke loghat utara, takpa la noooo);


Saidina Umar: Hang buat apa tu?


Pegawai: Ya Saidina, aku nak serahkan zakat ni pada dia ni la 2 ekoq unta—golongan miskin?


Saidina Umar: Hang ni mereng ka tiga suku ka apa?


Dia nak buat apa dengan 2 ekoq unta ni?


Kita sepatutnya bantu dia supaya dia keluaq sepenuhnya daripada


Belenggu kemiskinan, Now aku perintahkan kat hang , hang pi bagi kat dia 200 ekoq unta—hang jangan banyak cakap no---harta zakat tu semua bukan kepala bapak hang punya—ni semua untuk kita bantu golongan fakir miskin susah dan semua mengikut asnaf. Hang kena guna akai la bro, akai letak kat kepada bukan kepala lutut.






Selepas mendapat 200 ekor unta, si miskin tadi berjaya berniaga dan berjaya terlepas daripada belenggu kemiskinan-- malah menjadi penyumbang zakat pula di zaman Saidina Umar.






Jadi---apalah salahnya sekiranya jangan diberi rm200 sahaja sebagai zakat tetapi rm200 ribu supaya golongan ini dapat menyelesaikan masalah mereka serta dapat memulakan perniagaan kecil kecilan tanpa perlu membayar balik.


Usah risau yang rm200 ribu setiap seorang ini akan disalah gunakan, mungkin peratusan yang akan lupa daratan adalah amat kecil sekali mungkin tak sampai pun 5 % daripada kesemua penerima bantuan.


Setakat inilah dulu—Tazkirah Awal Ramadhan kali ini yang lebih hangat daripada biasa la kot he he he he he—Renung renungkan,selamat beramal, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Akhir kalam, apa yang baik itu daripada Allah swt  dan sekiranya terdapat sebarang kelemahan sebagai manusia biasa- maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami mcm lagu filem Pendekar Bujang Lapok tu la ok. Wallahualam.






iskandar1967@gmail.com


artikel ini adalah tulisan asal iskandar1967 dan penyiaran semula dan sebarang jua bentuk diizinkan dengan atau tanpa perlu memetik sumber, InsyaAllah takda masalah.

















No comments:

Post a Comment