Tahun Lepas--1 Ramadhan 1430 Hijrah/2009 Solat Isya & Teraweeh berjemaah di Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkarammah.
InsyaAllah, Solat Teraweeh di Malaysia tahun ini 1 Ramadhan 1431 Hijrah bermula pada hari selasa malam 10/8/2010.
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 003/1431 HIJRAH
Sebagai menyambut kedatangan Ramadhan dengan terdengarnya laungan Azan Maghrib pada hari selasa ini, maka eloklah beramai ramai ke Masjid selewat lewatnya sebelum Azan Isya di laungkan.
Suasana malam pertama Solat Terawikh dijangkakan meriah , eloklah datang awal untuk mendapat parking yang sesuai untuk segala jenis kenaikan yang anda bawa.
Perkara yang paling penting bila berada dalam persekitaran Masjid elakkanlah berbual bual, membuat bising serta bergurau senda. Mungkin kita tidak dapat melarang kanak kanak yang bergembira bising kerana melarang mereka akan membuatkan mereka tidak suka untuk datang ke Masjid dan menganggapnya satu beban bila kena ke Masjid. Jadinya elok la sekiranya orang orang dewasa tidak membazirkan pahala kelebihan di malam malam Ramadhan bila berada di Masjid dengan pelbagai tingkah laku yang tidak sepatutnya.
Elakkan lari dari fokus umpamanya datang ke Masjid kerana Tan Sri atau Datuk Seri atau Tun datang dan perhatian tertumpu kepada para VIP walaupun VIP sebenarnya di Masjid ialah Allah swt.
Apa perlunya bercakap isu isu ketua cawangan, ketua bahagian ataupun siapa nak jadi wakil ke perhimpunan agung serta apa perlunya bercakap tentang projek jutaan mahupun billion ringgit sedangkan projek terbesar semasa di Masjid ialah cuba menyelematkan diri dari api neraka sepertimana yang telah ditegaskan Nabi Muhammad s.a.w. dalam Hadithnya--yang boleh diperolehi di malam malam Ramadhan.
Di beberapa Masjid di ibukota, Masjid dijadikan tempat bersembang sembang pasangan pasangan bahagia setelah menunaikan 8 rakaat Solat dimana adakalanya pasangan perempuan akan menyinsing kain sembahyang sedikit tinggi hingga mempamerkan betis betis mereka pada jemaah yang lalu lalang tanpa apa apa rasa bersalah. Tak tengok tapi dah tengok daaaaaaaaaaaa...... dan biasalah manusia bila dah sekali tertengok, nak sambung tengok sekali lagi pula dah......
Jadi fokus utama kita ke Masjid ialah kita nak doa kita tertunai di Lailatul Qadr dan dengan tanpa memonteng langsung Solat Terawikh, InsyaAllah akan terkena juga Lailatul Qadr. Doa kita directly kita minta daripada Allah swt bukannya mengharapkan doa tok Imam semata mata yang kadangkala terlampau express yang boleh membawa kepada kemarahan Allah swt pulak.
Bila dah jelas yang kita mencari Lailatul Qadr, kita tidak akan menghiraukan apa apa yang lain yang boleh melalaikan kita sewaktu di Masjid. Biarlah rakan rakan kita sibuk bersembang, mereka dah dewasa mungkin mereka rasa lebih untung bersembang daripada mencari Lailatul Qadr, biarkan mereka asalkan fokus kita tidak lari--tidak salah sekali sekala dipanggil sombong oleh manusia asalkan kita tidak sombong dengan pencipta kita, Allah swt.
Manafaatkan malam malam Ramadhan dengan beribadah walaupun ditempat kerja kita, kita masih boleh menggunakan Surau ataupun dimana sahaja sudut yang sesuai yang ditempat kerja kita untuk beribadah ataupun berbuat pelbagai amalan Sunat.
Bila bersahur, disunatkan dilewatkan serta disamping bersahur sekiranya ada air zam zam serta kurma basah 2 biji sudah mencukupi untuk membekalkan tenaga kita seharian berpuasa--begitujuga bila berbuka 2 biji kurma basah serta air zam zam sudah cukup mengenyangkan kita dan selepas Solat Maghrib bolehlah berbuka dengan juadah juadah pilihan asalkan jangan membazir.
Buffet buka puasa yang mencecah RM100 seorang adalah secara common sense nya jatuh dalam kategori membazir--apakah kepentingan ratusan jenis juadah hanya untuk mengisi satu perut yang kecil. Tidakkah wang RM100 lebih bermenafaat kepada keluarga yang susah yang mungkin cukup untuk membeli lauk pauk 2 minggu hanya dengan RM100 sahaja. Apatah lagi hanya beberapa hotel sahaja yang mendapat sijil Halal Jakim---setelah penat berpuasa mahukah kita berbuka di tempat yang tidak diiktiraf Halal.
Kebanyakkan Masjid Masjid di bandar bandar utama seluruh Malaysia memperuntukan nilai juadah antara RM8 hingga RM15 seorang untuk berbuka puasa di Masjid serta nilai Moreh antara RM3 hingga RM 6 seorang untuk dinikmati selepas Solat Terawikh bagi kedua kedua kategori jemaah yang mengerjakan 8 rakaat ataupun 21 atau 23 rakaat.
Jadi apa ruginya berbuka di Masjid--malah mungkin lebih lagi dari nilai makanan yang kita biasa beli di bazaar bazaar Ramadhan. Cubalah sekurang kurangnya hadir sekali sekala sewaktu Iftar/berbuka di Masjid dan rasai sendiri--tidak perlu malu mengalami pengalaman yang cukup unik.
Bagi yang ingin mandi di Masjid--kebanyakkan Masjid hari ini menyediakan kemudahan bilik mandi yang mencukupi dengan kemudahan ala hotel jadi tidak perlu risau untuk pulang ke rumah dahulu--apa yang penting bawa pakaian lebih serta tuala, InsyaAllah semua akan segar sehingga selepas Terawikh.
Bagi yang ingin menyelesaikan kerja di Masjid--just bawa sahaja notebook (mesti diletakkan didepan diri sendiri bila berSolat) dan selepas 8 rakaat, pergi makan Moreh dan duduk di banyak kawasan yang sesuai sekitar dalam Masjid untuk meneruskan kerja tanpa gangguan. Manalah tahu lepas tu teringat nak berSolat Hajat pula ke, just ambil Wudhu--terus boleh tunaikan Sunat Hajat 2 rakkat tanpa gangguan ataupun mahu membaca Al Quran teruskan sahaja tanpa gangguan.
Akhir Kalam, sekiranya permulaan kita pada malam pertama di mulakan dengan penuh bersemangat maka InsyaAllah kita akan sentiasa bersemangat mengejar untuk berdoa di Lailatul Qadr dan sekiranya ada majlis majlis yang dianjurkan sewaktu berbuka biarlah dengan tertib sepertimana yang dibincangkan sebelum ini atau adakan sahaja selepas Solat Terawikh 8 rakaat.
Selamat berpuasa, jangan lupa sampai ke Masjid terdekat sebelum Azan Isya hari selasal ini--rasai kemeriahan Awal Ramadhan yang sebenar, InsyaAllah.
Renung renungkan, selamat beramal. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. jadikan segala amalan lebih baik daripada sebelum sebelum ini ataupun dalam bahasa hari ini jadikannya lebih hangat drp biasa la kot he he he. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment