Sheikh Sudais-Doa Qunut-Malam Ketiga Teraweeh 1431 Hijrah/ 2010 Maksimunkan penggunaan masa malam dengan spriritually productive activities sepanjang Ramadhan, InsyaAllah, hilang segala rasa bosan he he he tetap hangat drp biasa
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 011/1431 HIJRAH
Khutbah Jumaat hari ini menyentuh pelbagai kejayaan Umat Islam sepanjang Ramadhan setiap tahun termasuk lah memenangi Perang Badar walaupun tentera Islam hanya 1/3 drp tentera musuh.
Pelbagai kejayaan lain di bulan Ramadhan semenjak Perang Badar disentuh dalam Khutbah Jumaat sehinggalah Ramadhan tahun masihi 1973 dimana semenanjung sinai mesir berjaya dirampas kembali drp israel. Namun pentadbiran mesir hari ini dilihat lebih akur pada kehendak israel daripada melindungi umat Islam di Palestine--hanya bila betul betul ditekan barulah mesir terpaksa turut membantu dalam isu Palestine.
Sempena hari Jumaat pada kebiasaanya kebanyakkan Masjid dan Surau akan menghidangkan samada Nasi Bukhari/ Nasi Beriani/Nasi Tomato waktu berbuka hari ini dengan pelbagai pilihan lauk pauk. Pada yang asyik membeli di bazaar Ramadhan , apa kata cuba singgah di Masjid terdekat hari ini untuk berbuka kemudian rehat rehat sampai sama sama mengerjakan Isya & Teraweeh dimana biasanya Moreh selepas Teraweeh pun agak special juga hari ini.
Malam ini malam ke 4 Teraweeh, InsyaAllah pencarian Lailatul Qadr diteruskan malam ini dengan sampai awal ke Masjid sebelum Azan Isya. Seperti biasa, ramai yang akan tersangkut dikesesakan jalanraya lebih lebih lagi bila hujan----walaupun diawalkan waktu pejabat tutup ke 430 petang. Apakata tahun hadapan majikan majikan boleh mengawalkan ke 330 petang waktu tutup pejabat dan bagi core workers yang terpaksa stay back di bayar overtime.
Akhir Kalam, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
Barangsiapa bangun malam untuk mendirikan Solat dalam bulan Ramadhan disertai Imam dan kerana ingin memperolehi keredhaan Ilahi, dosanya kan diampuni.
(Hadith Sahih Imam Bukhari)
Hadith Sahih ini sebenarnya merujuk juga kepada Solat Teraweeh dalam bulan Ramadhan - (bila disebut disertai Imam)--selain juga daripada Solat Tahajjud yang biasa.
Namun dalam pencarian Lailatul Qadr, Khutbah Jumaat hari ini menyebut yang mereka Syirik serta yang derhaka pada ibu bapa dikecualikan daripada mendapat faedah Lailatul Qadr.
Renung renungkan, selamat beramal--di Kota Bharu diadakan program Ihya Ramadhan diluar Stadium Sultan Mohd ke IV Kota Bharu dimana Solat Teraweeh di kerjakan serta di webcast ke seluruh dunia. Datanglah beramai ramai ke situ untuk merasakan pengalaman unik berTeraweeh tanpa laungan sahut menyahut seolah olah berada di Masjidil Haram Makkah & Madinah. Lokasinya berhampiran tapak Bazaar Ramadhan.
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment