Salam Solat Subuh di pagi Ramadhan ke 20 1431 Hijrah, malam ini Teraweeh malam ke 21.
Tazkirah ringkas pagi ini menyentuh pengunaan terma yang seharus tepat.
Solat untuk orang orang Islam manakala sembahyang untuk segala jenis agama lain.
Allah swt untuk orang Islam manakala Tuhan untuk segala jenis agama lain.
Begitu juga gunakan Lailatul Qadr atau malam Al Qadr bukannya malam Lailatul Qadr kerana Lailatul tu dah bermakna malam dalam bahasa Arab.
Seorang Uztazah glamour di TV yang muncul dengan lipstick yang bersinar bercahaya tanpa disedari ramai mempunyai masaalah besar bila merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Beliau--sepatutnya Baginda di gunakan.
Uztazah berkenaan juga menggunakan ayat Allah swt berkata serta Nabi berkata ----sepatutnya Allaj swt berfirman --sepatutnya Nabi bersabda.
Uztazah berkenaan hanya glamour berlagu dalam Al Quran namun samada dia benar benar faham agama boleh dipertikaikan daripada caranya yang agak kurang asam bila merujuk kepada Allah swt serta Nabi Muhammad s.a.w.
Uztazah berkenaan juga tak perlu masuk bakul angkat sendiri dengan memperkenalkan dirinya sebagai Uztazah so and so, takda perlunya memaklumkan yang dia seorang Uztazah kerana namanya dah diberi kredit sebaik sahaja dia muncul.
Bila Uztazah berkenaan menjadi juri yang komen peserta final Akademi Al Quran seolah olah Uztazah berkenaan adalah seorang artis pula.
Adalah lebih baik Uztazah berkenaan memperbaiki dirinya segera daripada berterusan memanggil Nabi sebagai beliau --sepatutnya Baginda.
Wafat sepatutnya digunakan tetapi Uztazah berkenaan menggunakan meninggal bila merujuk kepada Nabi.
Amat perlu juga Uztazah berkenaan bertanyakan pada alim ulama yang bebas mengenai caranya yang berlagu bacaan Al Quran seperti seorang penyanyi diawal programnya .
Visual promonya berada di Madinah untuk program lain pula juga menggunakan terma terma yang tidak sepatutnya walaupun program berkenaan adalah baik sebenarnya.
Renung renungkan,selamat beramal,Selamat Solat Subuh.
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment