Sila Berkunjung Ke Pulau Pinang irama boria tetap hangat dari biasa di hari ke 9 Ramadhan 1431 Hijrah malam ni Teraweeh malam ke 10.
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 017/1431
Kali ini kita fokuskan kemeriahan Ramadhan di Pulau Mutiara yang juga di kenali sebagai Tanjung tetapi secara formalnya ialah Pulau Pinang dengan tagline rasmi Pearl of the Orient mcm tagline radio lebih hangat daripada biasa tu la he he he.
Masjid yang menjadi tumpuan utama sepanjang hari dan malam semasa Ramadhan ialah Masjid Kapitain Keling yang terletak di persimpangan traffic light Chulia Street dan Pitt Street. Masjid ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan dan golongan golongan miskin dari semua kaum dan agama biasanya berkumpul di luar perkarangan Masjid yang akan menjadi beribu ribu menjelang 10 malam terakhir Ramadhan.
Masjid Kapitain Keling seperti juga Masjid Masjid lain kat Penang--menyediakan nasi dan lauk pauk untuk berbuka kepada semua secara percuma. Namun yang amat special sekali ialah jamuan nasi selepas Solat Teraweeh pada malam ke 27 Ramadhan ( maknanya pada 26 hb Ramadhan bila berbuka dah kira malam ke 27 la tu). Nasi beriani yang amat special di isi dalam talam (dulang) beserta lauk pauk ayam/daging/dalca akan di kongsi bersama sama 4 orang. Jamuan special ini hanya terdapat selepas Teraweeh malam 27. (siangnya 26 Ramadhan)
Apa yang perlu di buat untuk menikmati jamuan special ini? Selepas Solat Teraweeh sepenuhnya dan bagi yang buat 8 rakaat kenalah bersabar dan buat aktiviti lain seperti membaca Al Quran, berehat dsbnya--selepas Teraweeh perlu beralih tempat ke ruang jamuan di sebelah belakang kiri ruang Solat bagi Lelaki dan di bangunan berhampiran bagi Perempuan. Talam talam nasi beriani wangi air mawar akan sampai kepada setiap 4 orang yang masing masing boleh pilih selesa nak makan dengan sesiapa sahaja yang hadir ke Masjid malam tu.
Suasana ketika malam 27 sudah macam malam raya dan ramai pemberi zakat fitrah datang malam itu untuk menyampaikan sendiri bantuan Zakat Fitrah serta Sadaqah kepada ribuan golongan susah yang berkumpul di luar Masjid tetapi tetap dapat menikmati jamuan special dalam talam tersebut di perkarangan taman Masjid.
Diluar pagar Masjid inilah terdapatnya nasi kandar beratur yang terkenal tu.
Diseberang jalan main entrance Masjid terdapat Restoran Ramzan yang dibuka seawal 630 pagi pada bulan bulan biasa yang terkenal dengan roti canainya yang lembut dan dalca nya yang complete beserta teh tarik susu lembu.
Juga dengan berjalan kaki 3 minit dari Masjid Kapitain Keling arah ke Jeti, kita akan ternampak Queens Street yang terkenal sekali di bulan Ramadhan dengan Bazaar Ramadhan yang unik dimana gerai gerai dibuka sepanjang jalan dan juga kerusi dan meja diletakkan diatas jalan untuk berbuka.
Di Queens Street terletak Restoran Tajudeen yang terkenal tu tetapi pada bulan Ramadhan Restoran tersebut ditutup namun perniagaanya tetap berjalan dengan turut sama membuka pelbagai gerai berbuka di sepanjang jalan Queens Street. Menu istimewa restoran tajudeen ialah nasi putih panas panas dan kari ayam peha panas panas.
Diseberang gerai gerai Restoran Tajudeen terdapat pula banyak gerai menjual roti kirai (roti jala) yang dibuat panas panas on the spot untuk di cicah samada dengan kari ikan atau karidaging atau kari ayam disamping memerah limau nipis kedalam kuahnya. Juga disediakan meja dan bangku untuk berbuka di samping minuman samada teh tarik susu lembu ataupun teh halia. Minuman lain semuanya ada mcm biasa cuma minuman yang disebutkan adalah item yang special termasuk juga minuman orange sunquick sejuk.
1 minit dari Queens Street ialah Market Street yang dikenali sebagai Little India serupa macam Jalan Masjid India kat KL la. Namun terdapat juga kedai kedai runcit yang menjual pelbagai rempah ratus yang banyaknya di bekalkan untuk restoran restoran di KL. Terdapat antara pemilik pemilik kedai runcit di situ telah juga membuka perniagaan perniagaan lain seperti kedai suratkhabar/majalah/convenience store di KL.
Solat Subuh yang tenang di kesejukan awal pagi di Penang boleh dirasai juga di Masjid Kapitain Keling ini dan juga di Masjid Pakistan sebelah Oriental Hotel seberang jalan Line Clear nasi kandar tu la he he he.
Namun selain dari Line Clear, yang amat terkenal di pulau pinang sejak zaman sebelum perang jepun ialah Restoran Hameediyah di Campbell Street Penang yang berjalan kaki tak sampai 10 minit dari Line Clear. Restoran ini terkenal dengan dalca yang perfect dan nasi beriani ayam (ayam dalam nasi).Juga terkenal di restoran ini ialah murtabak daging/ayam yang tebal serta bawang merah bercuka sebagai pencicahnya yang terhebat serta terhangat drp murtabak ceruk tok kun tu he he he jangan marah nanti kena jual. Imuda Pi Mai Pi Mai Tang Tu kerap kelihatan membeli murtabak di Hameediyah pada hari ahad bulan bulan biasa . Cuma harga di restoran ini agak mahal sedikit berbanding dengan tempat lain memandangkan ianya juga dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat yang tanpa segan segan akan makan diruang atas bangunan lama asal restoran berkenaan. Namun 1 meja panjang di tingkat bawah berhadapan lauk pauk akan membangkitkan nostaglia makan zaman dulu dulu la.
Hari hari Ramadhan di Pulau Pinang akan menjadi lebih mengasyikkan sekiranya bagi mengisi masa antara berulang alik ke Masjid , berjalan jalan sambil makan atau minum pada sebelah malamnya yang boleh di lakukan berulang kali asalkan kita tidak membawa bersama sebarang hantu jerangkong yang akan menghasut kita pergi clubbing/berhibur di saat saat keemasan untuk mendapat pahala berganda ganda serta mengejar Lailatul Qadr sepanjang Ramadhan.
Perbuatan rehat rehat makan makan dan minum minum antara masa beribadah pada sebelah malamnya hingga ke Subuh akan membangkitkan ingatan ketika berUmrah di bulan Ramadhan di Makkah dan Ziarah di Madinah. Pada kebiasaannya semua yang pernah ke Makkah/Madinah semasa Ramadhan akan berbuat perkara yang sama bila ingin break sekejap dari beribadah akan berjalan jalan sekitar bandar Makkah/Madinah untuk makan makan dan minum minum. Keenakkan ayam Taza di bangunan tingkat bawah Makkah Hilton masih terasa hingga ke hari ini .
Apa yang disebutkan pada Tazkirah kali ini ialah cara cara untuk menjadikan Ibadah kita tak boring malah kita tak akan terasa masa berlalu bila berIbadah pada malam malam Ramadhan dan sekiranya kita bertolak balik selepas jam 12 malam dari Pulau Pinang ke KL, InsyaAllah sebelum jam 4 pagi kita akan berada di KL untuk Sahur & Subuh di KL.
Akhir Qalam, diriwayatkan Ibn Masood, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
"Seandainya umatku mengentahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan nescaya mereka akan berharap agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan"
Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi,peace no war, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berTeraweeh etc etc dan selamat bersahur.
No comments:
Post a Comment