Sheikh Abd Rahman Sudais Masjidil Haram Makkah Al Mukkarammah Solat Teraweeh last night 1st Ramadhan 1431 Hijrah (10/8/2010)
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 008/ 1431 HIJRAH
Selepas berTeraweeh 8 rakaat semalam, persekitaran Bazaar Ramadhan telah kelihatan dipenuhi oleh peniaga peniaga Bazaar Ramadhan yang akan memulakan perniagaan mereka petang ini. Alangkah eloknya kiranya mereka dapat melakukan semua itu pagi ini selepas Subuh yang tentunya mereka mempunyai banyak masa kerana mereka hanya akan mula berniaga selepas lebihkurang jam 430 petang. Seoatutnya pihak yang mengeluarkan lesen pada masa akan datang mensyaratkan segala jenis kerja persiapan berjual dilakukan hanya selepas Subuh setiap hari bagi membolehkan mereka lebih menumpukan kepada pelbagai amalan untuk kebaikan mereka sendiri juga.
Siaran secara langsung Azan Isya, Solat Isya dan Teraweeh dari Makkah telah bermula semalam setiap malam sehinggalah penghujung Ramadhan nanti bermula sekitar jam 130 pagi sehingga 330 pagi waktu Malaysia. Perhatikan tiada sebarang laungan berbalas balas, yang ada hanya Istirehat (berdiam diri) bila penat antara Solat sehinggalah diakhiri dengan Doa Qunut panjang yang mendayu dayu sesuai dengan makna Teraweeh= Istirehat.
Menghadirkan diri di Masjid/Surau tempat kita kemungkinan masih ada yang meneruskan aktiviti berbalas laungan Solawat serta Kalimah Toyibbah--memadailah dengan diam. Kesemua ucapan ini adalah baik bila diucapkan pada waktu yang tepat tetapi tidaklah pula patut menjadikan public confuse kononnya bacaan berkenaan mesti pada setiap kali Solat Teraweeh. Kemungkinan perkara ini diada adakan sejak dulu bagi memastikan kononnya bukan sebarangan orang boleh menjadi Bilal Azan kerana tugas tambahan diwaktu Teraweeh yang extra special akan menyusahkan calon calon Bilal yang lebih baik daripada Bilal yang ada (satu andaian semata mata ok)
Begitu juga dengan Witir yang sepatutnya dikerjakan setelah kita tidak lagi berniat mengerjakan apa jua Solat Sunat sepanjang malam berkenaan--jadi penutupnya Witir namun bila dikerjakan tanpa diketahui tujuannya amatlah pelik pula bila kembali ke rumah berbuat pelbagai Solat Sunat yang lain tanpa ditutup oleh Witir lagi kerana dah buat waktu Teraweeh (dah jadi terbalik kot/ caca merba).
Sahur pertama tentunya meriah mungkin kerana 2 kali Sahur--sekali lewat tengahmalam sebelum pulang ke rumah dan sekali lagi sebelum Subuh. Subuh di Masjid pagi tadi hampur full house dengan kira kira 70% ruang Solat dipenuhi--ni dah kira lebih ramai drp biasa la lebih kurang boleh kata dah lebih hangat drp biasa la he he he. Cuma alangkah eloknya kiranya kedai kedai makan yang masih memasang channel sukan sewaktu bersahur menukar ke channel siaran secara langsung dari Makkah barulah sesuai dengan occassion--mungkin customers perlu menjadi pro aktif dengan memaklumkan pemilik pemilik atau pengurus pengurus restoran agar lebih sensitif kepada keadaan mengapa ramai makan di outlet mereka ialah kerana ingin bersahur dan adalah lebih sesuailah bila channel yang menyiarkan Solat Teraweeh dari Makkah disiarkan ataupun dengan kemudahan stesen sattelite Solat Teraweeh dari Madinah juga dapat di pasang bagi memperlihatkan sedikit kelainan kepada outlet berkenaan.
Petang ini bagi yang ternanti nati nak ke Bazaar Ramadhan perlu lebih cermat supaya tidak hilang pahala lapar dahaga berpuasa memandangkan banyak sangat cabarannya bila ke bazaar Ramadhan.Mungkin dah jadi tabiat setengah setengah manusia menjadikan bazaar Ramadhan sebagai tempat untuk mempamerkan bentuk tubuh mereka. Kadang kadang tu bila beratur membeli makanan ada juga customers perempuan didepan kita asyik membetulkan rambut berulang kali--ikat dan buka dan ikat dan buka dan ikat sehinggalah sampai gilirannya di layan oleh makcik yang menjual--yang kurang eloknya ialah sepanjang proses bermain dengan rambut perempuan berkenaan tidak sedar yang kemungkinan besar rambutnya jatuh di dalam pelbagai lauk yang dijual dan sekiranya ini berlaku dan kita tidak ingin bergaduh--just tinggalkan gerai berkenaan, belilah di gerai lain.
Walaubagaimanapun banyak Masjid Masjid yang mempunyai budget yang mewah untuk semua berbuka secara percuma serta juga Moreh selepas Teraweeh. Ada Masjid yang siap melayan seperti berada di dalam hotel dimana berbuka diadakan dalam dewan makan berhawa dingin masjid serta makanan hidang ala hotel siap dengan pelayan untuk hampir setiap meja--yang bagus nya--tak perlu bayar apa apa langsung. Di Masjid yang begini terdapat pelbagai kemudahan ala hotel seperti bilik mandi selesa serta ruang untuk menggunakan notebook/laptop tanpa mengganggu jemaah yang beribadah. Di Masjid sebegini sudahlah berbuka style hotel, bila Moreh selepas Teraweeh pula disediakan roti jala kuah daging la, kopi o kampung, teh tarik, sirap dll segalanya percuma--cuma yang belum biasa dengan keadaan seperti ini cubalah venture out--kalau malu just pergi sendirian tanpa kawan kawan tetapi pada kebiasaannya kita tetap akan bertemu juga dengan sesiapa yang kita kenal termasuk rakan sekerja yang juga hadir diam diam aje. Di Masjid begini, ruang parking yang amat luas dan mencukupi serta terdapat kawalan keselamatan terhadap kenderaan yang di parking.
InsyaAllah Rezeki, sentiasa murah di bulan Ramadhan ini--mungkin hampir tidak perlu berbelanja di bazaar Ramadhan apatah lagi dengan pelbagai jemputan berbuka yang boleh dihadiri dengan mendisiplinkan diri sendiri bagi menjaga target kita sepanjang malam malam Ramadhan. Ingat VIP yang terpenting dalam bulan Ramadhan adalah Allah swt bukannya manusia kerana Allah swt dah berfirman yang pahala serta ganjaran Ramadhan adalah hak Nya semata mata dan tidak dapat diketahui oleh sesiapa.
InsyaAllah, malam ini malam kedua Teraweeh--cubalah sampai awal sebelum Azan Isya kerana kehadiran malam ini adalah pada kebiasaannya yang teramai berbanding malam pertama yang sudah cukup ramai. Kemeriahan Ramadhan akan terasa dan terus terasa dengan kita sentiasa menjaga malam malam Ramadhan kita walaupun hanya sekadar berTeraweeh 8 rakaat di Masjid/Surau tempat kerja kita.
Renung renungkan, selamat beramal--kepada sesiapa yang berselera dengan bubur lambuk percuma serata Masjid telah mula mengedarkan sejak lepas Zohor tadi dan ada yang akan mula mengedarkan selepas Asar. Namun bagi yang tidak suka bubur lambuk janganlah beratur kerana ianya free yang akhirnya akan terbuang jika tidak diberikan kepada sesiapa. Zakat fitrah telah mula boleh dibayar--dan cubalah sedaya upaya menyenangkan segera mereka yang susah dengan membayar secara langsung kepada mereka tanpa perlu sebarang resit, aqad serta doa yang dicipta oleh manusia untuk nampak special dan lain daripada lain walaupun tiada dalam Hukum Islam. Bila nampak special, ramai yang ignorance akan tiba tiba rasa yakin yang itu adalah satu prosedur mengikut Shariah walhal itu sebenarnya diada adakan sebagai selling point untuk membayar kepada amil amil yang dilantik yang walaupun tidak salah tetapi ada beberapa kepincangan dari segi kecepatan bantuan sampai yang telah dibincangkan disiri awal Tazkirah Ramadhan ini.
Setakat ini dulu, selamat berbuka di mana sahaja dan bagi yang menghadiri majlis majlis Iftar pastikan segala yang dilakukan tetap menjaga kualiti dan target Ramadhan masing masing, InsyaAllah. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi,peace no war jadikan puasa kali ini lebih hangat daripada biasa he he he .
No comments:
Post a Comment