Satu Qiblat Yang Sama--Rabbani--tetap hangat drp biasa
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 009/1431 HIJRAH
Alhamdullillah, Teraweeh malam kedua dah selesai 8 rakaat dlm 920 malam tadi dan Siaran Lansung dari Makkah & Madinah bermula lebihkurang jam 130 pagi waktu Malaysia berakhir dengan Doa Qunut jam 330 pagi nanti.
Imam Masjid malam ini macam biasalah membaca segala jenis Ayat dengan kelajuan express begitu juga dengan doa yang hampir express--gamaknya Imam ni rasa Allah swt tak kisah kot bila hambanya bercakap dengan penciptanya laju laju. Kalau sesama manusia pun kita bercakap baik baik tapi hairan bin ajaib dengan Allah swt bercakap laju laju. Apakah doa berbentuk bacaan express satu nafas akan di Makbulkan Allah swt? Sampai bila Imam ini akan belajar--mungkin kerana ada kenamaan yang hadir kot Imam ni takut buang masa VIP sampai mengutamakan VIP daripada Allah swt.
VIP yang hadir nampak biasa saja cuma Imam la kot yang kelam kabut sikit tengok VIP hadir sebagai Makmum.
Ini pula kisah berbuka puasa Ramadhan sedikit masa dahulu yang berlaku di sebuah Masjid di KL. Masjid ini mempunyai budget yang agak mewah antara rm8 sehingga rm15 seorang untuk berbuka puasa. Pelbagai hidangan nasi lauk pauk disediakan untuk berbuka kepada semua yang hadir untuk berbuka di Masjid pada hari berkenaan. Telatah seorang lelaki yang makan dengan lahapnya tetapi asyik membebel pelbagai perkara yang kononnya tak kena dengan masakan berkenaan, sampai nasi pun dikatakan hangit namun dia tetap makan dengan lahapnya. Selepas itu lelaki berkenaan ke dapur untuk komplen dengan kakitangan syarikat katering mengenai pelbagai aspek hidangan berbuka puasa hari yang berkenaan. Keesokannya jemaah yang lain mendapat tahu yang lelaki berkenaan telah komplen kepada Imam Masjid tentang isu berkenaan. Namun setelah disiasat, jelaslah yang lelaki berkenaan gagal memperolehi peluang untuk membekalkan makanan sempena Majlis berbuka puasa di masjid berkenaan menyebabkan dia merasa tidak puas hati dan memilih untuk hadir sewaktu berbuka puasa dan menjalankan niat buruknya pada hari berkenaan. Sebenarnya tiada apa yang salah dengan makanan yang dikomplen dan syarikat yang berjaya membekalkannya adalah syarikat bumiputera yang agak besar juga--datang dengan 1 lori besar beserta van untuk membawa semua makanan yang juga dilengkapi dengan para pelayan. Jadi apakah faedah yang lelaki berkenaan dapat dengan bertindak demikian di bulan Ramadhan. Dia patut menerima tiada Rezekinya tahun itu dan Redha namun sebaliknya yang berlaku, inilah sedikit kelemahan orang kita--sanggup hilang pahala Ramadhan asalkan hati puas.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati"
(Hadith Sahih Muslim)
Renung renungkan, selamat beramal.tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, peace no war dan berterusanlah menghangatkan Ramadhan kali ini lebih drp biasa, InsyaAllah.
iskandar1967@gmail.com
Note: For the past few hours some of the posting have dissapeared for no apparent reasons la, InsyaAllah effort are underway to recover those that have dissapeared from the main page.
It will be taking some time as we have checked the display settings to diplay up to 500 postings still prove to be futiled.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment