Monday, August 9, 2010

NADAMURNI - Sinar Ramadhan

Sinar Ramadhan daripada Allahyarham Uztaz Asri Nadamurni sebelum tertubuhnya Rabbani--tetap hangat drp biasa he he he

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 004/1431 HIJRAH

Malam esok (selasa malam) InsyaAllah, Solat Terawikh bermula di Masjid Masjid seluruh Malaysia.
Hari ini sudah penghujung bulan Syaaban dimana Rasullullah s.a.w. telah menyampaikan Khutbah di akhir bulan Syaaban bagi menyambut ketibaan Ramadhan.
"Wahai manusia, Sesungguhnya Allah telah memberikan bayang bayang kepada kamu pada bulan yang mulia dan berkat ini, iaitu bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah jadikan puasanya satu kefarduan dan Qiyamullainya satu perkara yang sunat. Barangsiapa yang menghampirikan diri kepada Allah swt dengan melakukan sedikit amalan baik, ia seakan akan sama seperti mereka yang menunaikan kefarduan pada bulan yang lain. Barangsiapa menunuaikan sesuatu kefarduan padanya, seakan akan dia menunaikan 70 kefarduan kepada bulan yang selainnya. Ia merupakan bulan kesabaran. Balasan kesabaran itu adalah syurga. Ia merupakan bulan (yang diberikan simpati) oleh Allah juga bulan ditambahkan rezeki. Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan terhadap dosa dosanya dan dia terlepas daripada neraka, Baginya balasan pahala tanpa dikurangkan sedikitpun. Kami berkata, "Wahai Rasullullah s.a.w. , kami tidak mempunyai sebarang makanan berbuka untuk diberikan kepada orang yang berpuasa.' Baginda bersabda, "Allah akan memberikan pahala terhadap mereka yang memberikan makanan kepada orang yang berpuasa atas keenakan susu atau kurma atau sedikit minuman. Barangsiapa yang memberikan kepuasan minuman dan makanan kepada orang yang berpuasa, pasti Allah akan memberikan minuman kepadanya daripada kolamku. Dia tidak akan haus hinggalah dia masuk syurga. Itulah bulan yang awalnya adalah rahmat,pertengehannya adalah pengampunan dosa dan akhirnya adalah perlepasan daripada azab neraka"
(Hadith Nabi diatas dilapurkan oleh Salman al-Farisi)
Manakala Hadith Sahih Al Bukhari, Rasullullah s.a.w. dilapurkan bersabda,
" Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan kerelaan hatinya, pasti diampunkan baginya segala dosa yang telah lalu"
Dan dalam Sunan Al-Tirmidzi, Nabi di lapurkan bersabda,
" Apabila seseorang kamu berbuka puasa, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Sesungguhnya ia mempunyai keberkatan. Sekiranya tidak terdapat tamar, maka hendaklah berbuka dengan air, kerana ia adalah kesucian"
Di Masjidil Haram Makkah Al Mukkaramah semalam telah diumumkan senarai nama Imam Imam bertugas untuk sepanjang Ramadhan 1431 Hijrah tahun ini (2010).
Sheikh Abdul Rahman Al Sudais dan Sheikh Abdullah Al- Jihani akan mengimankan Solat Teraweeh pada malam bernombor ganjil manakala Sheikh Saud Al Shuraim dan Sheikh Maher Al- Me'aigli pula akan bertugas pada malam malam genap.
Sheikh Abdul Rahman juga akan mengimamkan Solat Tahajuud dan mengkhatamkan Tadarus Al Quran pada malam 28 Ramadhan. Solat Subuh akan diimamkan oleh Sheikh Saleh Bin Humaid manakala Zuhur oleh Sheikh Osama Khayyat serta Asar oleh Sheikh Khaled Al- Ghamdi.
Solat Maghrib--Sheikh Abdul rahman dan Sheikh faisal Al Ghamdi akan bertugas secara bergilir gilir manakala Sheikh Saleh Al talib ditugaskan mengimamkan Solat Isya.
Bagi Ummat Islam yang mempunyai kelapangan dan kesempatan untuk meyambut Ramadhan dan Syawal di Makkah dan Madinah, InsyaAllah akan merasa amat lapang dari segala hal duniawi bila berada di sana. Malah ada Hadith Nabi yang menyebut bersolat di kedua kedua Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabi Madinah sepanjang Ramadhan akan memperolehi ganjaran 1,000 pahala bagi setiap amalan malah terdapat juga Hadith yang lemah sedikit sanadnya menyatakan 100,000 pahala bagi setiap amalan di sana.
Beginilah diari seharian Umat Islam dari seluruh pelusuk dunia bila berada di Makkah dan Madinah sepanjang Ramadhan.
Sebaik sampai di jeddah menaiki teksi berkongsi ke Baitullah dan terus mengerjakan tawaf selamat datang selepas menyimpan barang di tempat tinggal samada di hotel berhampiran atau menumpang di rumah rumah kenalan/sesiapa sahaja berhampiran dengan Masjidil Haram.
Asar- di Masjidil Haram
Selepas Asar- Ibadah Sunat atau bersiar siar sekitar bandar
Sebelum Maghrib berada di kawasan luar Masjidil Haram untuk berbuka puasa dengan makanan makanan yang agak menyelerakan contohnya nasi Bukhari, air Zam Zam, Kurma, Susu, KFC--semuanya percuma. Namun sekiranya memasuki pintu besar Masjidil Haram--hanya kurma dan air Zam Zam untuk berbuka disediakan tetapi tetap amat mengenyangkan itulah keajaiban berada disana.
Solat Maghrib dan biasanya diteruskan amalan Sunat sehingga Solat Isya bagi menjamin mendapat tempat yang strategik selesa untuk beribadah. selipar selipar kebiasaannya disodok dan dibuang maka bersedialah untuk membeli lagi selipar selipar jepun di kedai kedai berhampiran tanpa membuang masa tercari cari. Juga amatlah kurang sesuai sekiranya membawa beg kantung isi kasut serta diletakkan didepan kita sewaktu berSolat--ini seolah olah kita mementingkan kasut daripada beribadah. Lupakan hal kasut serta selipar dan bersedia untuk membeli lagi yang harganya hanya beberapa rial sahaja.
Solat Isya & Teraweeh di Masjidil Haram.
Setelah tamat, bersiar siar, makan makan contohnya Nasi Bukhari serta lauk pilihan beserta mungkin Nescafe Air dsbnya. Bila menjelang 11 malam--yang berada di Makkah bolehlah menaiki bas ke luar tanah haram untuk mengerjakan Solat Sunat bagi menandakan bermulanya Umrah Ramadhan.
Perjalanan 40 minit bas pulang ke Tanah Haram untuk meneruskan Umrah sehingga selesai.
Selepas selesai setiap kali Umrah boleh diulangi berkali kali lagi dengan syarat setiap kali kena naik bas ke Masjid Tanaim di luar tanah Haram. Ataupun setelah selesai pusingan pertama Umrah--sambung bersiar siar makan makan di KFC atau ayam Taza dalam bangunan Makkah Hilton yang hanya 2 minit daripada Masjidil Haram Makkah.
Tengahmalam selepas 2 pagi bermulalah program Solat Tahajud yang akan tamat tak sampai 2 jam kemudian untuk bersahur di mana mana sahaja kedai yang sesuai.
Namun ramai akan berkumpul semula untuk ibadah Sunat serta Solat Subuh dan setelah selesai Subuh bertawaf Sunnat sebelum pulang ke penginapan masing masing lebihkurang jam 8 pagi.
Apa yang jelas ketika bertawaf sunat selepas Subuh ribuan burung burung turut bertawaf berpusing pusing di atas kepala kita tanpa atas sedikit pun kesan najis burung jatuh ke lantai marmar sekitar Kaabah.
Selepas jam 8 pagi biasanya ramai yang tidur dan akan bangun sekitar 1130 pagi untuk Zohor di Masjidil Haram sekitar jam 12 tengahari. Begitulah rutin harian bila berada di Makkah dan selepas 10 hari di Makkah sewaktu Ramadhan, ada yang akan menaiki teksi secara berkongsi selepas Teraweeh untuk ke Madinah yang mana InsyaAllah sampai sewaktu azan Subuh di Masjid Nabi dimana selepas Solat perkara pertama ialah menziarahi Makam Nabi (perlu beratur panjang) dan kemudiannya barulah mencari tempat penginapan yang sesuai banyak budget hotel yang amat selesa yang berharga hanya rm10 rial satu malam sekiranya dibantu dicari oleh mereka yang tinggal disana.
Sewaktu di Madinah rutin harian adalah sama, kecuali bandarnya sahaja . Diluar Masjid Nabi diatas kedai kedai arked terdapat Makam Baqi dimana para Syahid zaman Nabi disemadikan--satu tempat yang patut diziarahi kerana dapat memberikan ketenangan.
Sewaktu di Madinah, untuk dapat berSolat di area Raudah amat perlu berada di area berkenaan sekurang kurangnya sejam sebelum waktu Solat Fardhu. Raudhah sabda Nabi adalah taman taman syurga dan berdoa di Raudhah, InsyaAllah mustajab. Terdapat ramai ahli ahli perniagaan timur tengah yang bertaraf lebih daripada jutawan banyak menghabiskan masa mereka beribadah di Raudhah sepanjang Ramadhan tanpa di kenali oleh sesiapa kerana mereka juga berpakaian biasa seperti yang lain.
Setelah seminggu atau 10 hari berada di Madinah, ibadah disambung kembali di Makkah dengan pulang selepas Teraweeh menaiki teksi berkongsi ramai ramai dan InsyaAllah sampai waktu Subuh di Makkah.
InsyaAllah, rutin Eid Fitr Al Mubarak di Makkah (Raya akan menyusul bila sesuai dalam Tazkirah Ramadhan blog ini)
Jangan lupa malam esok hari selasa malam-- ramai ramai memenuhi Masjid Masjid/surau surau tempat kerja masing masing sebelum Azan Isya. Permulaan yang baik akan membuatkan kita akan merasa tidak mahu ketinggalan untuk setiap malam berTeraweeh sekurang kurangnya 8 rakaat bagi mengejar Lailatul Qadr yang pasti kita perolehi InsyaAllahsekiranya kita tidak memilih milih langsung untuk berTeraweeh pada malam apa.
renung renungkan,selamat beramal, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi jadikan ibadah kita tahun ini lebih hangat daripada biasa la he he he, InsyaAllah. Wallahualam.
iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment