Di Hening Malam Diwani tetap hangat spt biasa lepas Teraweeh ke 4
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 012/1431 HIJRAH
Hari ini cabaran berbuka bila jalanraya sesak merata rata dan hujan pulak menambahkan kesesakan di serata tempat. Namun dengan kesabaran sampai waktu berbuka sempatlah berbuka dengan pelbagai juadah percuma pulak tu di Masjid Masjid dan Surau Surau.
Pagi tadi di Malaysia Hari Ini ada disentuh topik cara berdoa--yang adakalanya macam menyembah tok peh kong siam--mcm kata Seniman Datuk Aziz Sattar kepada emak Seniman S Shamsuddin dalam the award winning film--Bujang Lapok.
Sebenarnya ada beberapa isu berbangkit mengenai doa yang tidak disentuh lepas Subuh pagi tadi dlm MHI--turut disentuh ialah bacaan doa express. Tapi apa yang perlu disebut sebagai tambahan disini ialah perbuatan begitu ramai jemaah yang sesudah berSolat yang sudah mula bergerak keluar namun kononnya atas alasan menghormati doa yang dibaca maka mereka sengaja menadah tangan seolah olah juga turut serta berdoa walhal arah yang dituju samada keluar Masjid, ke tandas, ke kenderaan masing masing ataupun sebelah tangan menghisap rokok ataupun menggunakan handphone. Doa sepatutnya dilakukan dengan penuh tertib kerana ianya komunikasi langsung kita dengan Allah swt bukannya dengan sambil lewa sahaja yang mungkin membawa maksud Allah swt tidak penting tetapi perkara lain lebih penting--jadi bagaimanakah Allah swt hendak memakbulkan doa kita.
Begitu juga dengan cara berdoa--mesti mengadap Qiblat bukan mengadap mana mana VIP kecualilah VIP tu berada didepan kita dan depan kita ialah arah Qiblat. Cara berdoa sambil duduk bersila adalah cara yang kurang asam ataupun lebih tepat lagi kurang ajar kerana kita menghalakan bahagian sulit masing masing sewaktu berdoa. Cara yang dah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah dengan dalam keadaan seolah olah duduk dalam Tahiyat Awal sambil menadah tangan menumpukan sepenuh perhatian tanpa mata asyik melencong rata ataupun asyik membelek sms.
Untuk Doa jadi makbul, kalau ada sebarang dosa besar mestilah bertaubat Nasuha dahulu dan cara susunkata berdoa mestilah nampak ikhlas tanpa membaca skrip serta di mulakan dengan berdoa bagi kebaikan ibubapa, para alim, syuhada, pejuang pejuang jihad di Palestine, Iraq,Iran, Afghanistan dll kemudian barulah berdoa untuk diri sendiri dan keluarga sendiri.
Solat Subuh pagi Jumaat pagi tadi lebih panjang daripada biasa kerana ada Sujud Sajadah dan Kuliah Subuh esok Sabtu dan lusa Ahad akan lebih panjang daripada biasa memandangkan cuti hujung minggu di KL walaupun di Kota Bharu contohnya cuti hujung minggunya ialah hari ini Jumaat. Apapun, esok masuk hari ke 4 puasa Ramadhan dan masih sempat untuk dibaiki apa yang perlu dibaiki dengan syarat kita ikhlas melakukannya bukannya kerana terpaksa la he he he.
Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi, peace no war dan jadikan segala amalan kita tahun ini lebih hangat drp biasa la he he he tapi bukan hangat api neraka la hendaknya , hangat fokus dan aggresif beribadah dengan penuh keikhlasan serta Taqwa.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
"Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya, dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: sessungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum disisi Allah pada hari Qiamat daripada bau kasturi dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya"
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim,Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Jangan lupa Siaran Secara Langsung Teraweeh Malam Ke 4 dari Masjidil Haram Makkah Al Mukkaramah & Madinahtul Al Munnawarah sekitar jam 130 pagi hingga 330 pagi waktu Malaysia sebentar lagi awal pagi Sabtu di Malaysia.
Wassalam wbt.
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment