Derma bukan tontonan--Herman Tino tetap hangat drp biasa he he he
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 016/1431
Salam Ramadhan di hari ke 7, Teraweeh malam ke 8.
Benar seperti kata lagu ini dan juga kebanyakkan dari kita derma atau apa jua bentuk ibadah lain tidak perlu dicanang canangkan memadai contohnya sekiranya zakat fitrah ataupun berSadaqah diberikan terus segera kepada golongan fakir/miskin/susah secara diam diam tanpa memikirkan soal resit, soal Aqad dan soal berdoa--semua perbuatan yang di tokok tambah bagi menampakkan kononnya special membayar kepada pihak pemungut zakat yang belum tentu wang berkenaan sampai segera sebelum raya kepada golongan yang sepatutnya. Apa yang diperlihatkan dalam majlis penyampaian Zakat ialah kepada mereka yang telah lama berdaftar dan menerima bantuan bulanan antara rm200 hingga rm650 sebulan.
Jadi, eloklah tanpa resit kita dengan senang hati diam diam membayar Zakat Fitrah mahupun bersedekah.
Begitu juga dengan soal Solat Sunat Teraweeh--asalkan dibuat tak kira di Masjid atau Surau mana asalkan buat. Di rumah juga boleh, cuma perlu ada disiplin yang kuat sebab bila di rumah tv ada, kerusi ada, tilam ada semuanya yang memungkinkan kita menangguhkan dan langsung terlepas Teraweeh ada dirumah. Namun waktu sah Solat Teraweeh adalah bila bila masa selepas Solat Isya dan sebelum Solat Subuh.
Yang penting sekali ialah kita ikhlas dalam beribadah, tanpa rasa riak dan takkabur .
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
"Setiap amalan bergantung kepada niat"
(Hadith Sahih Bukhari dan Muslim)
Sebelum terlupa wajar disebutkan yang Imam dari Makkah sedang mengimamkan setiap hari Solat Teraweeh di perkarangan Stadium Sultan Mohd ke IV Kota Bharu (berhawa dingin) dan juga di Masjid Kg Baru KL yang baru beberapa hari yang lepas di undang oleh YAB Perdana Menteri ke Sri Perdana untuk mengimamkan Solat Teraweeh selepas majlis berbuka puasa di kediaman PM.
Justru adalah wajar sekali untuk kita sama sama renungkan dan mengkaji segala amalan ikut ikutan yang di reka cipta oleh manusia yang sebenarnya tiada dalam pelbagai Ibadah dalam bulan Ramadhan.
Laungan sahut menyahut Solawat dan Kalimah Toyibbah sewaktu Teraweeh tiada dalam contoh yang di buat oleh Nabi.
Sejarahnya Nabi di rumah baginda (sekarangnya menjadi Masjid Nabi di Madinah). Satu malam bulan Ramadhan Nabi bersolat tahajjud dalam bulan Ramadhan, bila sahabat tiba dan nampak depa just join jadi makmum. Perkara ini berterusan dari malam pertama hingga malam ke tiga dimana Nabi mengimankan Solat Malam bulan Ramadhan yang selepas itu di kenali sebagai Solat Teraweeh.
Tetapi malam keempat Nabi tak muncul muncul, lalu salah seorang sahabat Nabi mengimamkan Solat malam ke empat. Tujuan utama Nabi tidak muncul ialah untuk memberi mesej yang ianya bukan Solat Fardhu ditakuti umat yang terkemudian akan menganggapnya Solat Wajib.
Pengertian Teraweeh pula membawa maksud Istirehat maknanya Solat Istirehat--boleh berehat sekejap antara Solat, maknanya duduk diam diam berehat antara Solat jadinya dipanggil Solat Istirehat (Solat Teraweeh)--Contoh yang kita boleh lihat dengan jelas ialah tontonlah siaran secara langsung dari Masjidil Haram Makkah Al Mukkaramah dan Madinah Al Munnawarah setiap malam antara jam 130 pagi hingga 330 pagi dimana siaran langsung Azan Isya, Solat Isya dan Teraweeh di siarkan.
Tiada pun sebarang sahut sahutan seperti yang berlaku di kebanyakkan tempat kita --jadi Solat tempat kita boleh la di panggil Solat bersukan sebab saling mencabar kekuatan suara makmum dan bilal menokok tambah bacaan Solawat dan Kalimah Toyibbah yang tidak wujud di zaman Nabi. Ini bukan masalah Mazhab. Ini perkara yang jelas dan perlu di hentikan. Tak mengapa sekiranya tugas bilal menjadi less complicated dan lebih ramai calon yang akan layak jadi bilal asalkan kita tidak meneruskan perbuatan yang tidak wujud dalam agama kita.
Bacaan kalimah Toyibbah dan Solawat adalah bagus bila di baca kena pada situasinya bukannya dengan memandai mandai untuk memperlihatkan betapa specialnya cara berSolat kita. Ini ibarat doktor hospital yang biasanya di hospital memakai pakaian doktor formal berwarna putih tetapi tiba tiba ada satu hospital doktornya memakai baju hijau belang putih , tie merah menyala , kot unggu, seluar yengki berkilat serta kasut aladin. Tentunya generasi akan datang yang tidak tahu akan tidak menyedari kejanggalannya namun kita semua orang biasa yang hari hari bersifat orang biasa yang tahu contohnya apa yang berlaku di AM Crew walaupun menerusi facebook tentunya confirm tahu yang hospital berkenaan--ada sesuatu yang amat tak kena dengan doktor doktornya.
Justru itu juga segala jenis amalan yang manusia memandai mandai mengada adakan di bulan Ramadhan haruslah dengan tegas di beri kesedaran oleh pihak kerajaan. Isu isu seperti ini adalah lebih penting dari segala isu dalam negara kita yang lain lain sebab isu ini melibatkan kesejahteraan rakyat selepas meninggal dunia nanti . Cubalah bertanya kepada ulama ulama besar dunia yang masih hidup hari ini, janganlah kita bertanya kepada ulama ulama yang mempunyai pelbagai kepentingan duniawi yang akan mengikut rentak siapa sahaja yang boleh memberi apa apa faedah seperti jawatan, gaji,kuasa dsbnya. Nabi dah bagi amaran yang akan masuk ke neraka dulu bukannya orang kafir tetapi ulama yang tidak menyampaikan ilmunya--mereka ini akan dihumban ke neraka Jahanam.
Sekiranya kita was was nak bertanya dengan para ulama atas alasan mereka daripada parti pembangkang cuba cubalah tanya kepada ulama besar dunia yang telah menerima anugerah maal hijrah daripada negara kita iaitu Sheikh Dr Yusuff Al Qaradhawi dan Sheikh Dr Wahba Az Zuhaily.
Tanyakan soal soal amalan yang sengaja di ada adakan dan tanyakan juga jawapan jawapan ulama cari makan yang sengaja mengelirukan umat Islam di negara ini dengan pelbagai tuduhan mengarut bila mereka dah malu dengan diri sendiri. Akhbar metro hari ini menyiarkan berita ulama cari makan, nakhaie ahmad yang menuduh Perlis mengamalkan wahabi semata mata kerana Perlis mengamalkan Teraweeh 8 Rakaat. Jawapan dah jelas menerusi Hadith Nabi-- Nabi Solat 8 Rakaat di Masjid dan kemudiannya Nabi menyambung beribadah sendirian di rumah. Jadi ulama yang cari makan seperti Nakhaie yang melompat berpindah parti kerana nakkan jawatan dalam kerajaan yang dilantik menjadi Yang DiPertua Yadim dan sekarang telah pun tidak lagi memegang jawatan berkenaan selepas timbul pelbagai tuduhan menyalahgunakan wang Yadim. Nakhaie sebenarnya dah lama patut didakwa sebagaimana dulu di Johor boss majlis agama johor telah didakwa di Mahkamah kerana menyalahgunakan wang zakat rm1 juta. (Baca jawapan Mufti Perlis di Metro hari ini--Raja Perlis perkenankan Solat Teraweeh 8 rakaat dari dulu setelah diberi kefahaman dengan sumber sumber Hadith)
Kita lupakan soal nama nama yang disebut tadi cuma apa yang penting ialah umat Islam di negara ini segera di beri maklumat sebenar tentang semua hal dalam beribadah akan tidak menjadi pak turut ataupun burung kakak tua.
Renung renungkan, selamat beramal--tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi,peace no war he he he terhangat drp biasa, as always.
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment