Masjidil Haram di Madinah Al Munnawarah Solat Teraweeh malam ke 5, 2 malam yg lepas. Salam Ramadhan hari ke 6 1431 Hijrah dan malam ke 7 Teraweeh.
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 014/1431 HIJRAH
Allah berfirman,
" Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih lebihan"
Surah Al-Araf: 31
Manakala Imam Al Ghazali mengingatkan:-
"Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada tempat yang paling dibenci oleh Allah swt daripada perut yang di penuhi makanan yang halal.
(Al-Ghazali: Kitab Riyadussolihin)
Justru itu, membayar lebih rm100 seorang untuk berbuka di hotel hotel boleh dikategorikan dalam perbuatan membazir.Pembaziran kemudiannya berterusan dengan mengambil makanan secara berlebihan dari Buffet Ramadhan yang diletak diatas meja yang akhirnya terbuang begitu sahaja. Kemungkinan beberapa hidangan dalam Buffet Ramadhan di campur Wain dalam proses memasaknya tidak boleh ditolak terutamanya yang melibatkan outlet outlet berbuka 5 bintang. Namun sekalipun halal kesemuanya tetap juga membazir.
Bazaar Ramadhan pula disusun sebegitu rupa seperti seolah olah ada satu entrance dan satu exit memandangkan pengujung seolah olah mesti melawat semua gerai dan jarang antara pengunjung yang akan keluar dari sequence yang telah diatur menyebabkan sesak dengan orang pelbagai ragam, pelbagai jenis pakaian yang biasanya akan menarik perhatian satu jantina sama lain yang secara tak disedari mungkin pahala pahala puasa kita dah tertinggal di Bazaar Ramadhan sebaik saja kita berbuka.
Jadi kita kadang kadang tersalah anggap bulan Ramadhan sebagai bulan sebulan berpesta makan makan, bulan mendapat lebih excuse untuk berjumpa dengan pasangan masing masing selepas tengahmalam atas alasan sama sama ingin bersahur, bulan dimana Ramadhan dan Syawal di komersialkan sepenuhnya dari segala segi seolah olah kita nak meniru cara krismas dikomersialkan.
Apakah ada pahala kita berpuasa di siang hari keesokkannya sedangkan pada waktu bersahur masing masing mengambil kesempatan bermesraan dengan pasangan bahagia masing masing?
Apakah dengan bersuka ria dipusat pusat hiburan selepas tengahmalam boleh dijadikan alasan kononnya bersahur di tempat berkenaan?
Peniaga peniaga bazaar Ramadhan sepatutnya lebih beretika dengan tidak membuka gerai gerai mereka sewaktu Zohor--seelok eloknya di buka selepas Asar ataupun paling awal jam 4 petang. Apa perlunya menjual masakan panas dan air berais jam 130 tengahari? Peniaga peniaga bazaar Ramadhan seharusnya mengambil kesempatan dengan memakai pakaian yang sesuai sempena bulan Ramadhan yang boleh membuatkan pelanggan pelanggan perempuan yang datang mempamerkan bentuk tubuh mereka boleh terasa seolah olah mereka disindir dengan cara begitu tapi malangnya para emak emak yang meminta anak anak perempuan mereka membantu di gerai membiarkan sahaja dada anak mereka terbonjol dengan t shirt ketat serta dengan baju singkat yang sekali sekala menampakkan pusat serta belakang mereka. Apa yang sebenarnya nak di jual di Bazaar Ramadhan. Elok juga kalau ada customers yang muka selamba macam Allahyarham Seniman Ibrahim Din dalam the award winning film Laksamana Do Re Me yang asyik bertanya harga sayur di pasar dan selepas itu dengan selamba bertanya kan harga penjual sayur tu sendiri--begitu jauhnya pemikiran Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee.
Sedikit mengenai program Ihya Ramadhan di Stadium Sultan Mohamad ke IV Kota Bharu Kelantan. Setiap malam berbuka puasa dan moreh selepas Teraweeh disediakan percuma. Setiap malam juga Imam dari Makkah akan mengimamkan Solat Teraweeh dan setiap malam Ramadhan ianya dihidupkan sehingga keesokan paginya dengan pelbagai program seperti bacaan Al Quran berterusan, Qiyammulail, Solat Subuh yang kesemuanya dijalankan dengan selesa berhawa dingin.
Bagi pengunjung pengunjung daripada luar Kelantan, boleh tinggal dan berjalan kaki lebihkurang 10 minit dari hotel hotel milik kerajaan negeri yang bertaraf 3 bintang yang berharga antara rm69- rm80 sahaja semalam termasuk sahur. Juga lokasi membeli belah untuk raya dengan harga harga yang amat murah berbanding dgn KL- selepas Teraweeh didalam bandar Kota Bharu hanyalah kira kira 6-7 minit berjalan kaki dari 2 hotel milik kerajaan negeri. Jangan terkejut sekiranya melihatkan begitu ramai pengujung dari singapura datang di bulan Ramadhan ini, tinggal di hotel berkenaan untuk membeli belah serta menghadiri program Qaryah Ramadhan/Ihya Ramadhan yang diadakan percuma di luar Stadium Sultan Mohd Ke IV Kota Bharu. (berhampiran juga dengan tapak Bazaar Ramadhan)
Akhir Kalam, Nabi bersabda yang disunatkan berbuka sebaik sahaja masuk waktu dan disunatkan melewatkan bersahur sehingga sebelum Solat Subuh. InsyaAllah, hidupkanlah malam malam Ramadhan dengan aktiviti aktiviti yang sepatutnya dan jadikan Ramadhan tahun ini lebih hangat drp biasa serta tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi. Cuba cubalah berbuka di Masjid terdekat, ianya biasanya enak enak dan percuma kepada semua lelaki dan perempuan dengan segala kemudahan tersedia samada nak beribadah, nak membersihkan diri, nak bekerja, nak berehat--macam macam ada di Masjid sekarang, cuma perlu sedikit adventurous ok. Renung renungkan,selamat beramal.Wassalam wbt.
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment