Tuesday, August 10, 2010

Iman Mutiara - Raihan

Iman Mutiara Raihan tetap hangat seperti biasa di Awal Ramadhan hari ini selasa selepas Maghrib.

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 006/1431 HIJRAH

Malam ini di Malaysia bermulalah bulan yang penuh keberkatan yang mengandungi Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1,000 bulan. Berlumba lumba lah kita berada di Masjid terdekat atau surau di tempat kerja kita sebelum Azan Isya. Takda sesiapa boleh confirm bila Lailatul Qadr kecuali pelbagai Hadith Nabi yang menjadi garis panduan namun hanya Allah swt yang tahu bila---kita pun tak tau mana tau Allah swt saja nak bagi kejutan tau tau malam ni malam pertama Teraweeh dah Lailatul Qadr ataupun malam esok, lusa etc--sedangkan ramai dok agak hanya 10 malam terakhir sahaja. Therefore, laburlah masa kita semua untuk mendapat faedah maksimum dari Allah swt sepanjang malam malam Ramadhan ini yang mana Allah swt dah sebut yang Ramadhan punya pahala--hanya Allah swt yang tahu apa nak di anugerahkan pada hamba hambanya yang berTaqwa.

Kemeriahan akan mula terasa dengan sampai awal awal ke Masjid/Surau sebelum Azan Isya. Menunggu pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja Raja malam ini adalah hanya formaliti sahaja memandangkan mengikut Hisab (kiraan), sudah masuk Ramadhan malam ini selepas Maghrib. Jangan terkejut melihatkan ribuan kenderaan telah sampai di Masjid Masjid sebelum Azan Isya lagi.

Malam ini juga sekitar selepas pukul 1 pagi waktu Malaysia- siaran langsung Teraweeh dari Makkah disiarkan dan sekiranya siaran di siarkan separuh jalan sahaja, dengan pilihan pelbagai channel, just tukar channel untuk menyambung mengikuti siaran secara langsung Teraweeh yang tentunya mempunyai pahala bila mendengar serta menghayati bacaan ayat ayat suci Al Quran yang mendayu dayu, yang sedih, yang gembira, yang takut terketar ketar mengikut ayat yang dibaca----taklah serupa setengah setengah Imam di Malaysia sebab tak faham makna kot ayat kena humban masuk api neraka pun dibaca dengan penuh semangat macam nak berjihad ataupun kadang kadang dengan nada lagu gembira pulak--ada ka patut? he he he he.

Apa apa Ibadah malam Sunat yang lain patut bermula malam ini, walaupun hanya sekadar membaca Juzu Juzu Amar yang hanya beberapa minit ataupun Solat Sunat Hajat yang tak sampai 10 minit. Membaca bahan bahan bacaan mengenai Agama yang memberi faedah kepada diri kita juga dikategorikan dalam kategori menuntut ilmu yang mendapat pahala sewajarnya--cuma hati hati dengan segala jenis bahan bacaan, please counter check atau buat cross reference takut takutla mana tau terbaca bahan bahan bacaan terpesong yang disediakan oleh musuh musuh Islam.

Bila bersahur esok pagi eloklah last minute sebelum Subuh serta jangan lupa ambil juga 2 biji kurma basah serta air Zam Zam kalau ada lah. kalau tak ada and masih nak minum air Zam Zam juga terdapat di pasaran cuma sebotol kecil rm10 sedapnya air Zam Zam sekiranya dicampur dengan air batu rasa macam berada di kedua dua Masjidil Haram di Makkah dan Madinah la pulak nanti.

Dua biji kurma basah dapat membekalkan segala zat zat yang diperlukan ketika berpuasa dan bila berbuka juga dengan mula mula mengambil 2 biji kurma basah akan tidak menyakitkan perut kita serta air yang manis manis sebelum diterus kan dengan Solat Maghrib, then baru berbuka.

Selepas itu, pastikan berada di Masjid sebelum Azan Isya bagi meneruskan semangat berTeraweeh di malam kedua malam esok--mesti kita sentiasa ingat tiada sesiapa tahu bila Lailatul Qadr (Malam Al Qadr) jadi teruskan sahaja sebulan Teraweeh dimana sahaja kita berada tidak menjadi halangan walaupun dirumah namun biasanya kita akan lebih berdisiplin menjaga tertib Teraweeh bila berjemaah di Masjid walaupun sekadar 8 rakaat sahaja dan membiarkan jemaah lain yang ingin meneruskan selebihnya mengikut kelapangan masa masing masing. Kita mesti sentiasa ingat jika kita tertinggal satu malam Teraweeh kita tidak akan dapat yakin lagi kita akan mendapat Lailatul Qadr walaupun kita bersusah payah di 10 malam terakhir kerana sebenarnya tiada sesiapa yang tahu dengan yakin malam sebenar ianya berlaku kecuali Allah swt. Kadang kadang cabaran untuk Teraweeh lebih besar bila Lailatul Qadr hendaklah berlaku contohnya kadang kadang hujan mencurah curah turun membuatkan kita mendapat excuse untuk tidak ke Masjid berTeraweeh dan rasa enak pula nak tidor sahaja dirumah tanpa mengerjakannya walaupun secara bersendirian di rumah--tau tau sahaja esok pagi selepas subuh cahaya matahari yang tidak panas serta angin sejuk sangat seolah olah macam nak winter pulak la--bila kita tanya tanya orang orang alim--ramai yang akan mengagak Lailatul Qadr baru berlalu.

Jadi semakin banyak halangan mengerjakan Teraweeh, kita harus berjaga jaga mungkin itu pertandanya akan berlaku Lailatul Qadr.

Setakat ini dulu, InsyaAllah beberapa jam lagi Ramadhan bermula.Jadikan Ramadhan tahun ini lebih hangat daripada biasa la he he he serta tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi,peace no war InsyaAllah Ramadhan kali ini menjadikan kita semua manusia yang lebih baik daripada Ramadhan yang lepas serta berhati hati dengan soal Halal Haram sewaktu berbuka--sekiranya orang lain ingin masuk longkang untuk mandi kita tak payah lah nak join sekali elok kita masuk bilik air ka, swimming pool ka, shower ka, mandi tepi sungai ka, atau apa sahaja yang dah tentu bersih ok-Renung renungkan, selamat beramal & selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 1431 Hijrah. Pertemuan dengan Allah swt disetiap malam Ramadhan adalah lebih utama daripada segala jenis VIP di dunia ini.

Renungkan firman Allah swt yang berikut,

"Malam Al Qadr itu lebih baik daripada 1,000 bulan"

(Al Qadr: 3)

Wallahualam.

iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment