Pesan Abang Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Sungai Buluh terhangat drp biasa he he he
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 005/1431 HIJRAH
Esok selasa sebaik sahaja terdengarnya Azan Maghrib maka masuklah 1 Ramadhan 1431 Hijrah dan bermulalah bulan Ramadhan serta kewajipan berZakat Fitrah-sekitar lebihkurang RM6.00 hingga RM7.00 seorang mengikut negeri masing masing. (silalah semak megikut negeri masing masing)InsyaAllah, sepertimana yang disebutkan sebelum ini adalah lebih elok kiranya disampaikan terus kepada golongan fakir, miskin dan susah tanpa perlu kepada formaliti resit, berAqad serta berDoa yang dicipta manusia yang ingin menunjukkan betapa special mereka walaupun tak ada dalam kewajipan berZakat Fitrah melainkan niat semata mata untuk mebayar Zakat Fitrah bagi diri sendiri serta ahli keluarga yang lain. Walaubagaimanapun sekiranya di sumbangkan lebih dari amaun yang ditetapkan, amaun yang terlebih itu juga dikira sebagai ibadah dalam bulan Ramadhan dalam kategori Sadaqah.
Allah swt berfirman,
" Wahai orang orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang orang terdahulu agar kamu bertaqwa"
(Surah AL Baqarah : 183)
Asal usul Sembahyang Malam bulan Ramadhan (Teraweeh) akan dibincangkan berdasarkan Hadith Sahih pada masa akan datang. Apa yang penting, bagi kita manusia biasa yang banyak kelemahan memadailah dengan berSolat Teraweeh malam esok di Masjid Masjid terdekat ataupun di Surau tempat tempat kerja masing masing. Semangat bermula Ramadhan mesti disemai dengan berada di Masjid Masjid/Surau Surau sebelum Azan Isya esok.
Kemeriahan Teraweeh esok akan berterusan sehingga jamuan Moreh dan sekiranya ada lagi yang ingin terus bersembang sembang biasanya akan diteruskan di gerai gerai teh tarik mungkin sementara menunggu siaran secara langsung Solat Teraweeh dari Makkah untuk ditonton dirumah ataupun pelbagai ibadah malam yang lain.
Amatlah wajar sekali para juruhebah radio HotFM (sekarang deejay la) mengingatkan seorang pemanggil wanita minggu lepas yang begitu bangga bercerita yang sebaik sahaja selepas berdoa berbuka puasa, dia terus menyanyi di karoeke. Pemanggil wanita berkenaan diingatkan agar memilih masa yang sesuai untuk berkaroeke--sekalung tahniah untuk pasukan bertiga AM Crew yang sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kesedaran generasi kini terhadap perkara perkara asas.
Jadi juga amatlah tidak wajar sekiranya majlis berbuka puasa diserikan dengan acara karoeke mahupun nyanyian berterusan melewati jam 10 malam--memandangkan waktu Teraweeh di mana mana masih belum selesai kecuali bagi yang mengerjakan 8 rakaat--Teraweeh akan selesai sebelum 930 malam.
Berbuka dihotel hotel mewah boleh dikatakan membazir tetapi sekiranya menjadi tetamu jemputan ataupun diarahkan oleh boss untuk hadir masih lagi boleh hadir tanpa meninggalkan Solat. Caranya sebaik Azan Maghrib, hanya berbuka ala kadar dan terus ke surau hotel untuk Maghrib.
Kemudian berbuka puasa sepenuhnya namun setelah masuk waktu Isya, tinggalkan meja sebentar dengan memaklumkan waiter/waitress yang anda ingin ke surau sekejap. Tunaikan Solat Isya serta Teraweeh 8 rakaat dan selepas selesai berSolat datang balik ke meja anda untuk bersama Majlis sehingga lewat malam. Tetapi sekiranya Majlis sehingga lewat malam tersebut mengandungi acara penyanyi menyanyi terlalak lalak ataupun acara yang membuatkan hadirin ketawa memanjang eloklah minta izin untuk pulang awal kerana ada hal (hal sebenar ialah untuk menambah pahala Ramadhan dirumah)
Sebelum terlupa, di Tazkirah bil 004/1431 Hijrah--mengenai Raudhah--perlu disebutkan Raudhah terletak antara Makam Nabi dan Mimbar Nabi berKhutbah di Masjid Nabi di Madinah maksudnya keseluruhan ruang berSolat antara Makam Nabi dan Mimbar adalah Raudhah. Serta juga kelebihan menZiarahi Makam Nabi, InsyaAllah Nabi akan membantu dengan syafaatnya bila Umatnya hendak dimasukkan ke dalam Neraka. Juga kelebihan berUmrah di bulan Ramadhan--pahalanya seolah olah mengerjakan ibadah Haji
Amat wajar sekali kepada Umat Islam yang bersuka ria melampaui batasan dalam bulan Ramadhan di kenakan hukuman berat. Perbuatan mabuk dalam bulan Ramadhan, berjudi dalam bulan Ramadhan, makan tanpa uzur di tempat tempat awam serta mengunjungi pusat pusat urut dengan alasan untuk kesihatan--mereka ini patut dikenakan hukuman amat berat bukannya sekadar denda ratusan ringgit sahaja.
Segala jenis bomoh yang confirm Syirik atas sebab meminta pertolongan selain daripada Allah swt juga wajar dikenakan hukuman berat. Kajian serta pemantauan perlu dilakukan segera di tempat tempat drive in makanan segera serta delivery service yang naik mendadak sepanjang bulan Ramadhan sebagaimana yang telah dipalurkan oleh harian metro Ramadhan tahun lepas.
Puasa hanya dikecualikan kepada contohnya-- perempuan yang uzur, orang gila, budak budak yang belum Aqil Baligh serta orang Musafir ke jalan Allah melebihi 2 Marhalah (60 batu). Jadi sekiranya kita dapati ada VIP VIP yang makan secara terbuka ditempat tempat esklusif kita mungkin perlu berbaik sangka yang mungkin VIP berkenaan sudah masuk ke salah satu kategori orang yang dikecualikan puasa--gila umpamanya.
Majikan majikan patut disarankan menutup pejabat jam 330 petang pada hari biasa dan jam 1230 tengahari pada hari jumaat bagi membolehkan semua pekerja masing masing sampai ke kediaman masing masing dan mempunyai cukup masa untuk mengatur keperluan berbuka dan beribadah pada hari yang berkenaan. Menutup pejabat jam 430 petang tidak memberi banyak perbezaan kerana para pekerja masih lagi terpaksa bersesak di jalanraya jalanraya. Alhamdullillah ada pejabat pejabat diseluruh Malaysia sejak beberapa tahun lepas telah mula mengamalkan waktu tutup pejabat jam 330 petang tanpa memberi kesan kepada produktiviti memandangkan core workers yang terpaksa stayback di bayar overtime dan biasanya akan berada di pejabat sehingga sekurang kurangnya waktu berbuka atas insentif yang diberikan majikan. Ianya tidak memberi kesan kepada ibadah Teraweeh kerana pekerja yang pulang lewat boleh berSolat jemaah di surau surau tempat kerja masing masing.
Namun apa yang lebih penting tiada sesiapa yang mensia siakan malam malam Ramadhan dengan perkara perkara yang tidak berfaedah. Kejar Lailatul Qadr setiap malam sekiranya kita mahukan doa kita Makbul--sebab kita tidak pasti malam apakah hadirnya Lailatul Qadr maka kejarlah setiap malam. Jangan hanya ingin mencarinya semata mata di 10 malam terakhir.
Bagi peminat bola English Premier League berpada padalah--World Cup 2010 baru selesai, Women World Cup 2010 pun baru selesai juga--jadi selepas 15/8/2010 ini buatlah pilihan yang bijak samada ingin menonton siaran secara langsung Solat Teraweeh dari Makkah yang mana mendengar bacaan Al Quran oleh Imam pun mendapat pahala ataupun ingin terus juga menonton EPL semata mata kerana mungkin ada yang bertaruh???? ataupun kerana pasangan bahagia anda terlampau minat sangat kat bola. Apakah anda tidak malu terjerit jerit pada malam bulan Ramadhan di kedai kedai makan yang menyiarkan EPL di white screen menggunakan lcd projector. Apakah anda tidak malu untuk bersama pasangan bahagia anda malam bulan Ramadhan ringan ringan sewaktu yang lain terjerit jerit gol menonton EPL.
Apakah elok perempuan bersahur dengan berseluar sendat teramat pendek dan pasangan lelakinya akan bersahur dengan seluar paras lutut? Apa yang sebenarnya di sahurkan???? Kat mana pula pahala Malam bulan Ramadhan--aiseyman pening kepala para Malaikat la macam ni brother.
Renung-renungkan, selamat beramal. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.Peace no war. Ingat sokmo sokmo la yang Nabi bersabda--Rezeki murah pada pagi Ramadhan antara selepas Subuh dan time Solat Dhuha .
InsyaAllah ada rezeki, kita akan berjumpa. Selamat Menyambut Awal Ramadhan 1431 Hijrah esok selepas Maghrib dan jangan lupa Teraweeh bermula malam esok .Wallahualam.
No comments:
Post a Comment