Malam 13 Masjid Nabi Madinahtul Al Munnawarrah. Salam 16 Ramadhan 1431 Hijrah hari ini khamis , malam ini malam 17 Ramadhan-malam Nuzul Quran
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 022/1431
Salam pagi khamis subuh 16 Ramadhan 1431 Hijrah. Malam ini adalah malam ke 17 malam Ramadhan yang akan disambut di semua Masjid dan Surau dengan pelbagai program selain daripada Solat Teraweeh malam nanti. Namun, apa yang penting untuk diingati ialah malam nanti Nabi Muhammad s.a.w. tidak berhenti berdoa sepanjang malam tanpa tidur langsung bagi menghadapi tentera kafir Quraisy pada pagi pagi 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah walaupun kebanyakkan anggota tentera Islam yang berjumlah hanya 319 orang ada juga berehat sebelum berperang untuk menghadapi tentera kafir yang berjumlah antara 900 hingga 1000 orang dalam Perang TerAgung dalam bulan Ramadhan yang dinamakan Perang Badar sempena lokasi peperangan iaitu satu tempat yang bernama Badar.
Bagaimanakah Nabi mengetahui jumlah tentera kafir? Spy oleh Nabi dihantar untuk memaklumkan pada Nabi menerusi jumlah unta yang disembelih untuk dimakan musuh setiap hari ialah antara 9 hingga 10 ekor setiap hari yang bermakna 1 ekor unta untuk 100 orang tentera musuh.
1,000 Malaikat berserban putih turut serta membantu tentera Islam yang bertindak memenggal kepala tentera musuh serta memancung setiap hujung jari tentera musuh walaupun musuh Islam tidak nampak apa apa, tau tau kepala sahabat sahabat mereka serta hujung hujung jari mereka melayang yang memang amat mengejutkan tentera musuh yang sedang memerangi Islam. Ini dijelaskan Allah swt menerusi firmannya dalam Surah An Anfal :12
Manakala sebelum itu, dalam Surah An Anfal:10 Allah swt berfirman,
"Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan Tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu. Sesungguhnya aku akan mendatangkan tentera bantuan kepada kamu dengan 1,000 malaikat yang datang berturut turut"
Perang Badar berkesudahan dengan kemenangan besar kepada tentera tentera Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w serta 1,000 Malaikat tersebut yang diketuai oleh Malaikat Jibrael.
Sebelum bermulanya peperangan, Nabi bermesyuawarah (berbincang ) dengan para tentera Islam mengenai strategi peperangan dan Baginda telah sanggup mendengar pendapat tentera pangkat rendah setelah mendapati pendapat tersebut adalah amat bernas dimana bila merancang posisi perang Nabi pada asalnya mencadangkan tentera Islam mengambil posisi sebelum kolam takungan air. Al Khabbab bin Al Munzir bertanya kepada Nabi samada posisi berkenaan adalah atas wahyu Allah swt ataupun hanya sekadar taktik peperangan Rasullullah dan Nabi menjawap ianya bukan wahyu cuma sekadar strategi Baginda. Maka Al Khabbab mencadangkan agar kolam takungan air berada di belakang tentera Islam supaya air dapat digunakan untuk berbuka puasa, bersahur, membersihkan diri serta berWudhu dan ianya akan membuatkan musuh kehausan tak dapat bekalan air. Rasullullah terus bersetuju yang menunjukkan Nabi terus mematuhi firman Allah swt untuk sentiasa bermesyuwarah seperti yang difirmankan Allah swt dalam Surah Ali Imran: 159.
Akhir Qalam, 17 Ramadhan 1431 Hijrah tahun ini adalah lebih nostaglia daripada biasa memandangkan ianya jatuh pada hari jumaat yang menurut Taqween Islam hari jumaat akan bermula selepas Maghrib malam ini dan sewaktu Perang Badar / Badar Al Kubra berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah ianya juga hari jumaat.
Renung renungkan,selamat beramal, Selamat berSolat Subuh, beramai ramailah ke Masjid/Surau malam nanti bagi membangkitkan nostaglia perang Badar di malam Nuzul Quran malam ini. Kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi, Salam Ramadhan 1431 Hijrah.
iskandar1967@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment