Renungkanlah J Mizan terhangat drp biasa.
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 024/1431
Hari ini 19 Ramadhan 1431 Hijrah jam 1220 pagi ahad dan malam nanti Teraweeh malam ke 20, maka bermulalah program Qiyammulai setiap malam diseluruh negara di Masjid Masjid dan Surau Surau bermula jam 330 pagi, sahur disediakan dan seterusnya Solat Subuh berjemaah. Ramai yang masih bercuti mengambil sambungan cuti extra esok isnin sempena hari merdeka selasa ini.
Alhamdullillah dan tahniah semakin ramai yang memuliakan anak anak yatim sempena Ramadhan yang sudah hampir memasuki 10 malam terakhir ini. Hadith Sahih Bukhari dan Muslim menyentuh sabda Nabi Muhammad s.a.w. supaya melipatkan gandakan amal ibadat dalam 10 malam terakhir serta cuba mencari Lailatul Qadr di 10 malam terakhir mana tahu Lailatul Qadr masih belum berlaku setakat ini--tiada siapa pun tahu--hanya Allah swt jua yang Maha Mengentahui.
Diawal Ramadhan baru baru ini tv9 ada menyiarkan satu drama menerusi slot Insaf yang menunjukkan pengurus rumah anak anak yatim menyalahgunakan wang bantuan untuk berjudi malah membiarkan anak anak yatim kelaparan serta melarang pekerjanya membawa salah seorang anak yatim yang sakit tenat ke hospital. Akhirnya , Pengurus tersebut mati dengan membunuh diri kerana teramat malu dan jenazahnya sewaktu dalam perjalanan ke kubur amat berat sekali dan berbau amat busuk sekali sehinggakan ramai yang terpaksa menutup hidung dan ada yang memakai topeng gas seperti topeng gas yang US - Bush gunakan untuk menipu dunia dalam episode Allahyarham Sadam Hossein di Iraq dulu.
Malah jenazah Pengurus anak yatim tersebut tidak diterima bumi bila 5 liang lahad digali kesemuanya dinaiki air sehingga anaknya terpaksa bersetuju mengizinkan Arwah ibunya ditanam dalam ruang yang penuh berair.Lebih teruk lagi selepas itu ular ular berbisa muncul dan membelit jenazah yang dibaluti kain kafan itu. Inilah kesannya bila memakan harta yang diperuntukkan kepada anak anak yatim mahupun wang wang zakat yang diperuntukkan kepada golongan fakir, miskin, susah sepertimana yang pernah berlaku sedikit masa dulu yang boss Majlis Agama Islam di Johor didakwa kerana pecah amanah wang zakat rm1 juta. Namun masih ramai lagi yang terlepas di serata tempat di beberapa negeri di seluruh Malaysia. Apakah perlu wang hak golongan susah dibelanjakan untuk membuat bangunan yang canggih, untuk renovate office, untuk beli kenderaan yang agak mewah, untuk menghadiri kursus kursus yang mahal mahal, untuk menganjurkan majlis majlis bantuan di hotel lima bintang yang kosnya hampir sama ataupun lebih mahal daripada jumlah total keseluruhan bantuan yang hendak disampaikan di majlis berkenaan. Apakah hukumnya para jemputan memakan harta zakat di majlis majlis di hotel 5 bintang?
Juga sudah sampai masanya juga kementerian kebajikan masyarakat bertindak tegas terhadap kebodohan pegawai pegawainya yang mencatat golongan susah, fakir,miskin dsbnya sebagai golongan yang tidak layak menerima bantuan hanya kerana rumah yang dikunjungi memiliki sebuah peti TV buruk dan peralatan elektrik asas yang lain. Jika pegawai sebegini tidak boleh diubah, elok pecat sahaja dari bekerja dengan kerajaan. Mungkin dengan kurang bantuan diserahkan wang akan menjadi lebih banyak untuk kementerian berkenaan belanjakan untuk pelbagai aktiviti kejam kepada golongan berkenaan seperti hari sukan, hari keluarga, pertandingan karoeke, hadiah cabutan bertuah. Sekiranya mentaliti ini diteruskan maka tidak hairanlah kenapa golongan susah masih wujud di tahun 2010 ini dan akan berterusan wujud untuk tempoh yang lama.
Sempena 10 malam terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. seperti dilapurkan dalam Sahih Bukhari & Muslim juga menghabiskan banyak masa untuk beriktikaf di Masjid (melakukan pelbagai amalan seperti Solat Solat Sunat, Membaca Al Quran, BerMuhasabah diri dsbnya)
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Allah swt turun setiap malam ke langit bumi, ketika malam berbaki sepertiga terakhir. Allah berfirman, Adakah yang memohon padaku agar Aku Qabulkan, adakah yang meminta kepada Ku, agar Aku berikan, adakah yang memohon ampun agar Aku ampuni"
(Hadith Sahih Bukhari & Muslim)
Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w. turut bersabda,
"Puasa dan Al Quran akan memberi Syafaat kepada hari Qiamat. Puasa akan berkata, "Ya Rabbi aku telah menghalangnya dari makan dan syahwat, maka perkenanlah aku untuk memberikan Syafaat untuknya" Sedang Al Quran akan berkata, "Ya Rabbi aku telah menghalanginya daripada tidur di malam hari, maka perkenanlah aku memberikan Syafaat untuknya. Maka Allah swt memperkenankan keduanya untuk memberikan Syafaat"
(Hadith Ahmad & Tabrani)
Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi, peace no war.
No comments:
Post a Comment