Saturday, August 7, 2010

Prof Izi Hj Ali - Cinta termostat

Prof Izi Hj Ali--Cinta Thermostat


Tazkirah Awal Ramadhan 1431 Hijrah Bil 002/1431 Hijrah


InsyaAllah, hari selasa malam 10/8/2010, akan bermulalah Solat Terawikh menandakan telah masuknya 1 Ramadhan 1431 Hijrah dan Umat Islam akan mula berpuasa pada 11/8/2010.
Sebagai peringatan awal untuk diri sendiri dan semua, Solat Terawikh punya pelbagai kelebihan pada setiap malam selama 30 malam. google search lah InsyaAllah kesemua kelebihan 30 malam berSolat Terawikh namun untuk tujuan akademik, ada kajian yang menunjukkan yang melapurkan kelebihan berSolat Terawikh setiap malam adalah kata kata sahabat Nabi bukan Nabi sendiri. Namun apa yang pasti ialah jelas ialah semua amalan Sunat termasuklah Solat Terawikh di amalkan oleh Nabi sendiri yang mana Nabi hanya mengerjakan 8 rakaat berjemaah di Masjid dan menyambungnya di rumah.
Nabi tidak ingin menyusahkan orang ramai sekiranya dikerjakan lebih dari 8 rakaat di Masjid takut orang salah sangka yang mengerjakan kesemuanya di Masjid akan menjadikan ianya seolah olah mesti di kerjakan sehingga 21 atau 23 rakaat termasuk Solat Witir.
Nabi dengan niat baik hanya mengerjakan 8 rakaat Solat Terawikh di Masjid. Namun apa yang berlaku hari ini banyak Masjid menjadikannya seolah olah kemestian mengerjakan 21 atau 23 rakaat termasuk Witir. Maka berlakulah bacaan express, Rukuk express, Sujud Express serta berdoa pun express.
Apa faedahnya Tok Imam baca doa secara express? kalau lah tok imam faham yang doa dalam bahasa Arab tu ialah permintaan kita kepada Allah swt tuhan kita, adakah tok Imam tu akan meminta pelbagai perkara daripada Allah swt secara express. Sekiranya kita nak mengorat pun kita perlu cakap baik baik untuk pastikan usaha untuk mengorat tu berjaya--apakah kita fikir bila kita jumpa orang yang kita berkenan kita susun ayat ayat mengorat tetapi mengucapkannya laju laju macam tok Imam baca doa--apakah akan berhasil usaha kita mengorat ataupun perempuan yang kita mengorat tu akan ingat kita sewel atau kurang waras bila nak melafazkan kata kata cinta yang panjang berjela dengan sekali nafas.
Inilah akibat yang berlaku bila Tok Imam ingin menyelesaikan Solat Terawikh secara tergesa gesa.
Jadi, elok juga biar kita yang menentukan jumlah 8 rakaat yang kita hendak Solat dan pulang selepas itu tanpa perlu mengerjakan Solat Witir 3 rakaat.
Tujuan Solat Witir  (jumlah rakaat  angka ganjil dalam Solat Witir) ialah penutup segala jenis Solat Sunat pada seluruh malam maka adalah sia sia sekiranya kita melakukan Solat Witir semata mata kerana orang lain melakukannya sekiranya kita berniat untuk melakukan pelbagai ibadah Solat Sunat lagi selepas itu dirumah.
Bertanyalah pada mana mana Uztaz apa tujuannya Solat Witir (maknanya penutup semua Solat Sunat yang biasanya dikerjakan dipenghujung malam ataupun sebelum kita nak bersahur)




Mengenai Solat Witir,  Nabi Muhammad s.a.w.  bersabda,


"Berwitirlah kamu sebelum menjelang Subuh"


                                                  (Hadith Sahih Riwayat Muslim menerusi Abu Sa'id Al Khudri)




Dalam Hadith Sahih yang lain yang dilapurkan juga oleh Imam Muslim mengenai Solat Witir,  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,


" Siapa menyakini bahawa dia dapat bangkit diakhir malam, baiklah dia berwitir di akhir malam, kerana bacaan (sembahyang serta bacaan Al Quran didalamnya) di akhir malam itu disaksikan (oleh para Malaikat)  yang demikian adalah lebih utama"
                                       
                                                             ( Hadith Sahih Riwayat Muslim menerusi Jabir)






Di Malaysia juga Solat Terawikh biasa di iringi dengan pelbagai laungan Selawat yang direka cipta oleh manusia dan tidak terdapat dalam amalan sebenar Solat Terawikh.
Beberapa tahun lepas, pemilik blog ini, berada di Makkah dan Madinah selama hampir sebulan dalam bulan Ramadhan sehingga menyambut raya (eid ul fitr) kali kedua puasa enam dalam bulan syawal dan mendapati tiada langsung ucapan Solawat antara Salam dalam Solat Terawikh. Bukti yang jelas ialah tonton sahaja siaran langsung Solat Terawikh dari Makkah setiap malam di televisyen--dan tanya diri sendiri--apakah yang sedang berlaku di Malaysia? Ini bukannya soal perbezaan Mazhab--ini soal apa yang jelas dan patut dibuat sewaktu Terawikh yang diajar oleh Nabi sehingga berterusan diikuti hingga kini. Namun , kini dah terdapat pelbagai Masjid dan surau yang telah bukan sahaja mengerjakan Solat Terawikh 8 rakaat namun juga tanpa segala jenis bacaan tambahan/selawat tambahan yang diadakan adakan bagi menunjukkan ekslusifnya Solat Terawikh tu--perkara yang mudah sengaja di complicatedkan oleh manusia manusia hari ini.
Baiklah, satu contoh Solat Terawikh tanpa laungan Solawat tambahan boleh di lihat--sekadar contoh--Masjid Kampung Baru KL yang mengimport Imam dari Makkah Al Mukkarammah setiap tahun--lihat sahaja apa yang berlaku--jemaah akan ingat kembali nostaglia berjemaah Terawikh di Makkah & Madinah--takda bacaan dan laungan extra. (Nota:banyak Masjid dan Surau seluruh negara telah mula meninggalkan amalan extra reka cipta manusia ini) Atau singgah sahaja di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu--program sebulan Ihya Ramadhan umpamanya--alamilah pengalaman berSolat Terawikh disitu setiap malam yang turut disiarkan secara langsung keseluruh dunia menerusi laman web untuk rasa ingatan berkekalan anak anak kelahiran Kelantan yang belajar/bertugas di luar negara.


Tiada terdapat dalam sebarang Hadith Sahih Nabi Muhammad s.a.w.--tidak pernah dijumpai tuntutan pengucapan Solawat dan Kalimah Toyibbah dengan keras (nyaring) dan sorak sumbang oleh para Jemaah selepas itu- malah Nabi mengingatkan umat Islam dengan sabdanya,


"Seburuk buruk urusan (ibadah) itu adalah yang di ada adakan (bid aah)"


Walaupun berSolawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad sa.w. adalah satu perkara terpuji tetapi melakukannya dalam suasana dan cara yang tidak sesuai adalah menjadi bid aah yang terlarang kerana dibimbangi akan disalah faham oleh Umat selepas itu sebagai satu kemestian diucapkan walaupun sebenarnya tidak. ( Tontonlah siaran secara langsung di TV dari Masjidil Haram di Makkah Al Mukkarammmah tiada kedapatan semua yang bid aah dalam menyempurnakan Solat Terawikh--malah sunyi sepi pada ketika  ada Masjid Masjid  dan surau surau kita di Malaysia sibuk melaungkan Solawat dan Kalimah Toyiibah)
 


Juga, kelebihan berSolat Terawikh yang jelas ialah kita semua sedang mengejar Lailatul Qadr yang semuanya tidak tahu sebenarnya exactly malam apa--jadi untuk mendapatkan malam tersebut ialah dengan langsung tidak ketinggalan berSolat Terawikh dan berdoa setiap malam, InsyaAllah salah satu malam yang kita doa itu akan terkena Lailatul Qadr dan ini akan menjadikan kita lebih ikhlas berbanding dengan memenuhi Masjid hanya di 10 malam terakhir--yang Allah swt tentu lebih tahu hambanya ada udang di sebalik batu la he he he.
Akhir Kalam, Tazkirah Ramadhan ini adalah tulisan asal iskandar1967 dan diizinkan untuk dipetik dalam sebarang bentuk yang sesuai tanpa keperluan memetik sumber kerana tiada sebarang copyright ingin dituntut lah. Hanya sekadar berkongsi kongsi maklumat yang boleh di buat cross reference dengan mana mana Uztaz yang memang Uztaz lah bukan sekadar sesiapa sahaja yang memakai kopiah untuk suka suka.

  Renung renungkan, selamat beramal, setakat ini dulu, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.  Jangan lupa Solat Terawikh InsyaAllah bermula Selasa 10/8/2010 selepas Isya.



iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment