Monday, August 16, 2010

Rabbani-Irtihal(arab version pergi tak kembali)

Pergi Tak Kembali Rabbani Versi bahasa Arab (Irtihal)

TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 015/1431 HIJRAH

Salam Solat Asar pada petang 6 Ramadhan 1431 Hijrah .

Kali ini kita fokus kepada pesta kematian di Malaysia.

Pagi tadi jenazah seorang VIP diletakkan di sebuah Masjid kira kira jam 9 pagi namun di Solatkan hanya selepas Zohor.

Pelbagai kemungkinan atas segala kelewatan. Namun apa yang perlu diingat ialah mayat perlu segera dikebumikan kalau boleh kurang dari 2 jam dari masa meninggal memandangkan bila roh tercabut dari badan adalah satu yang amat menyakitkan seperti kulit disiat siat maka penderitaan perlu dikurangkan dengan pelbagai cara termasuk berhati hati sekali memandi, mengkafan serta membawa ke tanah perkuburan serta juga mengkebumikannya. Bila seseorang telah meninggal, urusan dunia yang lain tidak lagi penting baginya. Mayat tidak mendapat apa apa faedah dengan menunggu semua anak beranak pulang mahupun juga untuk melantik pengganti sesuatu jawatan.semakin lama dibiarkan semakin tersiksa dan banyaklah semut semut akan datang. Urusan penting mayat ialah untuk dikebumikan segera untuk mengadap Illahi , untuk disoal Munkar Nankir dsbnya.

Kematian adalah pesta dan sumber perniagaan di Malaysia.

Saudara mara yang berkumpul di Masjid sejak awal awal tidak menghiraukan tertib Muhrim di Masjid, berbuat bising, bersembang dan amat susah sekali untuk melihat yang bersedih malah ramainya rancak berbual pelbagai hal seolah olah tiada siapa yang meninggal--seolah olah ada keramaian pesta yang perlu dirai.

Kemungkinan keluarga VIP berkenaan kurang mengunjungi Masjid hingga menyebabkan dewan utama Solat yang dikunci hanya dibuka selepas jam 12 tengahari dan jenazah dibawah masuk ketika masuk waktu Zohor untuk di Solatkan selepas Solat Zohor. Namun pada keseluruhannya tiada kesedihan cuma mungkin beberapa orang ahli keluarga yang nampak sayu tapi masih lagi berbual cuma tak serancak yang lain. Pengumuman untuk Solat Jenazah juga hanya dibuat oleh pihak masjid selepas Solat Zohor secara umum tanpa menyebutkan nama yang meninggal dunia.

Pakaian pakaian-- ada yang datang seolah olah mereka berada di Amerika dan perempuan yang datang pula berjubah mewah dengan pelbagai fesyen. Mungkin boleh dianjurkan Islamic fashion show pula la.

Entah apa yang berlaku di tanah perkuburan namun kebanyakkan kematian bila tiba di tanah perkuburan ramai yang tetap akan rancak berbual dan sekiranya bukan bulan Ramadhan , ada yang akan berbual sambil merokok seolah olah satu upacara menanam pokok sedang diadakan oleh mana mana menteri kabinet.

Kematian menjadi satu perniagaan daripada awal sehingga ke akhirnya serta diteruskan pula dengan pelbagai kenduri kendara yang telah dipertikaikan statusnya oleh pelbagai Mazhab Imam Imam utama dalam Islam.

Ada satu english movie (comedy) sedikit masa dulu yang menunjukkan betapa kematian orang orang bukan Islam adalah satu perniagaan multi million dollar-lengkap dengan pelbagai pakej untuk dikebumikan di kawasan seindah padang golf bagi memboleh ahli keluarga tertentu meratapi kematian penuh privacy serta kanak kanak di tempat di kawasan padang permainan kanak kanak khas untuk sepanjang pengkebumian berlangsung.

Kita sedang menuju ke arah terpaksa menganggung pelbagai kos yang tinggi bila menghadapi kematian daripada pakej kapan dan Solat kepada pelbagai pakej kenduri kendara dan tidak mustahil kita akan setanding dengan pelbagai pakej mewah bukan Islam pada tahun tahun yang mendatang.

Namun, sebenarnya kematian adalah satu pesta cuma tak semeriah konsert jom heboh sahaja.

Anak anak, macam the award winning film 3 Abdul mengharapkan bapa mereka meninggal cepat dan telah mengira harta harta ayah mereka sebelum ayah mereka meninggal lagi. Lebih teruk, ada yang bermain politik dengan ibu masing masing bagi menentukan harta harta tertentu diberikan sebagai pemberian (Hibah) sewaktu ayah mereka masih hidup lagi.

Namun apa gunanya harta harta yang banyak sedangkan segala billionair zaman Nabi Muhammad s.a.w. termasuk Saidina Abu Bakar yang kaya raya namun meninggal tanpa apa apa harta kerana tidak mahu bertanggungjawap sekiranya ada harta harta tersebut disalah gunakan--jadi disedekahkan kesemuanya kepada golongan yang memerlukan. Harta yang banyak akan mengahadapi pelbagai persoalan di akhirat--sumbernya halal atau haram. Sekalipun halal, kenapa dibiarkan sebegitu banyak menggunung sedangkan banyak lagi golongan yang susah. Ini dinamakan mengkhianati harta yang diamanahkan Allah swt.

Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee pernah berkata yang wang didalam poketnya hanyalah amanah Allah swt kepadanya dan bila ada peminta sedekah bersama anak yang datang meminta bantuan untuk membeli makanan lalu di ambil dan diberi kesemuanya kepada perempuan peminta sedekah bersama anak anaknya. Dan kita kita ingat, P Ramlee meninggal tanpa apa apa harta--tontonlah kembali visual berita tv hitam putih tahun 1973 hanya kain batik membaluti tubuh Allahyarham Seniman Agung kita. (Kisah ini diceritakan sendiri oleh Seniman Datuk Aziz Sattar di satu majlis makan malam di Lanai Beach Resort,Langkawi tidak lama dulu didepan pelbagai tetamu kenamaan--asalnya wang tersebut ialah untuk mereka pergi enjoy--jadi Datuk Aziz pun bertanya kenapa di beri kesemuanya kepada peminta sedekah tu, itulah diatas tadi jawapan Tan Sri Dr P Ramlee)

Apa yang penting setiap sen harta dibelanjakan dapat membantu seseorang itu di akhirat dan sekiranya dibiarkan bertimbun sehingga mati dan bila mati ianya disalah gunakan oleh anak beranak untuk enjoy, mabuk ataupun membeli saham saham judi--maka roh asal pemilik harta berkenaan--akan tersiksa.

InsyaAllah, semoga lebih ramai rakyat Malaysia berhenti bergembira menghadiri kematian, berhenti beramah tamah berlebih lebihan, berhenti menjadikan lokasi kematian sebagai tempat reunion.

Renung renungkan selamat beramal, selamat berbuka, berTeraweeh malam ke 7 etc etc serta bersahur.

Jangan lupa sekiranya ada masa pasangkan sahaja TV siaran secara langsung dari Makkah/Madinah setiap malam. Wassalam wbt.

iskandar1967@gmail.com

No comments:

Post a Comment