Saturday, August 14, 2010

Madinah Taraweeh 2010 - Night 3 Witr + Du'a - Part 7/7 Sheikh Ali Al-Hud...

Teraweeh di Masjidil Haram Madinahtul Al Munnawwarah pada malam ke 3 Ramadhan 1431 Hijrah


TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 013/1431 HIJRAH


Allah swt berfirman,

"Sesungguhnya orang orang yang boros itu adalah saudara saudara syaitan, sedang syaitan itu adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"
( Surah Al Isra: 27 )
Adalah tidak munasabah sekali untuk seorang makan dengan membeli juadah di bazaar Ramadhan hanya untuk berbuka (excluding sahur)minima lebih rm50 setiap hari.
Juga apa yang hendak dibanggakan dengan buffet Ramadhan yang belum tentu Halal yang berharga antara RM89 seorang hingga RM115 seorang. Apakah perlu ratusan jenis makanan untuk dipilih bila berbuka sedangkan masa untuk berbuka amat terhad mengambil kira Isya & Teraweeh yang perlu di kejar melainkanlah sekiranya kita memilih untuk melupakan sahaja Maghrib, Isya serta Teraweeh sambung makan dan makan dan makan hingga waktu buffet Ramadhan ditutup jam 11 malam dimana selepas itu pula buffet bersahur pula bermula dengan kadar minima RM25 sehingga RM39 seorang.
Pernah berlaku kejadian berbuka puasa tidak lama dahulu di sebuah hotel 5 bintang di ibukota dimana sewaktu berbuka, topik yang dibincangkan sewaktu berbuka ialah dimana 'kita hendak pergi buka botol selepas ini' dan 'kita orang nak mandi'. Juga diteruskan lagi, 'lain kali kita orang tak nak buka puasa ni semua just terus pegi buka botol and mandi'. Memandangkan yang mengajak adalah mereka mereka yang berjawatan tinggi, jadi untuk menjawapnya kembali dengan lebih berhati hati--- yang malam berkenaan dah ada appointment lain walhal sebenarnya jam sudah 930 malam sudah terlewat cuma masih berlum terlewat untuk mengejar Teraweeh 8 rakaat sahaja. Sudahlah berbuka puasa ramai ramai di hotel 5 bintang yang dah jatuh kategori membazir, lepas tu nak pergi enjoy sepanjang malam dengan pelbagai dosa besar (arak dan perempuan) pulak, pelbagai persoalan bermain di fikiran yang samada mereka mereka yang berkenaan tersebut puasa ke tak sebenarnya.

Panduan berbuka (ringkasan)
728 malam (contoh) -- Azan Maghrib
728 malam --Doa ringkas berbuka, 2 biji kurma basah, air Zam Zam atau sirap atau buah buahan manis dan sedikit kuih kuih manis.
740 malam- Solat Maghrib
750 malam- Berbuka dengan nasi serta satu dua lauk pilihan
(elakkan yang terlampau pedas serta elakkan minuman bergas)
815 malam- bersiap untuk Isya
835 malam (Contoh)-- Azan Isya di Masjid
845 malam- Solat Isya di Masjid
9 malam- Solat Teraweeh di Masjid
930 malam- Tamat 8 rakaat Teraweeh tanpa Witir
(ramai jemaah akan meneruskan sehingga 21 atau 23 rakaat
termasuk Witir yang telah dibincangkan sebelum ini)
940 malam- Moreh -makan makan ringan di Masjid

Kesemua aktiviti diatas akan menjimatkan masa sekiranya dilakukan hanya di satu lokasi iaitu di Masjid/Surau berdekatan dan ianya adalah seratus peratus percuma RM 0
Ini berbeza dengan berbuka di sebuah lokasi di KL yang halal tapi harganya RM75 seorang yang mengandungi lebih 100 pilihan makanan--yang hanya mampu di makan sedikit sahaja oleh sesiapa sahaja yang berpuasa. Kemudahan surau yang selesa disediakan namun disebabkan terlampau ramai customers buka puasa yang menggunakannya serentak, surau berkenaan menjadi tidak selesai dan lembab lantainya. Surau hanya lengang bila masuk waktu Isya serta Teraweeh kerana ramai yang masih sibuk dengan agenda mentekedarah sebab mungkin hendak memastikan bayaran rm75 seorang perlulah berbaloi sehingga menjadikan Teraweeh kurang penting ataupun mungkin mereka pulang ke rumah dan berSolat Teraweeh sendirian di rumah kemudiannya.
Pilihan Perbincangan kita kali ini ialah Negeri Kelantan Darul Naim untuk topik elakkan pembaziran dalam berbelanja.
Cuba fikirkan apa yang RM75 boleh dibuat oleh keluarga yang susah--ianya mencukupi untuk membeli stok makanan kering dan basah untuk sekurang kurangnya 2 minggu--ikan kering cencaru hanya berharga 3 ekor yang medium saiznya hanya rm1.50 (yes-seringgit lima puluh sen, 3 ekor di sebuah pasar di Kelantan) Jadi apakah nilai rm75 untuk satu keluarga susah dan apakah nilai pula rm75 di KL mungkin tidak cukup pun untuk bayaran tiket wayang bagi seorang menonton di klas premium.
Kueh cara masih dijual 10 sen untuk sepasang di kebanyakkan lokasi di Kelantan. Karipap di luar Kota Bharu masih dijual 10 sen satu serta nasi minyak berlauk daging serta sambal lada masih dijual 50 sen di luar Kota Bharu.
Manakala laksa penang sebungkus dijual RM1 sahaja dalam bandar Kota Bharu, laksa lemak RM1 sebungkus, Laksam RM 1 sebungkus di Kota Bharu--ini semuanya boleh dibeli diserata gerai gerai dalam bandar Kota Bharu dengan syarat membeli yang telah siap di bungkus. Namun harga yang jauh lebih rendah dengan kualiti serta rasa yang sama sedap sekiranya makanan ini dibeli diluar Kota Bharu. Justru itu, walaupun terdapat beberapa hotel mewah di Kota Bharu, tiada yang berani meletakkan harga buffet Ramadhan sepertimana di KL.
Begitu juga dengan persiapan raya-- baju kurung dewasa yang di jual sekitar RM120 di KL hanya dijual sekitar rm25-rm40 di Kota Bharu serta baju kurung yang bernilai rm300-400 di KL hanya di jual sekitar rm90-rm120 di Kota Bharu.
Lokasi gerai gerai pakaian raya yang murah di Kota Bharu--dibuka selepas berbuka puasa namun perniagaan hanya rancak selepas Solat Teraweeh sehingga jam 1 pagi iaitu di atas jalanraya di luar pasar Siti Khadijah Kota Bharu berhadapan dengan restoran makanan segera Mc Donald Kota Bharu.
Mengapa hanya pakaian perempuan yang disebut--kerana yang banyak membuang wang kertas sempena shopping raya di KL ialah kaum Hawa. Kaum Adam ramai tak kisah sangat hal baju raya sebab baju melayu berpasang pasang yang lepas lepas jarang digunakan--buktinya Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee sibuk mencari baju melayu dari Allahyarhamah Zahrah Agus hanya bila dia kononnya nak pergi ke rumah orang kahwin walhal dia yang nak kawin. Well, ponitnya pakaian baju melayu bagi kaum lelaki beserta songket dsbnya amat jarang dipakai maka dengan membeli lagi wang ringgit akan dibazirkan begitu sahaja.
Walaubagaimanapun persiapan raya bagi kaum lelaki di Kota Bharu juga amat murah dengan sepasang baju melayu boleh dibeli dibawah rm40 sepasang dan baju melayu sahaja dibawah RM25 sehelai. Kain songket gred rendah untuk dewasa boleh dibeli di KB dengan harga belasan ringgit sahaja manakala yang agak premium puluhan ringgit berbanding dengan di KL--harganya mencacah ratusan ringgit.
Berbelanja harta dengan boros samalah dengan apa yang disebut dalam agama kita sebagai perbuatan mengkhianati harta yang amat di murkai oleh Allah swt .
Akhir Kalam, kebetulan Negeri Kelantan di sentuh pada topik kali ini , sekiranya ada masa singgahlah membeli makanan di bazaar Ramadhan yang terletak di luar Stadium Sultan Mohamad ke IV Kota Bharu. Antara item yang sold out ialah Nasi Bukhari daging/ayam juga Nasi beriyaini daging/ayam. cari gerai yang ramai orang maknanya gerai itulah yang sedap walaupun harganya lebih sikit tapi masih murah dari KL. Juga cuba cubalah hadir sebelum Azan Isya di program Ihya Ramadhan untuk Solat Isya & berTeraweeh di Khemah Khas lengkap berhawa dingin juga di luar Stadium Sultan Mohamad ke IV Kota Bharu main entrance yang mana program ini dipancarkan ke seluruh dunia setiap malam menerusi webcast.
Renung renungkan, selamat beramal, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi jadikan Ramadhan tahun ini lebih hangat daripada biasa hangat kerana pertambahan amalan la he he he bukannya hangat api neraka ok he he he.
Selamat berbuka, selamat bertugas, selamat berTeraweeh dan selamat berSahur di hari ke 4 Ramadhan dan malam ke 5 Teraweeh hari ini sabtu 4 Ramadhan 1431 Hijrah .

iskandar1967@gmail.com


No comments:

Post a Comment