Solawat Nabi Raihan Selamat Menyambut 1 Ramadhan Al Mubarak
TAZKIRAH RAMADHAN 1431 HIJRAH BIL 007/1431 HIJRAH
Alhamdullillah , semua telah sama sama menunaikan Solat Teraweeh di serata Masjid/Surau di seluruh Malaysia. Bagi yang menunaikannya 8 rakaat, kira kira 920 malam tadi telah selesai tanpa Witir yang hanya perlu dikerjakan terus sekiranya kita tidak berniat untuk menunaikan apa apa Solat Sunat lagi malam ini tetapi kiranya kita ingin meneruskan apa apa Solat Sunat lewat malam ini, Witir hanya akan dibuat dipenghujung malam, sebagai penutup segala amalan malam ini sebelum Solat Subuh.(Sebelum Sahur)
Sebelum Solat Isya malam ini pihak pentadbiran Masjid membuat beberapa pengumuman antaranya yang relevan disebut ialah:-
1) Solat Isya akan dimulakan setelah 10 minit Azan Isya dan Teraweeh beberapa minit selepas Doa selepas Solat Isya.
2) Jamuan berbuka puasa disediakan
3) Jamuan selepas Teraweeh (Moreh) juga disediakan.
4) 10 malam terakhir diadakan Qiyammulai
5) 10 malam terakhir akan disediakan Sahur
Beberapa perkara yang telah disentuh sebelum ini berlaku seperti biasa pada Solat malam ini jadi langkah langkah yang sesuai ialah:-
1) Tidak perlu memberi apa apa response kepada pelbagai laungan Solawat serta Kalimah Toyibbah yang ditambah dengan sengaja oleh manusia manusia terkemudian.
2) Bacaan tambahan ini tidak wujud, lihat sahaja contohnya di siaran langsung dari Makkah tengahmalam ini , semuanya sunyi sepi kecuali Solat, berIstirehat, berdoa (makna Solat Teraweeh ialah Solat Beristirehat --jadi kalu dah ada laungan tambahan saling bersahutan pula kalau mcm tu jadi Solat sukan lumba lari la kot he he he)
3) Nabi Muhammad s.a.w. sendiri hanya menjadi Imam pada 3 malam dan malam ke empat Nabi sengaja tidak muncul bagi mengelakkan Umatnya menyangka ianya Solat yang wajib dan perlu dikerjakan secara jemaah di Masjid. Nabi menghilang malam keempat untuk menandakan ianya Solat Sunat. Namun perlu dikerjakan kerana adanya pelbagai ganjaran serta adanya janji Lailatul Qadr.
4) Nabi tidak mahu membebankan Umatnya dengan mengerjakan 8 rakaat di Masjid dan selebihnya dirumah baginda sendiri.
5) Segala jenis amalan rekaan manusia perlu dielakkan dan sebagai panduan tonton sahaja siaran langsung dari Makkah setiap malam bermula malam ini. (Ini bukan isu Mazhab , ini perkara yang telah jelas )
Melewatkan Sahur adalah Sunat dan beramai ramailah Ke Solat Subuh di Masjid Masjid berdekatan esok pagi dan datang awal kerana Solat Subuh di bulan Ramadhan biasanya hampir full house.
Nabi juga pernah mengingatkan Umatnya yang waktu antara selepas Subuh dan Solat Dhuha, terlampau banyak pintu Rezeki terbuka, jadi amatlah rugi kepada yang sambung tidur--sedangkan burung burung pun dah berterbangan mencari Rezeki selepas Subuh takkan kita manusia yang dikurniakan Aqal nak sambung tidur pulak lepas tu he he he.
Pada kebiasaanya di bulan Ramadhan, Masjid Masjid mengadakan Kuliah Subuh, hadirlah dan tumpu perhatian--biasanya ada sessi bersoal jawap--dan sekiranya jawapan tidak memuaskan hati tidak payahlah berdebat berjumpalah dengan penceramahnya selepas itu ataupun bertanya kepada para Uztaz lain di masa lain secara private for second, third etc opinion. Tetapi perlu kita ingat amat jarang ada Ulama yang layak memberi fatwa, pendapat penceramah adalah pendapat semata mata bukannya fatwa coz syarat syarat untuk menjadi Mujtahid (orang yang layak mengeluarkan fatwa amat ketat sekali dan dalam dunia hari ini terdapat sedikit sahaja ulama yang benar benar berkredibiliti untuk mengeluarkan fatwa)
Akhir Kalam, buatlah segala jenis Ibadah yang sekalipun sedikit tetapi Ikhlas sepanjang bulan Ramadhan terutamanya setiap malam pada bulan Ramadhan agar kita akhirnya terkena juga Lailatul Qadr. Esok kalau ada masa terluang selesaikan terus zakat fitrah kepada golongan fakir,miskin,susah dan sebagainya sepertimana yang telah disebut sebelum ini.
Renung renungkan, selamat beramal, sebentar lagi selepas jam 1 pagi tontonlah siaran langsung Azan Isya , Solat Isya serta Teraweeh dari Makkah Al Mukkaramah dan kajilah perbezaan cara bacaan Imam Imam besar disana dengan kebanyakkan bacaan Imam Imam kita. ok--tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi semuga segala Ibadah kita diterima Allah swt, InsyaAllah.
Tetap tetap hangat drp biasa la he he he, jangan marah, nanti kena jual he he he dan kiranya ada masa cuba cubalah berbukalah di Masjid yang kebanyakkanya kini lebih mewah daripada makan di restoran. Wallahualam
No comments:
Post a Comment